SHOPEE SCAMMER WHATSAPP MAKIN MENJADI-JADI - BLOG SHOPPERMANIAC

SHOPEE SCAMMER WHATSAPP MAKIN MENJADI-JADI

SHOPEE SCAMMER WHATSAPP MAKIN MENJADI-JADI

 

SHOPEE SCAMMER WHATSAPP MAKIN MENJADI-JADI


Menerima what apss dari no telepon yang tidak dikenali menawarkan peluang pekerjaan atau peluang menjana pendapatan melalui Shopee.


WOW!!! Shopee pun dah mula mengenali saya dan menawarkan peluang  pekerjaan pada saya. Padahal mereka baru-baru ini telah berhentikan ribuan pekerja meraka. Ini kes rare ini.... 


Mungkin kerana sistem Shopee Funnel atau Master Class Shoppermaniac saya telah menarik perhatian Shopee dan mereka nak berkoberasi dengan Shopppermaniac team.


Angan-angan tahi kucing ler..hahahhahaha.
Ini adalah scam yang tak patut anda layani dan tak perlu anda nak uji atau test. Biarkan sahaja dan fokus pada apa yang anda lakukan sekarang.


Saya selalau berpegang pada satu prinsip bila berniaga atau mencari sesuatu peluang iaitu:


BUKAN SENANG MAHU SENANG  


Anda kena usaha untuk mencapai impian anda dan bukan melalui jalan singkat memjana keuntungan dan pada akhirnya akan memakan diri anda.

Maka berhati-hati yek..



APA ITU SCAM

Scammer ni dalam Bahasa mudah adalah individu yang melakukan aktiviti penipuan untuk menganiaya orang lain. Tak kira, tipu secara online ataupun tipu secara depan-depan, kita akan panggil ianya scammer.


Scammer berasal dari perkataan scam. Bila seseorang yang melakukan perbuatan scam atau menipu akan dipanggil sebagai scammer.


Scam ni boleh dikatakan satu budaya yang tak mungkn akan terpadam sampai bila-bila. Biasalah. Manusia ni rambut sama hitam tapi hati lain-lain.



CARA ELAK KENA SCAM

Berdasarkan apa yang saya beritahu di atas ni, ini yang patut korang buat.

  • Jangan mudah terperdaya dengan tawaran wang tunai yang banyak. Banyak seller yang kena tipu oleh buyer. Pelik bunyikan? Tapi ni realiti di mana buyer menawarkan harga yang tinggi bagi sesuatu barang tapi dengan syarat seller ni akan transfer dulu fee. Jika korang bijak dan cerdik pandai, benda ni takkan berlaku.

  • Jangan percaya dengan skim cepat kaya seperti yang saya kena diatas tu. Ia akan beritahu tawaran kerja yang menjanjikan pulangan wang yang banyak dan jika anda kabur mata. Maka habislah . Pastikan semua maklumat diperiksa dahulu sebelum anda terpedaya.

  • Jangan mudah panik jika diugut untuk laporkan pada pihak berkuasa. Jika korang kena ugut akan dilaporkan pada interpol, polis dan sebagainya, ketahuilah bahawa ugutan itu hanya untuk menakut-nakutkan korang sehingga korang buat saja apa yang disuruh. Contohnya bank in. Apa yang perlu korang buat jika diugut seperti ni adalah, pergi buat report polis. Buat apa nak takut jika tak salah.

  • Semak latar belakang sesuatu syarikat atau individu tersebut sebelum membuat sebarang transaksi. Ramai yang nak beli barang secara online. Bila jumpa harga yang murah sikit terus rambang mata nak beli tanpa memikirkan yang tu betul atau scam.

  • Beli barang di official store seperti Lazada atau Shopee. Lazada dan Shopee adalah official store jual beli online paling polular di Malaysia. Jika korang kena scam sini jangan risau sebab kita boleh buat request refund dari pihak Lazada ataupun Shopee.

  • Jika nak beli barang selain official store, guna kaedah pembayaran yang selamat iaitu PayPal. PayPal adalah kaedah pembayaran yang selamat di mana pembayaran kita akan dihold oleh pihak PayPal sebelum dilepaskan bayaran tersebut kepada Seller.


Kesimpulan.

Dalam dunia ini ramai manusia yang jahat dan juga baik. Dan manusia jahat ini ada dimana-mana dan sebagai Seller Shopee kita juga tak terkecuali berpotensi di scam seperti contoh yang saya berikan diatas.


Berhati-hati dan kalau terkena, jangan stress atau menyesal. Anggap sebagai satu pelajaran agar tidak terkena kali kedua.



Catat Ulasan