BERAPA LAMA NAK SETUP KEDAI SHOPEE SEBAGAI DROPSHIP - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

BERAPA LAMA NAK SETUP KEDAI SHOPEE SEBAGAI DROPSHIP

BERAPA LAMA NAK SETUP KEDAI SHOPEE SEBAGAI DROPSHIP
BERAPA LAMA NAK SETUP KEDAI SHOPEE SEBAGAI  DROPSHIP


Saya mendapat soalan dari subcriber saya jika saya upload 200 produk ke Shopee dan membuat gambar editing, deskriprsi optimisation kata kunci adakah saya melakukan seorang diri atau ada pasukan.

Jawapannya adalah saya seorang dan apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah Funnel Produk Listing.

Dalam You Tube Channel ini saya tidak melibatkan staff saya mengendali kedai Shopee eksperimen kita iaitu Shoppermaniac dan yang terbaru ialah Homemaniac.

Ini kerana tujuan You Tube Channel ni ialah untuk pemula bisnis online dan sebagai  mengongsi dengan rakan-rakan You Tube yang lain. Saya kena lalui pengalaman ini dan untuk pengetahuan dalam You Tube Channel kami ini setiap analisa yang kali lakukan berdasarkan real time melalui kedai Shopee kami.

Berbalik pada soalan suncriber saya ni. Memang susah dan untuk 100 produk pertama saya mengambil masa 3 minggu untuk membuat produk listing.

Dan mungkin subcriber saya lupa, dengan hanya membuat produk listing sahaja tidak akan menjamin kejayaan kedai Shopee anda tetapi ianya harus melalui 2 funnel lain iaitu Produk Winning dan Marketing.

Dropship memang sukar kerana anda bersaing dengan ramai seller dan mainan harga yang cukup ganas.

Analisa harus dilakukan secara terperinci agar anda mampu berdaya saing di Shopee.

Untuk pengetahuan sehingga kini kedai Homemaniac masih belum mendapat apa-apa jualan setelah dibuka selama 3 minggu.

Ini adalah perkara biasa kerana tekanan produk listing yang masih lemah. Dimana kami baru selesai 70% analisa kedai ni.

Oleh itu mahu tak mahu anda kena hadapi realiti bahawa setup sebuah kedai Shopee yang baru menggunakan dropship sync akaun amat susah dan ambil masa..

Nak tambah orang bantu? Dengan margin untung 20% sahaja maka tidak ideal untuk megupah orang.

Tambah rugi dan kalau nak upah orang kena pastikan pekerja anda tahu apa itu produk listing. ..hahaha. 

Dan lagi pun tujuan anda membuka kedai Shopee dropship ini adalah untuk mempelajari ilmu yang baru dan anda kena buat sendiri.

Bersusah dahulu baru senang. Kena sabar dan displin.

Jika anda tidak mampu melakukannya maka jangan mulakan kedai Shopee dropship anda. 

Bukan senang mahu senang. 



Catat Ulasan