JANAKAN SALES MELALUI EXCEL SHOPEE KALKULATOR

JANAKAN SALES MELALUI EXCEL SHOPEE KALKULATOR

REVIEW KEDAI SHOPEE UNTUK JANAKAN SALES MELALUI EXCEL SHOPEE KALKULATOR


REVIEW KEDAI SHOPEE UNTUK JANAKAN SALES MELALUI EXCEL SHOPEE KALKULATOR



REVIEW KEDAI SHOPEE UNTUK JANAKAN SALES MELALUI EXCEL SHOPEE KALKULATOR

Hari ini nak membuat analisa tentang salah sebuah kedai Shopee oleh pemilik ini. Saya tak nak beritahu siapa pemiliknya tanap kebenarannya.

Beliau meminta saya menganalisa apa yang boleh dibuat tentang kedai beliau. Beliau telah membeli Shopee Excel Kalkulator kami dan bagaimana beliau hendak memaksimakan teknik marketing dalam kedai beliau.

Sebelum itu mari kita lihat susunan yang telah di lakukan di kedai beliau. Dan beliau menekankan mahu mendapat trafik ke kedai beliau.


TAJUK DAN KATA KUNCI

Dari segi kata kunci atau tajuk setiap produk disusun dengan baik dan tepat. Tiada masalah dari segi pencarian di Shopee.

REVIEW KEDAI SHOPEE UNTUK JANAKAN SALES MELALUI EXCEL SHOPEE KALKULATOR


Cuma masalahnya kata kunci ini diguna oleh ramai seller dan ia menunjukkan produk ini adalah dropship. 

Sebagai dropship kita tak boleh elak dari masalah sedemikian malah kedai ini bernasib baik kerana dari segi gambar agak berlainan. Mungkin beliau membuat  pemilihan gambar yang berlainan.

Dari segi kategori , kedai ini memilih kategori yang betul, ianya akan memudahkan kalau nak buat Shopee Ads nanti terutama di bahagian Discovery Ads.

Ini adalah bahagian yag paling penting iaitu dalam funnel kami iaitu "Produk Listing"  dan manakala untuk "Produk Winning" kita anggap semua produk ini adalah produk winning dan sales yang tertinggi adalah produk winning utama.

MARKETING 

Untuk pengetahuan ini adalah funnel ketiga kami iaitu menarik perhatian pelanggan dengan memberi OFFER.

Bahagian ini agak sedih sikit kerana tiada marketing yang digunakan dalam kedai ini.

Untuk mendapatkan trafik ke kedai tidak susah iaitu dengan membuat Shopee Ads saya rasa dengan mudah trafik ke kedai, Tetapi kita mahukan trafik dengan sales agar ROI anda tidak rugi. Itu yang penting.

Bermakna harga haruslah kompetatif dan tawaran kepada pelanggan haruslah mantap. Dalam hal ini EXCEL Shopee Kalkulator memainkan peranan.

Saya tidak ketahui berapa margin untung setiap produk beliau dan saya andaikan margin beliau ialah 20%. 

Katakan harga produk RM20 dan untung margin 20% iaitu RM4, maka harga dropship RM16.

Kedai ini menghadapi masalah utama membuat voucher/diskaun kerana program Shopee beliau amat mahal iaitu 7.42% dan belum dicampur caj wajib iaitu caj transcation fee 2.12% dan commision fee 2.12%. Total percentage jualan beliau kenan bayar kepada Shopee ialah 11.66%.

Baki 8.44% sahaja untuk buat marketing dan ianya agak mustahil !!!!


APA YANG PATUT SAYA BUAT?

Beri diskaun dan Bundle Deal 

REVIEW KEDAI SHOPEE UNTUK JANAKAN SALES MELALUI EXCEL SHOPEE KALKULATOR


Saya menggunakan Shopee excel kalkulator yang beliau telah dapatkan dari  kami.

Semua produk saya akan berikan diskaun 5% tetapi kadar untung anda sehelai jersi ialah RM0.69 sahaja.

Maka anda mahu tak mahu semua produk anda kena buat BUNDLE DEAL seperti gambar diatas anda memberi potongan harga jika Buyer membeli 3 helai jersi. Anda akan dapat keuntungan yang lebih tinggi.

Bundle deal akan menyelamatkan margin untung anda. 


Hapuskan Program Shopee


Saya pernah mengatakan dalam You Tube Channel saya, sebagai dropship jangan ambil program Shopee dan kalau nak ambil, pastikan margin untung anda 40% ke atas!!!

REVIEW KEDAI SHOPEE UNTUK JANAKAN SALES MELALUI EXCEL SHOPEE KALKULATOR


Sebaik sahaja saya buang program Shopee yang menelan 7.42% maka margin untung saya akan meningkat 15.86%. 

Saya boleh kurang kan harga kepada RM18 iaitu harga yang agak kompetatif dan pada masa yang sama saya tetap akan buat bundle deal. 

Ini adalah cadangan pertama. Tapi tak power !!!!!!!!!!!!

INI ADALAH CADANGAN KEDUA. 

REVIEW KEDAI SHOPEE UNTUK JANAKAN SALES MELALUI EXCEL SHOPEE KALKULATOR

Anda kekalkan diakaun 5%  tetapi anda membuat baucer 5% jika sesiapa membeli harga melebihi RM100. 

Kenapa ianya harus RM100 sebab harga bundle anda ialah RM55.86. Baucer anda harus melebihi dari harga bundle deal. 

Sebagai contoh, jika buyer anda beli 3 pasang jersi dengan harga bundle RM55.86 dan baucer anda potongan 5% jika beli melebihi RM50. Maka buyer anda akan dapat 7%.

Oleh itu di kedai Shopee anda , akan tertera voucher, diskaun dan bundle deal. Baru nampak cantik dan melecun!!!!


TARIK TRAFIK

Masalah marketing kedai anda telah selesai dan contoh yang saya berikan ini adalah pendapat saya. Nilai Baucer dan Bundle Deal terpulang pada anda kerana saya tidak ketahui nilai margin untung anda.

Bagaimana nak tarik trafik ke kedai anda. Tajuk yang baik. gambar yang baik, marketing yang baik serta harga sedikit kompetatif tapi tak per kerana sistem marketing anda memberi pilihan kepada Buyer. 

Sekarag tiba masanya untuk tarik trafik. 
Ini saya berikan percuma kerana untuk menarik trafik anda boleh dapatkan EBook Kami Shopee Funnel Sales Meletup.


New Follower

Buat new follower voucher, kasi ler 2%

Anda kini untung 15% tolak diskaun 5% tolak baucer 5% ( jika beli lebih RM100) . Ada balance 5% lagi tapi kalau follower anda tidak gunakan baucer, margin anda masih tinggi lagi. 

Oke ler tu ...kalau ramai yang guna pun tak kisah sebab follower penting. 


Buat CHAT BROADCAST

REVIEW KEDAI SHOPEE UNTUK JANAKAN SALES MELALUI EXCEL SHOPEE KALKULATOR


Anda mempunyai follower 3.4K , pehh banyak tu. Ini bermaksud itu adalah lubok emas anda. 

Di Seller Center terdapat Chat Broadcast yang membolehkan anda menjual produk anda pada follower anda.  

Anda hanya perlu membuat satu lagi baucer tetapi baucer yang tersendiri atau baucer spesial. Di bahagian Seller Center terdapat cara membuat baucer jenis ini.

Gunakan baucer istimewa ini khas untuk semua follower atau buyer anda dengan memberi mereka baucer ini sahaja semasa membuat Chat Broadcast.


Shopee Ads


Cara yang paling mudah dan berkesan tetapi sebagai dropship anda tidak mampu membuat Search Ads kerana ia biasa merugikan anda. Anda kena lihat data CTR dan lihat klik yang masuk. Jika ada klik tetapi tiada jualan, ia akan  merugikan anda.

Kalau anda nak buat juga, pakai sahaja Discovery Ads dan letak bid rendah dahulu RM0.10. Lihat CTR anda dan mana-mana produk yang mempunyai jualan, baru anda naikkan bids.

Namun saya lebih suka anda gunakan Shop Ads kerana kedai anda mempunyai niche yang spesifik iaitu jersi. Maka Shop Ads adalah lebih releven. 

Tetapi Shopee tidak berikan pada semua seller Shop Ads, cuba lihat dalam Shopee Ads anda, adakah Shop Ads anda telah enable oleh Shopee.


Lain-Lain

Mengunakan Facebook CPAS yang diberikan oleh Shopee untuk anda membuat targetting.
Menggunakan blog untuk mencari trafik organik dari SEO Google.
Menggunakan Tik Tok untuk link ke kedai Shopee anda
Menggunakan Phone Marketing 

Saya tak boleh terangkan semua ini, nanti marah pelanggan EBook Shopee Funnel saya yang telah membeli produk Ebook saya ini...hehehheee


Kesimpulan 

Saya rasa anda telah memahami bagaimana menggunakan Excel Shopee Kalkulator ini secara efektif. 

Marketing atau OFFER amat penting dalam perniagaan online ini. Inilah tujuan Excel Shopee Kalkulator kami



TERBARU : KEMAS KINI 

Anda masih boleh mendapatkan excel kalkulator yang kami berikan secara percuma ini tetapi anda juga boleh menggunakan Shopee Kalkulator kami yang telah dinaik taraf ke web aplikasi untuk memudahkan anda.


Kini anda tidak perlu lagi download Shopee Kalkulator atau calculator Shopee kami tetapi hanya menggunakan Shopee Kalkulator versi web aplikasi secara terus di website kami dan boleh diguan bila-bila masa sahaja.


Mahukan penerangan lanjut tentang website aplikasi kami ini KLIK SINI









Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama