KESALAHAN DALAM MEMILIH DROPSHIP BOLEH MERUGIKAN ANDA

KESALAHAN DALAM MEMILIH DROPSHIP BOLEH MERUGIKAN ANDA

KESALAHAN DALAM MEMILIH DROPSHIP BOLEH MERUGIKAN ANDA

Pemilihan dropship yang benar-benar efektif amatlah penting jika anda mahukan bisnis on line anda maju dalam jangka masa panjang. Kegagalan memilih dropship yang baik boleh menyebabkan anda rugi.

Dalam You Tube Channel atau  Master Class saya ini, saya menekan dropship jenis auto sync dimana setiap pembelian produk akan dilakukan secara secara automatik hinggalah penghantaran. Anda tidak perlu melakukan apa-apa pun.

Masukkan produk dan pastikan top kredit yang mencukupi maka anda sudah boleh membuat bisnis online gaya goyang kaki. Dan untuk ini saya telah memilih beberapa dropship yang benar-benar established seperti Kumoten. Save Value, Dropship Murah, DSM dan baru-baru ini Cico.

Dan setakat ini kesemua ini tidak mengecewakan saya dan perkhidmatan yang diberikan kepada saya amat berpuas hati .

Kelemahan Dropship  Auto Sync

Kelemahan utama dropship Auto sync ini ialah margin untung maksimum 20 % ke bawah dan dengan margin untung sedemikian agak sukar untuk anda membuat promosi atau sertai kempen Shopee. Ini semua mengekang jualan anda.

Kedua ialah saingan yang cukup hebat di market place di mana bikan anda seorang sahaja yang menggunakan perkhidmatan mereka tetapi beribu-ribu seller dan dengan saingan yang sengit ini, sukar mendapat jualan.

Ketiga ialah ramai seller yang suka jatuh harga hingga margin keuntungan yang memang kecil menjadi semakin kecil dan kecil. Lagi sukar untuk anda bersaing di dunia market place.

Tindakan saya ialah apabila melihat trend yang sedemikian. Pertama ialah saya harus mencari dropshipping yang memberi keuntungan yang lebih tinggi.

Dan dropship yang memberi keuntungan melebihi 20% ialah dropship jenis manual atau NON Sync Auto. Dimana dropship manual ini biasanya dilakukan oleh founder-founder yang menjual spesifik produk. 

Dan biasanya margin untuk dropshipping memang tinggi, apatah lagi jika anda menjadi ejen atau stokis. Lagi tinggi margin untung anda!!!

Kelemahan Dropship  Manual 

Dimana melalui dropship manual ini, pertama ialah apabila terdapat pembelian maka anda harus membuat pembayaran secara manual di website mereka. 

Kaedah ini agak leceh kerana anda harus menaip alamat buyer anda di Shopee di website mereka.

Ketiga ialah anda harus aktifkan  Non SSL Shopee kerana pembayaran anda lakukan secara manual dan sudah tentu shipping akan ditentukan oleh founder anda.

Ini semua tidak menjadi masalah untuk saya kerana dengan margin untung yang tinggi maka apa salahnya jika buat kerja tambahan.

Namun KELEMAHAN UTAMA DROPSHIP MANUAL ini terutamanya di Malaysia ialah ada founder yang tidak kekal lama atau sukar untuk top up stok mereka.

Inilah yang berlaku pada saya dimana saya telah menyertai 4 dropship manual dimana saya telah menyertai produk Jus Lutut, Ubat Kuat, Buku Keagamaan dan Pakaian Muslimah.

KESALAHAN DALAM MEMILIH DROPSHIP BOLEH MERUGIKAN ANDA

Untuk Jus Lutut founder (nama dirahsiakan) telah empat bulan tidak top up stok mereka dan saya telah keluarkan modal yang cukup banyak dengan membuat website dengan domain serta juga membuat iklan berbayar.

Apabila saya mendapat jualan yang konsisten setelah berniaga hampir 8 bulan dan tiba-tiba apabila saya mendapat tempahan, saya ingin membuat pembayaran dan melihat kesemua produk mereka tiada stok lagi dan ianya sebegini sudah empat bulam lamanya.

Gila saya dibuatnya dan setiap kali ada tempahan saya mengatakan stok habis dan refund wang kepada buyer saya.

KESALAHAN DALAM MEMILIH DROPSHIP BOLEH MERUGIKAN ANDA

Dropship kedua iaitu Ubat Kuat hebat dimana website untuk dropship mereka terus ditutup dan saya juga telah mengeluarkan modal yang agak banyak dalam iklan berbayar. 

Tapi saya nasib baik apabila saya what apss mereka membalasnya dan mengatakan jika ada tempahan boleh dilakukan melalui what apps sahaja.

Tiba-tiba dari website dropship terus down grade ke what  appss..hehehhehhee.

Kedua-dua contoh diatas bukanlah cerita bohong tetapi cerita benar yang telah saya lampirkan bukti-buktinya....

Inilah risiko yang anda akan hadapi jika berurusan sebagaI dropship.  Maka berhati -hati dan pilihlah dropship yang benar-benar mantap terutama dari founder -founder Malaysia ini.

Bukan memperkecilkan mereka tetapi inilah realiti setiap dropship alami dan kerugian dan usaha yang saya lakukan amat tidak berbaloi apabila kita yakin dengan produk mereka dan tiba-tiba mereka buat hal .,Frust beb!!!

Tapi ada juga yang jujur dan bersistem dimana founder pakaian muslimah dan buku keagamaan terus aktif memberi kelas-kelas kepada dropship mereka dan penghantaran yang cepat.

Malah banyak material promosi yag mereka kongsikan kepada saya dan memudahkan saya membuat promosi dengan lebih efisen.





Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama