PENDAPATAN YOU TUBE CHANNEL DENGAN 1000 SUBCRIBER - BLOG SHOPPERMANIAC

PENDAPATAN YOU TUBE CHANNEL DENGAN 1000 SUBCRIBER

PENDAPATAN YOU TUBE CHANNEL DENGAN 1000 SUBCRIBER

 

PENDAPATAN YOU TUBE CHANNEL DENGAN 1000 SUBCRIBER


Berapakah pendapatan You Tube Channel dengan 1000 subcriber. Jika anda lihat You Tube Channel kami baru sahaja sebulan menerima monetization atau bahasa mudah mendapat kelulusan menayangkan iklan oleh Google.

Dimana Google meletakkan iklan yang sesuai di You Tube Channel anda dan jika di click dan beberapa peraturan lain maka anda akan menjana sumber pendapatan dari You Tube Channel anda.


Untuk mendapatkan monetization dari You Tube anda harus mendapatkan minimum 1000 subcriber dengan 4000 waktu jam tontonan dalam 12 bulan. Bukan senang hendak mendapatkan jumlah tontonan ini yek. 

PENDAPATAN YOU TUBE CHANNEL DENGAN 1000 SUBCRIBER

Ramai yang fokus pada 1000 subcriber tetapi yang penting adalah jumlah tontonan atau engagement oleh penonton anda. 


Setakat 1 bulan, You Tube Channel Shoppermaniac menerima USD24.88 atau RM110.56 mengikut kiraan matawang sekarang ini ler.


Inilah jumlah pendapatan yang kami perolehi untuk bulan ni dan inilah usaha kami perolehi setelah setahun membuka You Tube Channel ini. Saya ulang iaitu setahun baru kami memprolehi pendapatan ini.


Walau pun You Tube Channel ini telah lama di ujudkan tetapi kami serius membuat You Tube Channel Shoopermaniac pada April 15 2021.

Bermula dengan handphone serta pengetahuan yang kurang jelas tentang dunia You Tube ini. Kami bantai sahaja janji dapat membuat konten dan lama-kelamaan melalui tunjuk ajar gur-guru serta pembacaan baru kami fahami sedikit demi sedikit ilmu You Tube Channel ini.


Disini saya bukan hendak berbangga dengan jumlah wang pertama kami hasil dari  You Tube Channel ini . Hanya RM100 sebulan tetapi kami bersyukur sebab  mendapat pendapatan pasif . Sambil berkongsi ilmu dapat juga ler duit top up internet. 

PENDAPATAN YOU TUBE CHANNEL DENGAN 1000 SUBCRIBER


BISNIS ONLINE PERJALANAN YANG PANJANG

You Tube Channel juga merupakan salah satu bisnis online dimana anda mempunyai 3 target iaitu memberi ilmu kepada penonton anda sambil  membuat jualan di You Tube Channel dengan produk niche anda dan kedua mendapatkan pendapatan pasif melalui monetization.


Seperti saya katakan beratus kali, bisnis on line adalah perjalanan yang panjang dan untuk You Tube Channel mendapat pendapatan pasif kami mengambil masa lebih setahun dengan jumlah konten sebanyak 500 konten !!!!


Nasib  baik saya memang mempunyai minat buat video ini. Entah kenapa tiba-tiba suka pula..hahahah, so saya mampu membuat konten hampir setiap hari di You Tueb Channel saya selama 8 bulan dan baru-baru ini saya hadkan seminggu 2 konten untuk memastikan penonton tak bosan.


Namun anda dapat lihat, perjalanan You Tube Channel ini memang panjang dan ia bukan tentang You Tube Channel ini sahaja tetapi kesemua bidang bisnis on line serta sosial media. Ia mengambil masa dan secara peribadi untuk saya ialah masa yang realistik untuk berjaya dalam bisnis on line ialah 3 tahun !!!


Dan dalam setahun pendapatan pasif saya ialah RM110.56 sahaja sebulan.  Adakah ia berbaloi. Sudah tentu kerana saya ketahui bisnis on line dan sosial media merupakan satu perjalanan yang amat panjang dan saya yakin You Tube ini akan bekembang suatu hari nanti.


Kena sabar dan jangan hilang fokus bahawa You Tube Channel ini dibuat untuk memberi dan berkongsi ilmu. 


Saya harap melalui pengalaman REAL DATA ini anda ketahui bahawa disiplin dan kesabaran amat penting dalam dunia bisnis online.


Maka, jika anda ada blog atau kedai Shopee yang berusia selama 6 bulan masih belum mencapai target atau pageview yang anda kehendaki patutkah anda kecewa. TIDAK kerana anda ketahui bahawa bisnis online adalah satu perjalanan yang panjang dan setiap perjalanan itu berbeza mengikut kemampuan serta luck masing-masing.

Catat Ulasan