Pengalaman Berniaga Di Shopee Pahit dan Manisnya - BLOG SHOPPERMANIAC

Pengalaman Berniaga Di Shopee Pahit dan Manisnya

Pengalaman Berniaga Di Shopee

Pengalaman Berniaga Di Shopee

Pengalaman berniaga di Shopee amat menerujakan dimana kami melalui pelbagai pengalaman yang pahit dan manis. Saya telah lama nerkecimpung dalam marketplace Shopee ini setelah website ECommerce kami ditutup disebabkan kekangan masa dan margin untung yang tak berbaloi.


Telah lama sertai marketplace Shopee sejak lama dahulu dan demi berkongsi pengalaman, kini telah membuka kedai Shopee Dropship Shoppermaniac yang saya gunakan sebagai kelas tutorial di website ini dan You Tube Channel kami.


Kalau nak diceritakan memang cukup banyak:

1. Penalti Shopee

Sebagai Seller di Shopee adalah lumrah anda akan dapat penalti dari Shopee terutama dari segi melanggar hak cip dari segi gambar. Itulah yang selalu anda aakan kena penalti hingga mengganggu perjalanan sales anda.


Penalti Shopee ini sebenarnya anda tidak dapat lihat dengan mata kasar apa kesan penalti ini tetapi anda akan lihat dengan trafik anda akan jatuh dengan teruk dan sekaligus sales anda akan merundum.


2. Dropship gagal shipping atau late shipping 

Adakalanya dropship gagal membuat shipping penah juga terjadi dan menyebabkan anda mendapat penalti dari Shopee.


Kegagalan ini disebabkan sistem ini kadangkala ada masanya problem atau pada masa itu website dropship tengah upgrade. 


3. Bergaduh dengan customer

"Customer always right" adalah motto yang harus anda pegang tapi adakalanya ada customer sengaja hendak menguji kesabaran anda. Maki kau gila-gila shipping lambat dan kata kau nak tipu mereka. 


Padahal produk kau hanya berharga RM7 sahaja. Kecoh satu dunia. Dan pernah saya termarah customer disebabkan perkara ini dan sukar saya nak cakap samada tindakan ini betul atau salah. 


Dari segi profesionalisme memanglah salah tindakan saya tetapi dari segi maruah saya rasa tiada salahnya jika customer tersebut melampau sangat.


4. Salah harga hingga rugi

Keghairahan memberi baucer/ diskaun adakalanya akan menyebabkan anda rugi secara tak langsung apatah lagi sebagai dropship, setiap produk mempunyai margin untung yang berbeza.


Ini juga pernah terjadi pada saya dengan membuat kesilapan memberi potongan harga pada kempen Shopee hingga kerugian.


Atas sebab itu saya telah membuat EXCEL KALKULATOR SHOPEE untuk memastikan tiada kesilapan berlaku lagi.


5. Tekanan Tiada Jualan 

Ini adalah masalah yang utama dan memberi tekanan yang cukup hebat. Terutama untuk seller baru yang telah susah payah memasukkan produk dan membuat analisa produk winning selama berbulan-bulan,


Namun hasil yang dikecapi adalah jualan yang kosong. Itu memang tekanan. Pada mulanya apabila saya mula-mula membuka kedai Shopee, apabila tiada jualan selama 2 bulan hampir putus asa.


Dan apabila mendapat ilmu, baru tahu ini semua adalah lumrah dalam bidang Shopee ini terutama jika anda seller baru. Sebab itu apabila saya membuat tutorial menggunakan kedai Shopee Shoppermaniac yang mengambil masa 6 bulan baru mendapat sales konsisten RM1K saya tenang sahaja.


6. Perubahan Polisi Shopee

Tiap-tipa tahun Shopee sentiasa membuat perubahan dalam polisi mereka. Adakalanya ia menguntung kan Seller dan adakalanya merugikan dan menyusahkan seller.


Pada tahun 2022 ini , saya rasa paling banyak perubahan dan perubahan terbesar ialah Standard Shipping untuk seller hingga menyebabkan beberapa seller tidak dapat poskan produk mereka.


Mahu tak mahu anda terpaksa mengikut perubahan tersebut dan upgrade diri anda supaya sales anda tidak memberi impak dengan setiap perubahan oleh Shopee.


Kesimpulan Pengalaman Berniaga Di Shopee

Sebagai peniaga di Shopee pelbagai pengalaman yang akan anda perolehi. Dan atas sebab itu dalam Master Class kami, perkara pertama sebelum anda mengembangkan bisnis on line anda ialah anda harus masuki dunia marketplace dengan menjual produk sebagai dropship.


Ini adalah pembelajaran yang paling penting untuk menguji adakah anda layak untuk meneruskan cia-cita anda sebagai bisnis online.


Ciri-ciri asas bisnis on line anda boleh perolehi semuanya dengan berniaga di Shopee. Dan melalui pengalaman tersebut anda boleh kembangkan bisnis anda .

Inilah peta bisnis online kami. Anda boleh dapatkan webinar penuh kami di SINI.


Catat Ulasan