JANGAN PROMOSI SOSIAL MEDIA LAIN DI TIK TOK !!!

JANGAN PROMOSI SOSIAL MEDIA LAIN DI TIK TOK !!!

Semua sedia maklum sekarang kami  sedang membuat eksperimen di Tik TOK dengan membuat konten berdurasi 10 - 40 saat dan kekerapan post setiap hari.

Master Class On Line kami adalah berkisar tentang tips bisnis online mengenai Shopee, Blogging dan Facebook Ads.

Tujuannya membuat konten di Tik Tok  ialah untuk  meningkatkan follower dan view to Tik Tok supaya branding kami lebih kukuh dan tentunya hendak jualan organik dari Tik Tok dan akhirnya dengan 80 post konten serta konten tambahan kami berjaya memperolehi 93 follower. WoW!!!


Perkembangan yang amat lambat dan tak logik saya rasakan kerana ada beberapa video saya dapat FYP tetapi FYP kecik. Belum pernah lagi merasa FYP besar.


Lalu saya bertanya pada diri saya ini, kenapa saya sukar hendak mendpatkan followe padahal rakan saya yang baru 3 minggu buka akaun Tik Tok menjual kek telah mendapat sebanyak 123 follower dan jumlah post hanya 15 post sahaja.


Dan setelah membuat kajian saya ketahui bahawa Algoritma Tik Tok memang tak suka anda mempromosikan atau membawa keluar penonton dari Tik Tok pergi ke halaman lain.


Anda kena ketahui bahawa algoritma Tik Tok ini boleh membaca setiap video anda melalui keyword, caption, hastah serta video anda.


Dan sudah tentu ia boleh mengetahui apa yang anda ceritakan melalui video anda melalui algoritma mereka.

Tiba-tiba kau buat video cerita kehebatan Shopee, Blogger atau Facebook memang dia tak suka ler.


Tapi Tik Tok tak tunjukkan marah dia tapi jangan mimpi nak dapat FYP besau ..ahaks 


Dan saya terpaksa menghadapi realiti pahit perjalanan akaun Tik Tok kami akan mengambil masa agak lama.


Untuk mengatasi masalah ini ialah membuat konten demi konten setiap hari. Ini sahaja cara hendak mengatasi  algoritma Tik Tok dengan membuat konten yang baik dan banyak dan konsisten.


Mungkin target Shoppermaniac 120 post  untuk 1000 follower mungkin kena tambah 300- 500 post dan mungkin lebih lagi kerana niche aku bukan niche kesayangan Tik Tok.


Hendak berniaga di Tik Tok dan mahukan Panduan penuh berniaga di Tik Tok.
KLIK SINI 


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama