APAKAH BISNIS ON LINE MARKETING EVERGEEN - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

APAKAH BISNIS ON LINE MARKETING EVERGEEN

APAKAH BISNIS ON LINE MARKETING EVERGEEN

EVERGEEN membawa maksud ianya tidak luput dek zaman dan masih releven hingga kini Sebelum ini saya ada membuat artikel apakah jenis marketing yang terbaik tetapi artikel tersebut hanya menunjukkan platform-platform yang trending dan terkini.


Anda wajar ikuti trend terkini jika anda mahukan produk anda dikenali dan mendapat pasaran yang baik. Tetapi anda juga tidak boleh melupakan bahawa terdapat pemasaran jenis ini adalah pemasaran yang tidak kekal.


Sebagai contoh trending platform seperti MySpace kini telah terkubur.!!


Pada pengalaman saya terdapat 3 jenis pemasaran sampai bila-bila pun akan kekal releven walau pun Tik Tok berkubur 10 tahun lagi...hehehehe.


APAKAH BISNIS ON LINE MARKETING EVERGEEN


BLOGGER MARKETING 

Dunia blogging telah wujud sebelum Facebok ujud lagi dan ia masih lagi releven sehingga kini. Manusia masih lagi mencari maklumat di Google atau Enjin Carian dan pastinya maklumat tersebut didapati melalui blogging atau website.


Blog atau website tidak akan mati dan ia akan terus releven dengan dunia bisnis on line. Dan saya banyak kali beritahu, setelah lama anda berkecimpung dalam dunia bisnis online. Binalah sebuah website untuk bisnis anda, kalau tak mahu ECommerce cukuplah blogging.


Dari segi data anda boleh kumpulkan data pembeli yang memberi maklumat email atau no telepon kepada anda, Jika anda mengggunakan Tik Tok atau Facebook Ads anda boleh membuat pixel dan targetting pelanggan anda melalui iklan yang spesifik.



APAKAH BISNIS ON LINE MARKETING EVERGEEN


PHONE MARKETING 

Masih lagi releven dan semakin penting apabila whatapps mula dilahirkan. Dan kini phone marketing samada sms atau what apps semakin utuh dan ramai peniaga online bermula dengan phone marketing dahulu sebelum meluaskan bisnis online mereka melalui marketplace atau website terutama di Malaysia.


Dari segi data, sudah tentu anda mempunyai no telepon mereka dan anda boleh promosikan produk terbaru anda. Apa yang saya suka dengan phone marketing ini ialah engagement antara seller dan customer amat kuat sekali .


Dan biasanya pelanggan setia anda hampir kesemuanya adalah dari teknik phone marketing. Cuma yang saya tak suka ialah engagemenet terlalu rapat dan banyak buang masa melayan mereka sebelum mereka membeli.  Itu kelemahan saya.


APAKAH BISNIS ON LINE MARKETING EVERGEEN


EMAIL MARKETING 

The oldest teknik bisnis marketing di dunia ini. Dan ramai yang kata email marketing ini sudah mati tetapi ianya masih hidup dan masih memberikan ROI yang tinggi kepada seller.


Email marketing dengan phone marketing ini pada pendapat saya, kelebihan email marketing ini ialah perkongsian maklumat. 


Anda boleh hantar sekerap yang mungkin kepada future customer anda melalui email. Tetapi anda tidak boleh menghantar kekerapan maklumat produk anda ke customer anda sekerap mungkin kerana ianya mengganggu dan potensi kena blok.


Kesimpulan,

Inilah jenis-jenis marketing yang evergreen dan harus mempunyai salah satu dari teknik evergreen ini jika mahu kekalkan dan kembangkan bisnis anda.


Dalam dunia bisnis online yang penting ialah data dan anda perlukan data pelanggan samada anda perolehi melalui website atau iklan berbayar. 


Data pelanggan amat penting dan ianya ialah wang !!!!!!!!!!


Catat Ulasan