TIADA BAKAT DALAM BISNIS. APA PATUT SAYA BUAT. - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

TIADA BAKAT DALAM BISNIS. APA PATUT SAYA BUAT.

TIADA BAKAT DALAM BISNIS. APA PATUT SAYA BUAT.
TIADA BAKAT DALAM BISNIS. APA PATUT SAYA BUAT.

Dalam dunia bisnis ini terutama bisnis online luas rangkumannya. 

Katakan anda mencuba jual produk secara online dimana anda bermula dengan what apps dan anda merasakan tidak sesuai dalam engagement dengan customer.

Maka anda berubah menjual produk dengan marketplace seperti Shopee dimana inilah into masterclass kami.

Dimana anda tidak perlu bersemuka dan texting dengan customer. Paling tinggi pun hanya dengan chatting box.

Anda merasa tak sesuai juga kerana harus melihat stok dan uruskan inventori. Dan kena key in order customer.

Maka anda mencuba dropship auto sync dimana kami galakkan pemula bisnis bermula dari sini. 

Tetapi anda tidak tahan dengan saingan dari seller-seller lain. Perang harga dan produk serupa yang hebat di Shopee buat anda meracau.

Lalu anda membuat website sendiri dan menjual melalui website. Dengan harapan tiada saingan dan anda gunakan dropship Ali Ekpress sebab anda selesa dengan sistem auto sync.

Tapi berbalik semula masalah lama. Anda kena membuat marketing sendiri dengan mengguna iklan berbayar.

Ada sales tapi rasa tak berbaloi dengan penat anda. 

Lalu anda ubahsuai website anda dari Ecommerce ke blogging dimana anda membuat artikel dan link ke sistem affiliate dan juga memohon iklan pasif dari Google Ads.

Anda merasakan bidang penulisan memerlukan disiplin yang tinggi apatah lagi anda harus membuat beberapa artikel untuk hanya satu topic agar anda di anggap authorities oleh Google.

Lalu anda rasa nak mencuba pula dalam bidang visual dimana anda membuat You Tube Channel berbicara niche produk dari blog anda.

Anda merasa selesa kerana inilah bakat yang anda ada. Anda teruskan membuat konten tentang produk dan analisa affiliate di You Tube.

Pada masa yang sama anda teruskan membuat blogging dan masukkan You Tube anda di blog.

Anda merasa puas tetapi Hanif aka Shoppermaniac You Tuber kata bisnis harus berkembang.

Anda membuat content video dengan sosial media yang popular seperti tik tok dan Instagram.

Anda luaskan branding anda melalui tik tok dan Instagram.

Kemudian setelah beberapa lama anda merasakan tekanan membuat konten di You Tube serta sosial media.

Anda memgupah pekerja membuat konten untuk anda dan anda mahu memceburkan diri dalam bidang pendidikan digital.

Anda membuat Ebook bagaimana  membina blog bisnis serta teknik You Tube mendapatkan trafik dan view serta rahsianya melalui pengalaman bertahun-tahun anda 

Anda fokus menjual EBook and kepada pemula bisnis online dengan bermula ke asal melalui blog, You Tube Dan sosial media. Itu intipati kemahiran anda kan.

Setelah beberapa lama, anda mula membuat kelas secara virtual memberi tunjuk ajar kepada peserta-peserta pemula bisnia online melalui kaedah bisnis anda.

Dan anda tahulah apa berlaku seterusnya.

Kalau saya nak ceritakan akan jadi 10 bab nanti...hehehe

Cari bakat anda dan jangan putus asa. Mungkin anda tidak sesuai dengan sistem bisnis online sekarang dan mungkin anda akan tempi seperti yang berlaku pada brader kat atas ni.



Catat Ulasan