SHOPEE IKLAN PRODUK SERUPA DIHAPUSKAN

SHOPEE IKLAN PRODUK SERUPA DIHAPUSKAN

 

SHOPEE IKLAN PRODUK SERUPA DIHAPUSKAN

Berita gempar iaitu iklan produk serupa telah dihapuskan oleh  Shopee, Menurut Shopee ianya bertujuan untuk penambahbaikan iklan dan perjalanan pembeli.


When does this change take effect?

The phasing out of Similar Products has been implemented in phases:

  1. On 4 April - 9 May, 20% of shopper traffic into Product Detail Pages started seeing the improved design (i.e. no more Similar Products section) 
  2. On 10 - 11 May, 50% of shopper traffic into Product Detail Pages started seeing the improved design
  3. On 12 May, this change will be applied to all shopper traffic into Product Detail Pages


SHOPEE IKLAN PRODUK SERUPA DIHAPUSKAN

Sebelum ini terdapat 3 jenis iklan yang ditunjukkan jika anda membuat Shopee Ads Discovery Ads iaitu :

1: You May Also Like ( Produk Yang Mungkin Anda Suka) 

2. Homepage Daily Discovery ( Rekomendasi) 

3. Similar Produk ( Produk Yang Serupa) 



Dan kini Similar Produk telah dihapuskan serta merta pada bulan May 2022 ini. Lihat jadual oleh Shopee.


SHOPEE IKLAN PRODUK SERUPA DIHAPUSKAN

Anda boleh lihat pada gambar diatas bahagian Produk Yang serupa toggle telah dinyahaktifkan.

Kini dengan pembaharuan oleh Shopee iklan yang akan anda lihat hanya di 2 bahagian ini sahaja iaitu Homepage Daily Discovery dan You May Also Like.


SHOPEE IKLAN PRODUK SERUPA DIHAPUSKAN

Perubahan terbesar ialah jika anda pergi produk individu Shopee dibahagian bawah anda akan melihat dahulu terdapat 3 bahagian dan kini hanya tinggal 2 bahagian sahaja dimana bahagian Similar Produk dahulu di bahagian tengah telah dihapuskan.


SHOPEE IKLAN PRODUK SERUPA DIHAPUSKAN


Manakala bahagan Homepage Daily discivery masih dikekalkan lagi seperti gambar diatas,


KESAN PENGHAPUSAN PRODUK YANG SERUPA SHOPEE:


SHOPEE IKLAN PRODUK SERUPA DIHAPUSKAN

Sila lihat salah satu produk saya yang menggunakan Discovery Ads. Penghapusan Produk yang Serupa akan memberi kesan dimana saya mendapat jualan melalui produk yang serupa.


Saya kerap kali katakan, untuk dropship sebaik-baiknya menggunakan Shopee Ads Discovery Ads kerana kosnya agak murah dan naikkan bid pada Similar Produk terutama jika produk anda lebih murah sebab itu sales saya pada Similar Produk lebih baik.


Produk Yang Serupa sebenarnya ia membunuh ramai seller yang menjual produk yang mahal berbanding anda. Dan jika anda buat ads pasti anda akan dapat mencuri pelangggan anda. 


Untuk saya Produk Yang Serupa adalah lubok terbaik jika jumpa produk winning yang harganya lebih murah. Memang sales anda akan melonjak.


ADAKAH SALES ANDA AKAN MENJUNAM MELALUI PENGHAPUSAN PRODUK YANG SERUPA

SHOPEE IKLAN PRODUK SERUPA DIHAPUSKAN



Tidak !!! Kerana Shopee telah meberi jaminan melalui penambahbaikan ini maka pengalaman jualan anda akan menjadi lebih baik.

Dan bagi saya penghapusan Produk Yang Serupa ini mengurangkan beban kepada saya dari segi kos. Dahulu apabila kita mengguna Discovery Ads budget anda terbahagi 3 dan kini dibahagi kepada 2 bahagian sahaja. 

Dari segi fokus adalah lebih baik dimana sudah tentu saya akan menumpukan pada You May Also Like dengan naikkan bids saya ada bahagian ini.

Tidak seperti dahulu saya serba salah mana satu nak pilih.


SELAIN itu dengan penghapusan Produk Yang Serupa potensi seller untuk menjual produk mereka lebih tinggi kerana pembeli kini hanya mempunyai 2 bahagian sahaja untuk mereka megubah pemikiran membeli dari kedai anda berbanding 3 bahagian. 

Dahulu apabila anda menjual garpu dropship, pada produk yang serupa akan keluar semua garpu yang serupa dan selalunya pasti ada garpu yang lebih murah. Itu yang saya malas nak buat Search Ads pada produk yang mempunyai harga kompetatif.

Bila buat Search Ads, klik tinggi tapi tiada jualan sebab anda membuat promosi untuk kedai lain disebabkan bahagian Produk Yang Serupa ini harga mereka lebih murah. Jahat Produk Yang Serupa ini.

Penghapusan Produk Yang Serupa akan memberi kurang saingan pada seller lain. Dimana pilihan lain akan menjadi lebih kurang. 


KEBURUKAN yang saya dapat lihat ialah persaingan untuk mengisi slot yang tinggal 2 bahagian sahaja berbanding 3 bahagian. Saya jangkakan dengan bid yang anda kekalkan mungkin anda tidak akan mempunyai jualan dan anda harus naikkan sedikit bid jika mahukan jualan.

Namun kita kena lihat sebab ianya baru di laksanakan dan kena lihat data pada masa akan datang. Analisa data terpaksa dilakukan semula. 



KESIMPULAN PENGHAPUSAN PRODUK YANG SERUPA

Penghapusan Produk Yang Serupa pada dasarnya untuk saya tidak akan memberi kesan yang tinggi dan sebagai seller kebanyakkannya menggunakan Serach Ads sebagai pilihan utama mereka.

Pada pendapat saya penghapusan Produk Yang Serupa mengurangkan saingan ketat antara seller. Itu pendapat saya.

Pada dasarnya sama ada sya suka atau tidak suka, sebagai seller yang meminjam platform Shopee kena ikut apa jua perubahan dan kita sebagai seller kena ubah strategi jualan kita di shopee..



Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama