Kenapa Blogspot/ Blogger Menjadi Pilihan.

Kenapa Blogspot/ Blogger Menjadi Pilihan.

Kenapa Blogspot/ Blogger Menjadi Pilihan.

SEJARAH BLOGGER /BLOGSPOT 


Blogger adalah salah satu milik Google dan sebelum itu ia mempunyai sejara yang panjang.
  • Pada 23 Ogos 1999, Blogger dilancarkan oleh Pyra Labs, dan menjadi salah satu pelayan penerbitan blog pertama di dunia.
  • Pada Februari 2003, Pyra Labs diselia oleh Google. Pengambilalihan oleh Google tersebut membuat sejumlah ciri premium Blogger yang sebelumnya dikomersialkan oleh Pyra Labs menjadi pelayan yang bebas sepenuhnya untuk pengguna. Sekitar setahun kemudian, salah satu pengasas Pyra Labs, Evan Williams, mengundurkan diri dari Google.
  • Pada 2004, Google membeli Picasa; lalu menyepadukannya dengan pelayan Blogger sehingga pengguna Picasa dapat menerbitkan koleksi foto miliknya ke laman blog yang dimilikinya di Blogger.
  • Pada 9 May 2004, Blogger memperkenalkan beberapa perubahan dasar pada sistem terbitan blognya, meliputi penggunaan templat CSS (Cascading Stylesheet), halaman arkib individual untuk masing-masing posting, ulasan, dan posting melalui email.
  • Pada 14 Ogos 2006, Blogger meluncurkan versi terbaru (masih dalam tahap beta) dengan nama kod “Invaders”. Versi terbaru ini memindahkan pengguna pelayan Blogger ke pelayan milik Google, selain menambahkan beberapa ciri baru.
  • Mei 2007, seluruh layanan Blogger secara rasmi telah dipindahkan dan dikendalikan di pelayan milik Google.

Kenapa Blogspot/ Blogger Menjadi Pilihan.


Ramai yang memanggil blogger dan ada yang memanggil blosgpot.Keduanya adalah sama sahaja. 
Sebagai memulakan bicara,  ramai tidak akan setuju jika saya mengatakan blogspot adaah pilihan yang terbaik.

Malah saya sendiri mengatakan bahawa jika membuat perbandingan antara Blogger dan Wordpress sudah tentu wordpress akan menang kerana kekuatan SEO nya. Ya, saya akui bahawa dari segi kekuatan SEO sudah tentu wordpress menjadi pilihan terkini.

Namun saya telah menggunakan platform blogspot sejak 12 tahun yang lalu dan saya bermula sebagai blogger di platform blogspot. Dan saya masih menganggap blogspot masih yang terbaik.


Biar saya terangkan 

BLOGSPOT BUKAN MILIK ANDA
Ramai yang mengatakan blogspot sudah berada di dunia web sejak 2003 dan ianya terlalu lama. Kemungkinan Google akan menamatkan blogspot pada bila-bila masa sahaja.

Ini adalah kerisauan utama yang bermain di kotak fikiran blogger yang menggunakan blogspot. Sehingga kini pada tahun 2022, blogger masih lagi hidup dan ramai yang masih menggunakan blogger. 

Dan tindakan menutup blogger/blogspot akan menyebabkan jutaan blog akan terjejas dan ini bukan satu tindakan yang berani diambil oleh Google kerana kebanyakkan konten yang berkualiti ada di blogger. 

19 tahun blogger telah ujud dan bayangkan konten-konten yang telah dihasilkan melalui platform ini. Penutupan blogspot pasti tidak mungkin terjadi. 


Kenapa Blogspot/ Blogger Menjadi Pilihan.

KONTEN IS KING 

Ramai yang mengatakan jika menggunakan Wordpress, kebanyakkan artikel atau konten anda akan berada di carian pertama. Tidak semestinya kerana istilah konten is king membawa maksud konten yang berkualiti, berautoriti kebolehpercayaan atau EAT merupakan guideline untuk Google melihat blog itu baik atau tidak.

E-A-T stands for Expertise, Authoritativeness, and Trustworthiness. The concept comes from Google's Search Quality Rater guidelines and it became well known after the infamous Medic Update in August 2018

Kualiti konten menjadi fokus utama pada Google dan logiknya jika konten anda bagus maka artikel anda akan mendapat lebih banyak backlink, artkel anda menjana trafik  melalui "share" oleh pembaca dan juga blog anda akan dipercayai keseluruhannya.

Bukannya saya kata SEO itu tidak pentng tetapi konten lebih penting.




BLOGSPOT MUDAH DIGUNAKAN

Blogspot amat mudah digunakan dan dengan sedikit pengetahuan HTML anda boleh memahaminya dengan mudah. Anda tidak perlu kerap untuk updated HTML selalu, ia hanya perlu dilakukan apabila anda mengubah templates sahaja. 

Untuk saya mana-mana platform yang anda guna mahupun wordpress anda kena pelajari sedikit teknikal setiap platform ini dan untuk saya teknikal untuk blogspot amat mudah.

Kenapa Blogspot/ Blogger Menjadi Pilihan.



BLOGSPOT PERCUMA

Paling penting ia percuma dimana melalui akaun Google anda sudah boleh membuat sebuah website dalam masa yang singkat. Anda tidak memerlukan membuat pembayaran kepada blogspot dan segalanya percuma.

Wordpress pun percuma kan tetapi terlalu limited berbanding blogspot jika anda ambil percuma. Wordpress anda tidak boleh buat apa-apa jika anda tidak boleh menggunakan Plugon mereka. Mahu tak mahu anda kena ambil plan business mereka juga.

Kenapa Blogspot/ Blogger Menjadi Pilihan.


BLOGPOST SEO 

Ramai mengatakan wordpress terbaik dalam SEO mereka. Saya akui tetapi setiap kebaikan itu ada harganya. Kalau anda ambil wordpress.com percuma, ianya lebih teruk berbanding blogspot dari segi SEO. 

Seperti saya katakan tadi anda kena ambil plan business kalau nak hendak dapatkan jus SEO dari wordpress. 

Kenapa Blogspot/ Blogger Menjadi Pilihan.



BLOGSPOT TEMPLATES

Ramai mengatakan bahawa dari segi templates memang wordpress paling banyak dan terbaik . Tetapi terdapat juga beribu templates blogspot yang terbaik.

Jika anda bandingkan templates yang disediakan oleh blogspot sendiri memanglah ia agak teruk dan tak updated tetapi jika anda ambil templates diluar dari blogspot memang terdapat banyak templates yang mesra SEO dan responsif. Sama seperti wordpress juga dan ada templates yang menarik dan percuma.

Masalah templates bukanlah masalah utama untuk anda gunakan blogSpot. Anda mempunyai banyak pilihan dan templates di blog ini sekarang pun saya gunakan templates percuma.


Kenapa Blogspot/ Blogger Menjadi Pilihan.

BLOGSPOT SEKURITI 

Disebabkan anda menggunakan blogspot maka dari segi sekuriti memang cukup hebat kerana Google sekuriti telah diakui terbaik dan sekaligus blogspot termasuk dalam sekuriti ini.

Ramai mengatakan blogspot tidak selamat tetapi tahukah anda bahawa banyak kes hacking berlaku di wordpress juga. Untuk saya masalah sekuriti adalah berounca dari anda juga, di Google jika anda gunakan blogspot anda terpaksa membuat 2nd verification dengan no telepon anda atau email.  Ini menandakan sekuriti di blogspot cukup kiuat dan terkini.

Kenapa Blogspot/ Blogger Menjadi Pilihan.



ECOMMERCE
Ecmmerce tidak boleh dibuat di blogspot. Memang pun tidak boleh dan di wordpress tidak boleh jika anda ambil percuma tetapi jika anda ambil plan berbayar yang disediakan barulah anda boleh membuat ECommerce.

Blogspot sesuai digunakan untuk membuat artikel atau affilite.

Kalau saya hendak membuat ECommerce adalah lebih baik saya menggunakan Shopify yang lebih mesra pengguna berbanding wordpress. 

Kenapa Blogspot/ Blogger Menjadi Pilihan.


KESIMPULAN

Walau pun ramai yang mengatakan bahawa blogspot agak ketinggalan zaman ini kerana mereka tidak pernah menggunakan blogspot serta tidak memahami kelebihan blogspot miliki.

Saya menekankan penggunaan blogspot ini kerana kos business anda dikurangkan dengan banyak sekali. 

Jika anda nak upgrade anda boleh sahaja membeli domain dengan harga yang murah. Itu sahaja komitmen tahunan anda jika anda menggunakan blogspot.

Saya ada membuat artikel kos yang patut anda bayar jika anda menggunakan wordpress.com untuk sebuah blog yang baik .- KLIK SINI 

Hendak mempelajari blogging. Dapatkan EBook Kami:

Kenapa Blogspot/ Blogger Menjadi Pilihan.




Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama