Sosial media di dunia ini semakin berkembang dan ada yang telah berkubur disebabkan tidak dapat bersaing dengan syarikat sosial medi ayang lain.
Namun untuk kita, sebagai bisnis online mana-mana sosial media yang meningkat akan kita gunakan untuk menjana sales pada bisnis kita.
Dan setakat ini sosial media yang kerap digunakan oleh bisnis on line ialah Facebook Pages, Instagram, You Tube, Printerest dan terkini ialah Tik Tok
Jangan merendahkan kekuatan sosial media ini. Ramai yang berjaya membuah pendapata yang tinggi hanya menjual di sosial media secara organik.
Ramai yang menjadi influencer dengan menjana pendapatan tinggi dengan hanya review produk melalui akauan sosial media mereka.
Persoalan sekarang dengan pelbagai sosial media ini bagaimana anda hendak dapatkan follower atau pengikut semua sosial media ini.
POSTING KONSISTEN
Rahsianya adalah satu sahaja iaiatu anda harus konsisten membuat posting ke semua sosial media anda setiap hari!!! Itu sahaja caranya barulah algoritma setiap sosial media ini melihat anda wajar di "boost" untuk engagement di platform mereka.
Saya telah melihat ratusan video serta seminar tentang bagaimana meningkatkan pengikut setiap sosial media dan kesemuanya bercerita tentang konsisten posting setiap hari.
JUMLAH POST YANG KONSISTEN
Dan konsisten post setiap pula berapakah jumlah post yang harus anda buat. Kita lupakan Facbook Pages buat sementara kerana dari segi trafik organik dan engagement Facebook Pages amat rendah iaitu dalam 1% sahaja.
Manakala Instagram masih lagi relevan dari segi engagement tetapi ianya semakin kuat persaingan dimana anda harus post sekurang-kurangnya 7 post setiap hari termasuk Instagram Feed, Reel dan Stories. Paling power untuk Instagram setakat ini ialah Instagram Story.
Manakala untuk Tik Tok pula untuk mendapatkan follower yang baik anda harus post sekurang-kurangnya 3 post setiap hari barulah algoritma Tik Tok akan bantu anda. Sama juga seperti You Tube dan lain-lain Sosial Media yang lain.
MAMPUKAH ANDA?
Namun kenapa Instagram, Facebook Pages atau Tik Toks Shoppermaniac masih bawah 1000 follower atau tidak meletup?
Persoalannya ialah mampukah anda membuat posting setiap hari ke semua sosial media ini. JIka anda hendak saya post satu post setiap hari ke sosial media mungkin saya mampu lagi . Tapi jika anda saya post 3 posting setiap hari ke sosial media, itu diluar kemampuan.
Inilah masalah jika anda membuat semua perkara seorang diri dan kemampuan anda mempunyai limit yang tertentu.
Itulah yang membezakan jumlah follower setiap profile yang mempunyai 2000 follower dengan 10,000 follower.
CARA ATASI
Pasukan Sosial Media
Anda mesti mempunyai psukan yang menguruskan sosial media anda dimana ianya terdiri dari grafik design yang membuat design posting agar lebih menarik, video design yang membuat video anda lebih menarik serta pasukan brainstorming yang akan membincangkan, apakah konten untuk anda post setiap hari.
Inilah cara yang betul dan teknik ini banyak digunakan oleh influencer atau foounder yang telah berjaya menjual produk melalui bisnis online.
Gunakan Aplikasi
Salah satu cara ialah membuat scheduling post di mana anda membuat advance post untuk diposting di laman sosial anda. Anda boleh membuat jadual posting setiap 2 minggu.
Namun persoalan yang sama timbul kembali, ialah bagaimana anda hendak siapkan material posting tersebut. Mahu tak mahu kena upah grafik dan video designer juga..hahahahaha.
KESIMPULAN
Jika anda benar-benar mahu meningkatkan jus setiap sosial media anda. Anda harus upah satu pasukan hanay untuk uruskan semua sosial media anda dengan grafik serta konten yang terbaik.
Ada yang bernasib baik dengan usaha yang sedikit, jumlah follower mereka meningkat dengan cepat disebabkan konten mereka menjadi viral atau anda memang seorang selebriti maka memang ramai nak follow awak.
Tetapi jika anda hanya biasa-biasa seperti saya ini, inilah rahsia yang utama. Dan jika anda kurang yakin, tanyalah semua pakar-pakar influencer, bagaimana permulaan mereka sebelum mendapat pengikut yang begitu ramai dan berapa kali mereka posting sehari?
Namun bukan jumlah posting sahaja memainkan peranan. Penggunaan kata kunci, hastag serta copywring yang menarik dan gambar/ video yang menonjol memainkan peranan yang penting dalam menonjolkan konten anda.

.jpeg)