Daftar Akaun Shopee Sebagai Pembeli

Daftar Akaun Shopee Sebagai Pembeli

Cara Daftar Akaun Shopee Malaysia (Sebagai Pembeli)

Bagi anda yang selalu dengar orang cakap tentang Shopee, tapi tak pernah membeli apa-apa barang, berikut ialah cara daftar akaun Shopee. Ringkas sahaja panduannya.


Cara daftar akaun Shopee Malaysia

Sebelum itu, mohon izin maklumkan bahawa ini adalah langkah-langkah pendaftaran akaun Shopee pembeli. Jika anda berminat untuk menambahkan pendapatan dengan menjual, boleh baca cara daftar akaun Shopee sebagai seller.


Muat turun aplikasi Shopee di Google Play Store atau Apple App Store.

Anda juga boleh melayari https://www.shopee.com.my menggunakan pelayar web anda.

Buka aplikasi Shopee dan tekan pada menu ‘Me’ dan seterusnya tekan pada butang ‘Sign Up’. Jika anda menggunakan pelayar web, tekan butang ‘Sign Up’ di bahagian atas laman web.

Daftar Akaun Shopee Sebagai Pembeli


Sila masukkan nombor telefon bimbit anda dan tekan Next. Jika anda ingin wujudkan akaun menggunakan akaun Facebook, Google atau Apple, tekan pada akaun yang anda ingin gunakan.

Masukkan kod Captcha yang terpapar di skrin dan tekan OK.

Masukkan kod verifikasi SMS yang dihantar ke nombor telefon bimbit anda dan tekan Next.

Masukkan Password pilihan anda. Password mestilah mengandungi 8 hingga 16 huruf kecil dan huruf besar.

Tekan butang Continue untuk mengesahkan pendaftaran akaun.

Anda boleh menetapkan Username dan Emel anda di menu ‘Me’ dan pilihan ‘My Profile’.

Pendaftaran kini telah selesai.

Daftar Akaun Shopee Sebagai Pembeli

Kemudian semak dalam email Shopee akan menghantar kita satu link untuk pengesahan. Klik je pada link pengesahan tersebut untuk sahkan kita telah mendaftar akaun di Shopee.


Siap! Itu saja.



Cara Nak Beli Barang Di Shopee

Bila sudah siap daftar, korang dah boleh mula belajar cara belanja di shopee.  Macam mana nak cari barang di Shopee? Jom saya ajar cara nak cari barang dan beli barang di shopee.


Daftar Akaun Shopee Sebagai Pembeli


Korang nampak tak bahagian yang saya tanda dengan kotak hitam? Di dalam kotak itu korang boleh taip nama, jenis atau nama kedai shopee yang korang tahu.

 

Nak contoh tak? Jap ya, saya bagi contoh untuk beli skin kad bank untuk kad bank Sha yang dah tak berapa menarik pada mata saya, dan saya pun taiplah " custom bank card sticker". Jadi akan keluarlah seperti gambar di bawah.


Daftar Akaun Shopee Sebagai Pembeli

Bila korang klik pada simbol carian, akan keluarlah pilihan macam ni. Cara nak beli barang di shopee ini sebenarnya mudah sahaja. Bila keluar banyak-banyak pilihan, maka bercampurlah bukan sahaja produk dari Malaysia, tetapi ada dari negara luar juga iaitu China.


Korang boleh nampak tak sebelah kiri korang, korang boleh buat saringan carian. Korang boleh setting atau kecilkan carian untuk memudahkan korang membeli di shopee. Kalau korang tak nak beli produk jauh atau nak beli produk dalam negeri sendiri, korang boleh klik pada yang berkaitan di sebelah kiri. 


Bukan itu sahaja, korang boleh setting anggaran harga yang korang nak cari. Contohnya Sha berada di Perak, jadi kalau boleh nak barang dari Perak kalau ada. Memandangkan produk yang Sha nak di shopee tadi ada di Perak, saya pun pilih seller yang berada di Perak.

Daftar Akaun Shopee Sebagai Pembeli

Bila kita klik pada seller yang kita pilih, akan keluarlah details produk yang korang nak beli tadi. Tapi biasanya kalau nak beli produk macam ini seller akan hubungi kita untuk urusan yang berkaitan dengan produk sebab namapun custom, berbeza dengan produk ready made korang boleh terus masuk bakul, order dan bayar.


Sekarang bila korang dah confirmkan barang yang korang nak beli di shopee, korang boleh klik di beli sekarang.

Daftar Akaun Shopee Sebagai Pembeli


Selepas klik pada Beli Sekarang, korang akan di bawa ke page Troli Membeli Belah seperti gambar di atas. Pastikan korang klik pada barang yang korang betul-betul nak bayar pada shopee pada masa itu. Selepas yakin semua dah betul, barulah korang boleh klik pada semak keluar untuk membuat bayaran pada shopee.


Boleh ke nak bayar sekali gus barang-barang yang ada dalam troli atau cart beli belah shopee? Jawapannya boleh sahaja. Cara nak bayar di shopee pun sama sahaja, cuma kena klik pada barang-barang yang korang nak bayar, walaupun kedai lain-lain boleh sahaja, sistem shopee akan buat kiraan.


Daftar Akaun Shopee Sebagai Pembeli

Selepas klik pada Semak Keluar, korang akan nampak page seperti di atas. Bahagian ini korang boleh periksa alamat yang korang nak gunakan. Macam saya, dah bermacam-macam nama dan alamat ada dalam sistem memandangkan ramai juga kawan Sha minta tolong Sha order barang di shopee. 


Jadi bukan sekadar nama dan alamat Sha yang ada dalam sistem..huhuhu. Alamat pula kadang-kadang guna alamat rumah atau alamat pejabat, mana satu yang mudah. Sekarang ini BDR, jadi memang guna alamat rumah la kan.


Seperti yang korang boleh nampak, disini korang dah boleh tahu berapa jumlah yang korang perlu bayar pada shopee.


Cara Bayar Online Banking Di Shopee

Kaedah pembayaran di shopee yang biasa saya guna adalah melalui ShopeePay dan Online Banking. Jika korang pilih online banking, caranya amat mudah iaitu dengan klik pada Online Banking dan akan keluar seperti gambar di bawah. Di sini korang pilihlah salah satu online banking yang korang biasa guna.


Daftar Akaun Shopee Sebagai Pembeli


Selepas pilih online banking mana satu pilihan korang, akhir sekali bolehlah klik pada Membuat Pesanan. Proses-proses seterusnya macam biasa, proses bayar sahajalah. Bila dah bayar, tunggu sahaja barang korang sampai.

Status Barang Di Shopee

Selesai membeli korang boleh periksa balik status pembelian korang sama ada dah diproses ataupun tidak. Shopee akan update bila barang dah dipos atau tidak. No tracking pun ada jika barang korang sudah dipos. Apa-apa hal, korang boleh chat dengan seller... boleh cari Chat Seller.


Kenapa beli guna Shopee?

Ada beberapa sebab ramai orang pilih Shopee berbanding Lazada. Antaranya ialah:


Kepelbagaian produk pada harga yang sangat berpatutan.

Setiap pembelian dilindungi oleh Shopee Guarantee di mana pembayaran anda disimpan oleh sistem kami dan hanya akan dibayar kepada penjual apabila anda menerima produk dalam keadaan yang baik.

Kemudahan penghantaran percuma sehingga 5kg di Semenanjung Malaysia dan 1kg di Sabah dan Sarawak.

Shopee Mall menyediakan produk-produk berjenama yang tulen pada harga yang sangat berpatutan.

Kempen jualan yang memberikan anda diskaun harga yang hebat.  7.7 Orange Madness, 9.9 Super Shopping Day, 10.10 Brands Festival, 11.11 Big Sale, 12.12 Birthday Sale, Raya Sale dan Chinese New Year Sale memberikan anda produk-produk pada harga runtuh yang tidak terbanding.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama