Pada tahun 2023 ramai yang mempersoalkan , adakah marketplace masih lagi releven dalam dunia bisnis online. Dengan perkembangan Shopee membuang pekerja mereka serta kemunculan TIK TOK Shop yang makin mengganas. Telah menimbulkan persoalan yang amat besar samada pada tahun 2023 ini jika anda mahu berkecimpung dalam dunia bisnis online di marketplace berbaloi atau pun tidak ?
Untuk saya bisnis online akan pesat berkembang dan ianya tidak terhenti malah ianya akan menjadi keutamaan ramai peniaga menukar teknik perniagaan mereka kepada bisnis online.
Malah saya boleh katakan spesifik untuk bisnis online marketplace seperti Shopee atau Lazada ia akan tetap berkembang.
KENAPA SHOPEE MASIH LAGI RELEVEN PADA TAHUN 2023?
PEMBELI BISNIS ONLINE SEMAKIN BERKEMBANG
Jumlah mereka yang membeli secara online bukan semakin kurang tetapi semakin bertambah. Ramai masyarakat pada masa kini lebih selesa membeli secara online dan ianya bercambah dengan peningkatan umur golongan Z yang merupakan pembeli terbesar pada masa akan datang dan golongan Y memang sudah terbiasa dengan dunia online dan golongan X yang dahulu lebih suka membeli secara offline kini hampir 90% mula membeli secara online khususnya di Marketplace Shopee.
Atas sebab itu Shopee mampu menarik 7 juta tarfik ke Shopee setiap hari dan ianya bertambah sehingga 11juta waktu event-event besar di Shopee.
Shopee masih lagi relevan dan anda sebagai seller masih boleh menjana sales yang baik di Shopee.
Kenapa Shopee Harus Jadi Pilihan anda
PERSEPSI HARGA DI SHOPEE LEBIH MURAH
Masyarakat masih lagi mempunyai satu persepsi membeli produk di Shopee adalah murah berbanding di tempat lain. Pandangan sedemikian akan mengukuhkan Shopee sebagai sebuah platform utama untuk membeli belah di Shopee.
Walau bagaimana pun, sebagai seller kita ketahui harga murah ini ada 2 sebab iaitu produk tersebut amat murah dan satu lagi dari psikologi atau teknik marketing anda memberi offer seperti Free Shipping dan sebagainya.
Persepsi sedemikan akan membuat Shopee terus releven dan anda sebagai seller suka atau tidak suka kita kena menghadapi realiti bahwa Shopee adalah sebuah tempat menjual produk yang paling murah.
Namun jika kualiti atau branding anda kukuh, sedikit mahal tidak memberi impak pada jualan produk anda walau pun ada yang lebih mahal.
Apa yang saya ingin tekankan, persepi pembeli menganggap Shopee adalah sebuah platform membeli belah yang murah ianya secara tak langsung ia akan menarik trafik ke Shopee.
Apabila pembeli telah pergi ke Shopee, kemungkinan besar apa yang dicari oleh pembeli tadi hanya sebuah pen kini menjadi beberapa produk lain. Sebagai contoh anda ke kedai runcit, mula-mula kata nak beli susu sahaja tetapi pada akhirnya penuh satu trolley.
Yang penting ialah trafik dan melalui trafik baru ada sales
Dan dalam Master Class kami dalam kursus Shopee Funnel kami, Apa yang kami ajarkan ialah menarik trafik ke kedai anda.
RAMAI MENCARI PRODUK TREND DI SHOPEE
Produk Trend amat mudah dicari di Shopee malahan anda boleh membandingkan harga serta kualiti yang diberikan.
Jika ada sesuatu yang trending, pergilah ke Shopee atau marketplace. Pasti ramai yang akan menjualnya.
Dahulu untuk mengejar produk trending amatlah sukar dan ditambah dengan harga yang amat mahal di pasaran. Dan kini mencari produk trending menjadi lebih mudah.
Dalam erti kata untuk seller Shopee ialah produk winning amat mudah iaitu menjual di platform Shopee.. Apabila sesuatu produk itu menjadi trending, seller Shopee boleh menjual produk tersebut dengan memperolehi melalui sumber dari China atau dropship tertentu.
Walau pun ia hanya produk jangka pendek yang penting anda boleh mengambil sedikit jus keuntungan melalui platform Shopee.
SHOPEE MASIH NO SATU DI MALAYSIA DAN ASIA
Jumlah trafik harian yang melebihi 7 juta sehari sudah cukup menunjukkan kekuatan Shopee. Shopee masih merupakan market place yang tertinggi trafik di Malaysia berbanding dengan marketplace yang lain seperti Lazada atau Lelong.
Dengan kapasiti trafik yang begitu tinggi di Shopee maka secara teorinya untuk anda menjual produk anda tidaklah sukar jika kita abaikan soal persaingan marketing dan harga.
Shopee masih lagi releven untuk bisnis online disebabkan kemampuan mereka memberi trafik yang cukup tinggi kepada seller.
FAEDAH BESAR YANG DIBERIKAN OLEH SHOPEE
EDAGANG DENGAN MDEC
FACEBOOK CPAS
WEBINAR SHOPEE
SHOPEE ADALAH PEMULA BISNIS ONLINE PALING MUDAH
Anda boleh mulakan bisnis di Shopee tanpa modal dengan sertai dropship percuma yang menyediakan auto sync dengan Shopee.
Sebagai contoh ialah Kumoten atau Save Value yang mempunyai variasi produk yang banyak untuk anda menjadi dropship mereka.
Percuma dan mudah itulah Shopee jika anda mahu merasai pengalaman sebenar berniaga on line.
Melalui MasterClass Shoppermaniac kami memberi tunjuk ajar teknik Shopee hingga menjana 400% jualan secara organik atau iklan berbayar.
KESIMPULAN
Jika anda mahukan pengalaman pertama sebagai bisnis on line tanpa mengeluarkan modal yang tinggi maka Shopee adalah jawapannya.