KENAPA SHOPEE WAJIB JADI PILIHAN ANDA ( DATA)

KENAPA SHOPEE WAJIB JADI PILIHAN ANDA ( DATA)

 


KENAPA SHOPEE WAJIB JADI PILIHAN ANDA ( DATA) 

Ramai yang mempertikaikan Shopee tidak sesuai lagi atau releven sebagai marketplace keraa polisi serta tambahan perbelanjaan yang harus anda bayar kepaada Shopee.

Ramai mengatakan telah lompat parti dari Shopee ke platform jualan yang lain. Saya ambil kesempatan disini untuk melihat adakah benar Shopee ini telah menjunam trafiknya.

Data di ambil dari SemRush

MOST VISITED SITE IS SHOPEE


Shopee jatuh ke tangga ke 5 antara website di Malaysia mempunyai kunjungan tertinggi  dalam kategori ECommerce. 

Maka apakah yang anda tunggu lagi dan dapatkan trafik percuma berjumlah jutaan orang di Shopee.


JUMLAH TRAFIK SEBULAN DI SHOPEE


Lonjakan  tarfik di Shopee memang mengagumkan. Mengikut data dari Sem Rush, trafik bulanan ke Shopee secara purata ialah 50 juta orang dan yang pastikan pada bulan September hingga December jumlah trafik ke Shopee akan semakin bertambah kerana pada Q4 inilah kemuncak sales di Shopee.

50 juta sebulan!!! Masih tidak boleh menjual di Shopee. 


PESAING SHOPEE 


Pesaing terdekat Shopee ialah Lazada tetapi jika dilihat jumlah bulanan trafik ke Lazada 2 kali ganda kurang di Shopee.

Bayangkan kuasa trafik Shopee yang agak melampau berbanding dengan pesaing mereka yang berlipa kali ganda. 


ANALISA DETAIL SHOPEE TRENDING 2022 


Anda semua kini tentu tidak akan menafikan bahawa Shopee adalah marketplace yang masih relevan hingga kini melalui data yang ditunjukkan.

Celoteh netizen yang mengatakan Shopee tidak relevan dan sebagainya disebabkan beberapa tindakan syarikat ini seperti polisi Standard Shipping yang menyusahkan Buyer dan Seller  menjdi viral buat seketika.

Tapi data tidak menipu, Shopee masih lagi berada no 1 di atas dan malah memotong pihak lawan dengan trafik yang berkali-kali gandanya.

Shopee kini merupakan marketplace pilihan yang terbaik. 
Olehitu saya ambil kesempata berkongsi dengan anda analisa detail jenis trafik yag amsuk, apa produk pilihan tertinggi di Shopee, demografi umur yang membeli belah di Shopee dan sebagainya.

Supaya anda mendapat satu idea jika ingin memulakan perniagaan di Shopee. 


Jenis Platform atau Device  Di Gunakan 




Kebanyakkan buyer datang ke Shopee menggunakan smartphone iaitu 67.69% tetapi saya agak terkejut juga  sebab kadar penggunaan desktop di Malaysia agak tinggi iaitu 31%.

Oleh itu kalau buat FB Ads placement untuk desktop masih lagi releven di Malaysia. Bukan semata-mata fokus pada placement Mobile Devices.


Jenis Platform Sosial Media Trafik Ke Shopee



Terdapat 2 jenis platform sosial media yang menjana trafik ke Shopee iaitu Facebook dan You Tube.

Ini bermakna ramai yang mengatakan Facebook telah mati tetapi di Malaysia kadar penggunaan Facebook adalah tinggi dan terbukti dengan penjanaan trafik sebanyak 47%  ke Shopee. Oleh itu Facebook masih lagi relevan.

Manakala You Tube berada di tempat kedua dan kita ketahui You Tube sebuah laman sosial yang harus anda terokai jika anda sebagai bisnis on line.

Tik Tok masih lagi belum diterokai oleh bisnis on line. Dan ini petanda aras yang baik iaitu anda mampu menjual dengan baik di Tik Tok.



Demografi Umur / Gender di Shopee





Seperti yang dijangkakan , demografi umur Shopee adalah dalam 18 - 44 tahun yang menyumbang sales di Shopee. Paling tinggi ialah berumur 25- 34 tahun.

Jika anda sebagai seller maka tumpuan utama ialah produk untuk remaja yang fokus pada gadget atau teknologi berdasarkan data  ini.

Manakala dari segi gender pula, agak memeranjatkan kerana lelaki paling ramai.
Walau bagaimana pun kadar perbezaan tidak banyak maka kit aboleh andaikan ianya setara anda kedua-dua gender ini dan produk yang melibatkan kedua-dua gender ini boleh laku keras di Shopee.


SHOPEE PILIHAN TERBAIK 


Kesimpulannnya ialah Shopee adalah laman web paling tinggi trafik di Malaysia dan jika anda sebagai seller maka anda telah memilih platform yang betul.

Dengan trafik bulanan 50 juta orang sebulan, setiap seller mempunya peluang untuk mendapatkan sales setiap produk mereka.

Jika anda telah menyertai Shopee dan masih tidak mampu membuat jualan maka ia adalah sesuatu yang pelik. Anda mesti megukuhkan ilmu anda dengan mempelajari algoritma Shopee serta teknik marketing dan beberapa teknik yang lain.

Anda boleh sahaja mendapatkan Ebook kami secara berasingan atau mendapatkan kesemua Ebook kami dengan harga yamh sama. - KLIK SINI

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama