Adakah Mudah Menjual Di Shopee - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

Adakah Mudah Menjual Di Shopee

Adakah Mudah Menjual Di Shopee

Adakah Mudah Menjual Di Shopee

Mudahnya menjual di Shopee. benarkah penyataan yang diberikan oleh sesetengah pihak mengatakan Shopee adalah lubok perniagaan yang amat mudah menjana sales hingga 5 angka.


Ya, saya akui Shopee masih lagi sebuah marketplace yang mudah untuk anda menjual dan membina keuntungan.


Tak perlu saya cerita tentang trafik yang dibawa oleh Shopee ke platform mereka setiap hari dengan anggaran 3 hingga 5 juta mampu memberikan keselesaan kepada Shopee Seller.


Namun dengan trafik tinggi dari Shopee tapi masih ada sebilangan Seller Shopee yang gagal mencapai jualan yang baik. 


 Untuk mencapai jualan mudah di Shopee mudah tetapi ada syaratnya:


SYARAT MUDAH MENJUAL DI SHOPEE

  • 1. Produk yang dijual tiada saingan
  • 2. Produk anda membantu meringankan masalah
  • 3. Harga yang rendah 
  • 4. Fahami Guna Seller Shopee Dashboard

PRODUK YANG DIJUAL TIADA SAINGAN 

Jika  produk yang anda jual tiada saingan dalam pasaran, potensi untuk menjana sales yang tinggi memang pasti.

Yalah, anda seorang sahaja yang menjual produk tersebut maka mudahlah ia masuki pasaran Shopee dan jana sales melampau.

Sebagai contoh dulu ada mamat ini menjual sambal istimewanya dan pada masa itu tiada saingan kuat yang menjual sambal jenis tersebut. Maka beliau menjana sales yang melampau !!!

Dan kelemahan Shopee ini pula, jika anda jual produk yang tiada saingan, cepat-cepat grab sebab dalam masa 2 bulan mesti melambak produk yang sama atau hampir serupa malah lagi murah dijual oleh orang lain. Itu kelemahan Shopee yag paling ketara.


PRODUK ANDA BANTU MERINGANKAN MASALAH

Jika produk anda menyelesaikan masalah manusia samada dari segi kesihatan, kecantikan, kewangan dan pelbagai lagi maka potensi produk anda untuk jana sales memang kaw-kaw.

Tetapi anda kena pastikan produk anda adalah lebih baik dari produk pihak lain dan mampu selesaikan dengan cepat dan terjamin.


HARGA YANG RENDAH

Ini adalah pendapat yang boleh diperdebatkan. Adakalanya buyer tidak memikirkan harga jika produk anda berkualiti dan menjamin sukses yang tinggi.

Adakalanya ada buyer yang memilih produk harga yang rendah. Tetapi realitinya produk yang mempunyai harga rendah adalah amat mudah dijual di Shopee.

Walau bagaimanapun banyak kali saya katakan jangan menjual terlalu rendah hingga margin untung anda amat rendah sehingga bawah 5% untuk saya ianya tidak berbaloi. Mungkin anda ada keuntungan tetapi setelah ditolak masa dan tenaga anda, ianya amat tidak berbaloi.

Sebab itu saya katakan jual dengan harga yang kompetatif, bukan terlalu murah. 


FAHAMI MENGGUNA SELLER SHOPEE DASHBOARD 

Anda kena memahami bagaimana menggunakan segala fitur yang terdapat di Shopee dan gunakan secara maksimum.

Dalam bisnes on line salah satu marketing wajib ialah memberi "OFFER" pada buyer agar dapat menarik perhatian mereka secara psikologi dengan memberi baucer, diskon dan sebagainya.

Tetapi anda kena ingat, tidak semua alat marketing yang ada di Shopee boleh anda gunakan. Ianya bergantung pada margin untung anda juga.


Bukan sahaja alat marketing yang anda kena fahami gunakan di Seller Shopee Dashboard tetapi palbagai alat seperti alat analisa produk mana yang paling trend, paling murah dan sebagainya.


Dalam MasterClass Shoppermaniac, kami ada memberikan semua penerangan jelas fitur yang penting yang harus anda gunakan di kedai Shopee anda. 


KESIMPULAN

Ya, sekali saya katakan mudah menjual di Shopee berdasarkan syarat di atas dan anda mesti mempunyai minimum 2 syarat yang anda patuhi diatas. 

Tak guna jika anda ada Produk yang dijual tiada saingan tetapi tidak pandai membuat marketing menjualnya disebabkan anda tidak memahami menggunakan Seller Shopee Dashboard seperti Shopee Ads untuk lonjakkan produk anda.





Catat Ulasan