BAGAIMANA MENUTUP AKAUN SAVE VALUE

BAGAIMANA MENUTUP AKAUN SAVE VALUE

BAGAIMANA MENUTUP AKAUN SAVE VALUE


Saya mendapat soalan dari subcriber You Tube Channel saya dan beliau bertanya bagaimana menutup akaun Save Value.

Terdapat 2 cara bagaimana menutup akaun Save Value.

1. Memaklumkan kepada Save Value

BAGAIMANA MENUTUP AKAUN SAVE VALUE

Menurut Save Value jika anda hendak menutup akaun Save Value. Anda boleh hubungi mereka melalui what apps dan berikan mereka no akaun bank anda untuk pulangan semula wang anda.

Pemulangan wang ini bergantung pada dropship masing-masing. Jika anda sertai DSM ( Dropship Malaysia) mereka tidak akan memulangkan wang top up anda. Ini jelas dalam notifkasi awal mereka.

Jika anda menggunakan Save Value, bersyukur kerana mereka akan memulangkan wang kepada anda.

Bagaimana anda hendak hubungi mereka. Mudah sahaja dimana anda boleh what apps mereka atau email pada mereka.

BAGAIMANA MENUTUP AKAUN SAVE VALUE
Customer Service untuk return and refund

BAGAIMANA MENUTUP AKAUN SAVE VALUE
Ini adalah contact utama mereka

Saya kurang pasti mana satu no telefon untuk anda what apps jika hendak membatalkan akaun anda. Anda boleh mencuba kedua-dua sekali seperti gambar di atas.

Manakala untuk email, anda boleh sahaja email pada mereka jika tidak mahu what apps.

Inilah cara atau prosedur yang tepat , dimana anda perlu memberitahu mereka dengan menelepon atau email pihak Save Value. 

2. HABISKAN DUIT DI SAVE VALUE

Saya telah beberapa kali join banyak syarikat dropship dan jika saya  mahu keluar dari dropship tersebut.

Saya akan habiskan baki wang yang terdapat di top up saya dengan membeli produk secara terus dari Save Value.

Lepas habiskan duit di sana maka saya akan tinggalkan sahaja akaun Save Value ini. Sebab mungkin pada masa akan datang saya hendak menggunakan Save Value ini. 

Ini cara saya sebab saya malas nak mengikut prosedur panjang ini. Tetapi terpulang pada semua samada nak ikut prosedur yang betul atau ikut cara kedua ini..hehehehehe.

KESIMPULAN 

Save Value jika dibaca secara keseluruhan ianya tidak sukar untuk dilakukan.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama