IKLAN DI BLOG GUNA BIDVESTER UNTUK PENDAPATAN PASIF

IKLAN DI BLOG GUNA BIDVESTER UNTUK PENDAPATAN PASIF

 

IKLAN DI BLOG GUNA BIDVESTER





Updated 2023:
  • SEBELUM BERIKLAN, APA PATUT ANDA BUAT?
  • MANA TERBAIK NUFFNANG, GOOGLE ADSENSE ATAU BIDVESTER
  • TUTORIAL PENUH DAFTAR BIDVESTER 

SEBELUM BERIKLAN, APA PATUT ANDA BUAT?

Soalan yang bertahun-tahun di tanya oleh semua blogger yang menempel iklan di blog mereka samada Nuffnang, Google Adsense atau Bidvester dan lain-lain.

Pelbagai teknik yang di ajar oleh semua penulis-penulis blogger dan malahan terdapat teknik yang haram seperti menyuruh rakan-rakan klikkan iklan mereka  sendiri...hhehehe

Selama bertahun-tahun aku dalam bidang blogger ini, hanya satu perkara terbaik sahaja untuk meningkat pendapatan melalui Pay Per Click (PPC) ini ialah melalui trafik ke blog anda.

Teknik Naikkan Pendapatan Melalui Iklan
Tiada cara lain yang mampu meningkatkan pendapatan anda selain dari trafik unik sebenar ke blog anda. Sebenarnya nak dapatkan trafik haram pun ada tapi ianya tiada nilai pada pendapatan anda kerana untuk menjana pendapatan melalui iklan ia memerlukan manusia menklik iklan tersebut...hehehehehe.

Sebelum anda bercita-cita inginkan pendapatan masuk ke poket anda melalui iklan, pastikan anda berusaha mencapai trafik ke blog anda. Anda harus berusaha mendapatkan trafik melalui teknik SEO dan juga blogwalking secara berterusan.

Teknik Naikkan Pendapatan Melalui Iklan
Dan bila bercerita tentang trafik ini, ianya bukan sesuatu yang mudah kerana usaha dan ilmu haruslah seiring. Kerja penat jugak ini...hahahahaha.

Selain itu nasihat saya jika inginkan pendapatan yang agak kasar dengan jumlah klik yang kurang berusahalah mendapatkan iklan yang membayar dengan jumlah USD.  Kalau anda dapat USD1 bermakna anda memperolehi RM4.00.

Setiap syarikat iklan menawarkan pelbagai kelebihan pada kita seperti Nuffnang jika anda mahukan pendapatan lebih maka kena berusaha mendapatkan CPUV berbanding CPC yang nilainya kecil.

Teknik Naikkan Pendapatan Melalui Iklan
Manakala Bidverster pula bergantung bid yang ditentukan oleh pengiklan. Dan Google Adsense juga secara amnya ianya juga mempunyai unsur bid melalui CPR, RPM dan CPC nya. Aku pun tak faham lagi..hahahaha.

Walau pun kesemuanya mempunyai pelbagai cara memberi lebihan pendapatan pada anda, persamaannya untuk mendapatkan kelebihan tersebut ialah anda harus mempunyai trafik ke blog anda yang ditentukan oleh pihak pengiklan.


MANA TERBAIK NUFFNANG, GOOGLE ADSENSE ATAU BIDVESTER


Nuffnang


Pembayaran dalam bentuk RM dan bila pembayaran dalam bentuk RM maka sampai bila pun anda tak kaya. Malah nak lepas duit kopi pun susah sangat.

Anda mungkin boleh dapat duit poket kalau anda memperolehi CPUV Campaign dari Nuffnang tapi bukan semua orang yang boleh memperolehinya.

Saya mempunyai pengalaman menggunakan Nuffnang hampir 10 tahun dan jika ada blog baru baru saya akan gunakan sementara tunggu approval Bidvester atau Google Adsense.



Google Adsense 


Saya akui Google Adsense memang terbaik tetapi nak dapatkan kelulusan dari Google Adsense memang sukar sekali terutama jika anda mempunyai domain sendiri.

Kalau anda menguna blogspot potensi untuk dapat kelulusan agak tinggi tetapi pastikan trafik anda mantap ler.


IKLAN DI BLOG GUNA BIDVESTER

Ini adalah akaun Google Adsense saya dan ia merupakan punca pendapatan saya untuk semua blog-blog saya. 

Saya telah katakan Google Adsense memang terbaik tetapi nak dapatkan approval memang susah sangat. 

Pembayaran yang dilakukan sudah tentu dalam USD.



BIDVESTER 


Syarikat pengiklanan yang paling mudah untuk dapatkan kelulusan kerana ia tidak ambil kira tentang trafik anda. 

Dan paling penting ia dibayar dalam bentuk USD. dan saya pernah menggunakannya semenjak tahun 2013 dan pernah mendapat pembayaran dari Bidvester. - klik sini

Untuk sementara jika anda memohon Google Adsense tak lulus-lulus, gunakan Bidvester ini..hahahaha. 

Cari mudah dapat duit USD ...

Klik bawah ini untuk daftar dengan Bidvester:

IKLAN DI BLOG GUNA BIDVESTER


KESIMPULAN

Pada dasarnya anda boleh  menggunakan kesemua pengiklan ini tetapi setiap syarikat iklan yang ada mempunyai pro dan kontranya. 

Saya menerangkan tiga pengiklan ini kerana saya mempunyai pengalaman lebih 9 tahun secara amnya kesemua iklan ini dan anda boleh klik link yang saya masukkan ke blog personal saya mengenai review dan pengalaman saya mengenai ketiga-tiga  pengiklan ini.




TUTORIAL PENUH DAFTAR BIDVESTER 


TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER





Klik pada link di atas untuk daftar dengan Bidvester. Bidvester adalah sebuah syarikat pengiklanan yang membayar dalam bentuk USD dan untuk rakyat Malaysia ianny asesuatu yang terbaik untuk menjana pendapatan tambahan.


TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER


BAGAIMANA DAFTAR BIDVESTER

Pergi Bidvester website dan aanda akan di bawa ke muka hadapan Bidvester dan anda boleh ler baca maklumat yang mereka berikan.


TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER

Pada dasarnya sama sahaja dan terus klik ke "Register"  dan pilih "Publisher" 

Anda kena pilih Publisher sebab anda hendak mengiklankan produk-produk mereka.


TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER


Setelah itu isikan malumat yang diminta dan anda akan dapat "code aktivation" melalui email anda . Dan pergi ke email anda register Bidvester dan anda sudah boleh mula login.


TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER

Masukkan username dan password yang telah anda daftarkan.


MEMOHON WEBSITE UNTUK SIARKAN IKLAN BIDVESTER



TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER


Sebaik sahaja anda log in ke Bidvester, anda akan di bawa ke dashboard Bidvester. Pada dashboard ini kosong kerana anda belum mempunyai website untuk beriklan.

Maka anda kena mohon kepada Bidvester untuk mendapatkan kebenaran serta kelulusan beriklan. Anda klik pada ADD NEW ZONE di bahagian dahsboard tersebut 



Sebaik sahaja anda klik pada ADD NEW ZONE anda akan di bawa ke interface di atas dan anda klik pada anak panah yang saya tunjukkan ini. Ini bermaksud anda mahu masukkan alamat URL yang baru.


TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER
Anda isikan maklumat tentang blog anda dan isikan dengan tepat. Setelah isikan maklumat tersebut and anda Klik " Adds Web Zone"


TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER

Sebaik sahaja anda klik "Adds Web Zone" maka selesailah tugas anda daftarkan website anda ke Bidvester . TETAPI akaun anda masih belum lagi verified oleh Bidvester.

Anda kena verified kan website ini dengan Bidvester.

Anda Klik "Not Verified"


TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER
Setelah anda klik "Not Verified" anda akan dibawa ke interface di atas ini .

Yang ini agak keliru jika anda tidak memahami menggunakan HTML di Blogspot.

Tindakan pertama anda ialah copy " Verification Code " tersebut dan kemudian anda pergi Blogger di mana anda daftarkan URL tersebut.

Kemudian anda pergi ke  "Layout" dan cari column "ADD A  Gadget"

Klik pada  "Add A Gadget"

TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER

TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER



Setelah anda klik pada "Add A Gadget" anda pilih  "HTML/JavaScript dan kemudian kod yang anda copy di Bidvester anda masukkan ke bahagian "content" dan save. Mudah sahaja kan .


 PERGI SEMULA KE BIDVESTER DAN KLIK "Verify"

TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER
Maka di bahagian status, akan di tukar automatik Verfied. Sekarang anda hanya perlu menunggu kelulusan dari pihak Bidvester.

TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER


KELULUSAN IKLAN DAN BAGAIMANA MASUKKAN IKLAN BIDVESTER

TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER

Biasanya ia akan mengambil masa selama 2 hari baru anda akan dapat keluusan jika semuanya mengikuti terma Bidvester. Dan biasanya amat mudah lulus.

Kini anda telah lulus dan akan mula masukkan iklan ke website anda!!!

TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER

Anda klik pada gear wesbite anda itu untuk memasukkan iklan pertama anda.

TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER

Terdapat 2 jenis iklan di Bidvester iaitu anda pasang banner atau pasang native ads.

Hari ini saya akan tunjukkan bagaimana memasang banner di website anda.

Biasanua hanya terdapat 2 jenis banner yang ada pakai di wesbite iaitu Medium Rectangle (300 X 250) dan Leader Board ( 720 X 90) 

Medium Rectangle biasanya anda letakkan di bahagian side bar website dan Leader Board anda letakan di header blog anda. 

Hari ini saya akan tunjukkan bagaimana memasukkan Medium Rectangle.

Di gambar di atas saya telah memilih Medium Rectangle dan kemudian anda klik "Update and Get Code" Kemudian anda copy code iklan yang diberikan..

Kemudian anda pergi Blogger di mana anda daftarkan URL tersebut.

Kemudian anda pergi ke  "Layout" dan cari column "ADD A  Gadget"

Klik pada  "Add A Gadget"

TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER


Setelah anda klik pada "Add A Gadget" anda pilih  "HTML/JavaScript dan kemudian kod yang anda copy di Bidvester anda masukkan ke bahagian "content" dan save.. Dan Title letak ler Sponsor supaya senang nak updated pada masa akan datang.


TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER

Bahagian atas adalah Iklan "Medium Rectangle"

TUTORIAL PENUH IKLAN BIDVESTER

Bahagian atas adalah iklan Leader Board 


KESIMPULAN IKLAN BIDVESTER

Memang mudah untuk memohon dan memasukkan iklan di website anda. Iklan merupakan salah satu sumber kewangan yang anda boleh perolehi melalui berblogging selain menjual produk anda di website.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama