WHATAPSS VS SHOPEE VS BLOGGING MARKETING. Mana terbaik?

WHATAPSS VS SHOPEE VS BLOGGING MARKETING. Mana terbaik?

WHAT APSS MARKETING VS SHOPEE MARKETING VS BLOGGING MARKETING. Mana terbaik?

Ramai yang bertanya pada saya manakah yang efisen samada membuat bisnis online menggunakan what apps atau Shopee

Persoalan ini saya akan jawab berdasarkan pengalaman saya. 

Pada mula-mula saya join dunia bisnis online, semua perniagaan menggunakan what apps.

Kita berhubung dengan customer melalui what apps dan tidak dilupakan melalui messenger FB/Instagram.

Kedua teknik ini merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh bisnis online pada masa lalu dan kini. 

Sekarang lagi canggih dimana what apps  dan messenger semua dah ada chat bot dan sebagainya. 

Saya melihat penggunaan what apps atau Messenger ini banyak buruk dari baik. Ini adalah pendapat peribadi saya.


CUSTOMER ENGAGEMENT TERLALU BAIK

Kelemahan what apps/ Messenger ialah  engagement dengan customer lebih baik. 

Saya akui dengan what apps marketing kita akan lebih rapat dengan customer dan mudah untuk ujudkan trust kepada customer.

Sepatutnya ini yang kita mahu iaitu customer engagement tetapi sikap saya yang tidak berapa minat untuk menaip panjang serta menjawab soalan itu yang menyebabkan saya tidak layak dalam bidang ni.

Kedua ialah kekerapan lewat menjawab what apps adalah pantang larang yang kuat falam customer engagement. Jangan lewat menjawab what apps lebih dari 10 minit kata sifu saya. 

Saya biasanya akan menjawab 1 jam kemudian atau lewat. 

Di sebabkan saya ini mempunyai kelemahan dalam bidang disiplin what apps ni maka tanggungjawab ni saya berikan pada wife saya siap dengan copywriting untuk menjawab what apps.

Tapi isteri ni kurang sabar apabila customer banyak tanya tapi tak jadi beli. Marah betul dia..hahahhaa.

Atau customer yang agak kurang ajar bila bertanya. Memang tension ler, nak marah tak boleh.

Inilah sebabnya saya tak suka guna what apps atau messenger dan atas sebab tu kami banyak kali kehilangan customer. 

Lagi satu cabang customer engagement ialah follow up what apps merupakan perkara yang paling saya benci. Katakan ada customer what apps awak dan anda balas tetapi customer awak tak balas.

Adakah anda akan biarkan. Sudah tentu tidak. Selepas satu jam anda akan what apps sekali lagi dan seterusnya 4 jam kemudian dan keesokannya. 

Ada rakan saya siap telefon customer jika beliau 3 kali buat follow up what apps tiada feedback dari customer.

Sebenarnya tak susah sebab copywriting follow up memang dah ada. 

Tapi ada masa ker kau nak buat bende ini. Anda kena ingat yek, mula-mula kita berniaga ni mana ada staff pelbagai. Semua kita buat sendiri.

Satu lagi opportunity yang kami hilangkan dengan tidak membuat follow up.

Perkara paling besar selain Customer Engagement ialah Trafik.

Macam mana anda nak dapatkan what apps jika anda tidak membuat iklan.

Pada masa itu FB ads merupakan pilihan terbaik dan masih relevan hingga kini.

Bayangkan berapa banyak saya rugi untuk belajar FB Ads dari asas. Suka tak suka saya kena belajar untuk buat targetting audience saya dan link ke what apps atau messenger.

Bila kau belajar kelam kabut maka hasil yang anda dapat pun kelam kabut. 

Tetapi setelah beberapa lama baru kami faham guna FB Ads secara efektif itu pun duit dah perabih..hahaha.

Inilah kelemahan What Apps iaitu customer engagement yang melampau dan Cari trafik.

Setelah beberapa lama kami mendapati kami tak sesuai membuat sales guna what apps ni.

Kami mula menjual dengan membuat blog atau landing pages produk kami jual. 

Banyak landing pages kami buat menjual pelbagai produk hingga kini.

Kemudian kami cuba membuat ECommerce website dan menjual produk dari Ali Ekspress dan terlingkup. 

Kami kembali menjual dengan landing pages dan blog.

Masalah utama apabila buat bisjis pakai website ialah cari trafik dan nak cari trafik kena buat FB Ads.

Tetapi kami bebas iaitu tak perlu engagement dengan customer.

Lalu kami pun fikir mencuba marketplace dan mula-mula kami mencuba ialah di Shopee.

Yang memang telah tersedia 7 juta buyer untuk anda. Dan setelah mempelajarinya kami kekal dengan Website dan Marketplace.

Hinggalah saya membuat masterclass memberi tunjuk ajar membuat kedai Shopee menggunakan dropship. 

Sebab itu dalam You Tube Channel ni saya fokus website, Shopee dan Facebook Ads.

Pendek kata jika anda tanya saya mana yang terbaik.

Saya akan menjawab marketplace sebab dah ada trafik. Kemudian blogging membuat website untuk affiliate atau produk sendiri dengan landing pages. Dan terakhir ialah what apps marketing.


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama