SYARAT MASUKKAN LEBIH DARI SATU DROPSHIP KE KEDAI SHOPEE

SYARAT MASUKKAN LEBIH DARI SATU DROPSHIP KE KEDAI SHOPEE

SYARAT MASUKKAN LEBIH DARI SATU DROPSHIP KE KEDAI SHOPEE

Mendapat soalan dari subcriber saya bolehkah beliau memasukkan lebih dari satu dropship ke kedai Shopee beliau.

Sudah tentu boleh tetapi ada kena patuhi syarat-syarat asas ni dahulu.

Pertamanya jenis dropship yang suka ialah sistem automasi iaitu dropship yang uruskan order dari Shopee secara auto serta saya tidak perlu buat apa-apa dari segi inventories.

Dan contoh dropship seperti ni adalah Save Value atau Kumoten.

KATEGORI BERBEZA


Syarat pertama ialah sebelum anda memilih dropship pilihan anda pastikan setiap dropship mempunyai niche yang berbeza.

Atau pastikan setiap produk yang dimasukkan ke kedai Shopee anda berlainan kategori.

Sebagai contoh, jika 2 dropship mempunyai kategori home decor maka anda harus memilih yang manakah dropship untuk anda masukkan ke dalam kedai Shopee anda ini.

Anda tidak boleh memilih kategori yang sama ke dalam kedai Shopee anda. 

Bimbang jika ada order dari buyer anda mereka memilih 2 produk dari 2 dropship ni disebabkan ia dalam kategori yang sama.

Bila mereka memilih 2 produk dari 2 dropship ni. Masalah akan ujud dimana AWB akan terpilih salah satu dropship ni dan satu lagi tidak terpilih tetapi Shopee anggap semua produk ni telah dihantar. Pening kepala.

Namun saya pernah alami 2 produk dari 2 dropship yang di order oleh buyer saya tetapi penghantaran boleh dilakukan oleh kedua-dua dropship ini. 

Ini disebabkan AWB saya oleh kurier yang sama dan AWB ni boleh dispilt kan.

Namun saya nasihat jangan ambil rising. Jangan pening kepala.

Masukkan produk ke kedai Shopee anda setiap dropship dengan kategori berbeza.

Katakan dropship A anda masukkan produk automatif. Dropship B anda masukkan produk Home Decor. Dropship C anda masukkan produk dapur. Dropship D anda masukka  produk persekolahan.

Maka setiap dropship ini tidak clash antara satu sama lain.

SHIPPING

Pastikan kesemua dropship ni menyokong semua SSL Shopee.

Ini akan memudahkan anda jika ada perubahan dalam Shipping Shopee.

Maka anda tidak akan kelam kabut jika ada perubahan nanti seperti yang berlaku sekarang.

Dimana pada tahun 2022 Shopee telah menetapkan jenis kurier untuk semua seller.

Pening kepala jika salah satu dropship anda tidak menggunakan kurier yang ditentukan oleh Shopee.

KELEMAHAN

Namun saya juga ingin menekankan kelemahan jika anda sertai terlalu banyak dropship ke kedai Shopee anda.

Di mana anda terpaksa mengeluarkan modal top up wallet setiap dropship yang anda sertai.

Jika anda tidak top up, apabila ada order dari kedai Shopee anda.  Dropship tersebut tidak akan hantar barangan tersebut jika top up kredit anda tak mencukupi.

Jika anda sertai 5 dropship, dan minimum setiap top up katakan RM100 maka anda kena sediakan RM500. 

Saya nasihatkan untuk seller baru yang mempunyai budget rendah. Kekalkan dengan 1 dropship dahulu.

Kesimpulannya.
Kelebihan banyak dropship dalam satu kedai Shopee bermakna jumlah produk yang anda boleh masukkan ke kedai anda adalah banyak.

Teorinya lagi banyak produk di kedai Shopee anda maka lagi berpotensi anda boleh membuat jualan disebabkan pilihan produk yang luas .

Namun anda juga harus maintain dan monitor banyak dropship ini dimana top up kredit pasti sentiasa mencukupi setiap dropship ni.

Saya harap telah memberi jawapan yang jelas pada persoalan ni.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama