WAJARKAH BERGANTUNG PADA SHOPEE UNTUK BISNIS ONLINE - BLOG SHOPPERMANIAC

WAJARKAH BERGANTUNG PADA SHOPEE UNTUK BISNIS ONLINE

WAJARKAH BERGANTUNG PADA SHOPEE UNTUK BISNIS ONLINE




 JANGAN BERGANTUNG PADA SHOPEE SAHAJA UNTUK BISNES ONLINE

Sebagai pemula bisnis on line saya memang galakkan anda ceburi dahulu market place Shopee dengan produk dropship. Dalam You Tube Channel Shoppermaniac ini saya kerap katakan nak mula bisnis mula dengan Shopee sebagai dropship kerana risikonya amat rendah tetapi cabarannya memang cukup tinggi.

Dari segi cabaran utama ialah harga yang kompetatif serta menimba ilmu marketing yang cukup hebat. Umpama anda berperang dengan ribuan seller yang menjual produk yang sama dan strategi memainkan peranan penting dalam bisnis on line dropship ini.

Kemudian melalui pengalaman yang anda perolehi anda akan mula berjinak dengan dunia iklan berbayar khususnya facebook ads dan blogging sebagai persediaan untuk maju ke hadapan. 

Mahu tak mahu anda kena perbaiki ilmu bisnis  online anda jika anda mempunyai impian menjadi uasahawan on line. Jangan bergantung pada Shopee platform semata-mata sahaja.

Shopee untuk saya adalah sebuah platform yang baik untuk pemula bisnis on line,


TEKNIK MENJUAL DI SHOPEE

Jualan di Shopee tidak berhenti di sini sahaja sebaik sahaja anda mendaftar dengan Shopee. Anda memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan kedai Shopee anda berjaya serta melawan beratus ribu seller Shopee yang berada diluar sana.

Anda memerlukan strategi yang unik dan berlainan untuk melawan mereka.Metod yang sama tidak boleh digunapakai lagi jika anda mahu berjaya di Shopee.

Shopee Seller Suka Mengeluh dari ambil Tindakan. 

Anda memerlukan Sales Funnel Shopee yang efektif serta sistematik membawa perjalanan kedai Shopee anda ke arah yang betul. Iaitu menjana sales semaksimum yang mungkin.

Catat Ulasan