Satu persoalan yang menjadi perbualan umum kepada semua bisnis online. Samada yang telah lama berkecimpung dalam bidang ini atau yang baru.
APA ITU SSM
SSM ni adalah singkatan bagi Suruhanjaya Syarikat Malaysia. SSM merupakan sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). SSM merupakan penyatuan Pejabat Pendaftaran Syarikat atau dalam Bahasa Inggeris, Registrar of Company (ROC) dan Pejabat Pendaftaran Perniagaan atau Registrar of Business (ROB).
KELEBIHAN SSM
Perniagaan kita ( walau kecil-kecilan ) secara sah didaftarkan sebagai entiti perniagaan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Tiada risiko dikenakan denda sebanyak RM50,000 atau penjara dua tahun. Daftar dengan modal hanya RM60 setahun.
Kredibiliti kita sebagai peniaga ( online atau offline ) terpancar jelas apabila sudah didaftarkan.
Keyakinan pelanggan meningkat apabila berurusan dengan kita, sebagai satu perniagaan sah.
Memudahkan urusan-urusan perniagaan bersama pembekal dari dalam atau luar negara.
Memudahkan urusan-urusan pembelian perumahan, mesin operasi, jentera, kenderaan atau keperluan lain. Kita ada bukti bahawa perniagaan kita wujud dan sah.
Memudahkan kita belajar dan ambil tahu selok belok pengurusan perniagaan sebagai persiapan ke arah pensyarikatan pula ( Sdn Bhd ) sekiranya perlu.
Rekod duit keluar masuk yang baik dan dokumentasi yang lengkap, memudahkan pelbagai urusan di masa depan, termasuklah pengistiharan cukai pendapatan dan membuat perkiraan zakat ( bagi Muslim ).
KENAPA TAK MAU AMBIL SSM
Baru Mula Berniaga
Maka anda sudah ketahui jawapan saya berkenaan situasi ini. Ramai tidak ambil SSM kerana meerka baru mulakan peniagaan dan belum tentu perniagaan ini akan berkembang.
Nanti bila dah berkembang baru fikirkan tentang SSM, yang penting daoatkan keuntungan dahulu dan kemudian baru fikirkan tentang SSM.
Nanti LHDN Kejar
Pungutan cukai adalah penting untuk perkembangan ekonomi dalam negara kita. Sekiranya tiada pemilik perniagaan membayar cukai, maka tidak akan ada peruntukan untuk pihak kerajaan untuk membina infrastruktur yang membantu kepesatan ekonomi. Namun, segelintir pemilik perniagaan mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan perniagaan mereka untuk mengelak dari dikenakan cukai oleh pihak LHDN.
BRIM Tak Dapat
Penyebab yang kuat ialah jika anda memohon SSM anda tidak akan memperolehi bantuan kerajaan seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia setiap tahun diberikan oleh kerajaan.
Ya, saya akui ramai rakan saya yang telah membuat SSM secara tiba-tiba tak dapat lagi BRIM. Padahal andabaru mulakan perniagaan dan belum dapat apa-apa keuntungan lagi.
Dan anda masih memerlukan bantuan BRIM lagi. Namun tak semua yang kita mahukan akan kita perolehikan.
KESIMPULAN
Terpulang pada anda, kalau mengikut undang-undang adalah patut anda mempunyai SSM tetapi pada masa yang sama juga jika perniagaan anda bersifat kecil sahaja dengan menjadi dropship dan untung sekadar RM200-300 sebulan. Adakah wajar anda ambil SSM tersebut?
Tetapi jika anda mahukan kelebihan bantuan kerajaan dalam bidang perniagaan, anda memerlukan SSM kerana ia membuktikan dari segi dokumentasi anda adalah legit .