8 TINDAKAN DI KEDAI SHOPEE APABILA ADA EVENT BESAR - BLOG SHOPPERMANIAC

8 TINDAKAN DI KEDAI SHOPEE APABILA ADA EVENT BESAR

APA YANG HARUS ANDA LAKUKAN DIKEDAI SHOPEE APABILA ADA EVENT BESAR TAK LAMA LAGI 

8 TINDAKAN DI KEDAI SHOPEE APABILA ADA EVENT BESAR


Table Of Content:

  • PILIH WINNING PRODUK 
  • NAIKKAN SHOPEE ADS BIDS
  • KEMASKINI VOUCHER
  • MARKETING FUNNEL PRODUK WINNING
  • UPDATED DI WEBSITE PRODUK WINNING
  • KEMAS KINI SOLD OUT LOT DAN DELIST 
  • PROMOSI DI FB DAN INSTAGRAM
  • IKLAN FB ADS


Pada bulan depan event besar Shopee 7.7  ( contoh event) akan diadakan dan iklan pun telah bermain di kaca TV. Tak kira ler bulan ini atau bulan depan atau seterusnya apabila ada event besar di Shopee, anda sebagai seller kena bersiap sedia 2 minggu lagi awal.


Dan disebabkan saya ada masa yang lebih.. Sekarang ini agak sibuk menguruskan channnel You Tube dan dengan 3 buah kedai serta Ebook yang dalam progress pengiklanan memang kedai Shopee saya agak terbiar kecuali kedai Shopee utama.

BAGAIMANA MENDAFTAR SEBAGAI SELLER SHOPEE

Hari ini saya kemaskini kedai Shopee eksperimen kita yang ditunjukkan di EBook iaitu Shopeermaniac

Kemaskini beberapa perkara. Apa yang saya akan lakukan apabila event besar
 akan berlaku pada 2 minggu pertama ini.


PILIH WINNING PRODUK 


EVENT BESAR SHOPEE DAN PERSIAPAN YANG HARUS ANDA LAKUKAN


Saya memilih beberapa winning produk melalui sejarah sales serta satu produk lagi ialah  melalui kajian trend maka saya on kan kembali Shopee Ads saya ini semula. Dimana saya akan naikkan Bid Shopee Ads untuk 2 produk ini dengan kata kunci yang baik.


Sebenarnya iklan ini adalah iklan yang telah saya buat dahulu tetapi saya telah off kan kerana tiada alasan untuk saya nak buat Shopee Ads ini. Disebabkan event lagi 2 minggu saya naikkan semula iklan ini khas untuk  event ini sahaja.



NAIKKAN SHOPEE ADS BIDS

KIni untuk naikkan Shopee Ads bids pada waktu event besar amat mudah dimana ia akan dinaikkan secara auto jika ada event besar atau kempen -kempen tertentu.


TINDAKAN DI KEDAI SHOPEE APABILA ADA EVENT BESAR



TINDAKAN DI KEDAI SHOPEE APABILA ADA EVENT BESAR





KEMASKINI VOUCHER 


EVENT BESAR SHOPEE DAN PERSIAPAN YANG HARUS ANDA LAKUKAN

Saya kemas kini voucher kedai yang telah expired dan updated dengan tarikh baru. Nasib baik saya periksa rupanya ia telah expired, Itu sebab dalam EBook saya telah menekan funnel Maintenance iaitu kemas kini semua kedai anda termasuk voucher-voucher anda. 

Dengan kemas kini voucher ini maka ia akan memberi impak yang baik dari segi marketing kepada kedai saya dan  ianya adalah adalah dalam funnel Marketing.



MARKETING FUNNEL PRODUK WINNING 

EVENT BESAR SHOPEE DAN PERSIAPAN YANG HARUS ANDA LAKUKAN

Disebab kan Bengkung ialah winning produk saya yang baru maka saya berikan diskaun harga 3 % untuk melawan harga pasaran di Shopee. Ada yang lebih murah tetapi dari 7 harga saingan kini hanya tinggal 2 saingan sahaja.

Kos keuntungan saya ialah 18% dan melalui program shipping dan diskaun serta tolak kos transakasi saya ada ler untung dalam 10%. Jadilah sebab keuntungan ini adalah keuntungan yang logik untuk produk ini. Kita lihat bagaimana produk ini hasilnya.



UPDATED DI WEBSITE PRODUK WINNING 


EVENT BESAR SHOPEE DAN PERSIAPAN YANG HARUS ANDA LAKUKAN


Saya membuat blog atau artikel tentang Bengkung di laman web saya ini agar dengan harapan akan mendapat jus SEO  GOOGLE

Untuk pengetahuan, artikel yang kita buat tidak semestinya akan di indeks oleh Google dan untuk mempercepatkannya saya kena manual indeks menggunakan Google Search Console. Ini semua teknik mendapatkan carian di Google.

Untuk pengetahuan, untuk UBAT SEMUT saya telah kemas kini semenjak saya buat EBOOK Shopee Funnel Sales Meletup dan jadikan produk ini sebagai contoh di EBook saya. Saya tak perlu ubah apa-apa kerana ianya telah di optimasiikan.



KEMAS KINI SOLD OUT LOT DAN DELIST 

EVENT BESAR SHOPEE DAN PERSIAPAN YANG HARUS ANDA LAKUKAN

Produk yang sold out saya terpaksa delistkan secara manual dan produk yang telah delist saya kena periksa samada stok telah ditambah atau tidak oleh pihak dropshipping. 

Kita tak nak nanti pelanggan datang ada produk yang sold out , malu weiii..



PROMOSI DI FB DAN INSTAGRAM


EVENT BESAR SHOPEE DAN PERSIAPAN YANG HARUS ANDA LAKUKAN

Promosi secara organik di FB dan Instagram dan melalui FB saya kan buat share setiap hari 2 produk ini di group FB dan  melalui Instagram melalui post di story dan konten setiap hari juga.


Ini sebagai usaha tambahan sahaja untuk memperkenalkan produk dan jika nasib baik ada ler sales tetapi melalui share di FB Group peluang untuk mendapat sales boleh dikatakan cerah.



IKLAN FB ADS

EVENT BESAR SHOPEE DAN PERSIAPAN YANG HARUS ANDA LAKUKAN


Dan akhir sekali saya suka-suka masukkan satu lagi produk iaitu alat senaman PUSH Bar dan saya khususkan untuk FB ADS.

Saya buat schedule dulu dan akan aktifkan pada 3/7 nanti. Dimana iklan ini mempunyai dua bentuk ialah broad ads dan re-targetting ads. Saya suka-suka buat sebab dah lama tak buat FB Ads ini. rindu pula dan sempena event 7.7  ini saya teringin nak aktif ..hehehehe.



KESIMPULAN 8 TINDAKAN DI KEDAI SHOPEE APABILA ADA EVENT BESAR


Teknik di atas sebenarnya bukan patut dilakukan semasa event jika anda mahu sales yang konsisten. Sepatutnya ia dilakukan secara konsisten dan jika ada event atau kempen besar Shopee maka anda tidak kelam kabut.




TEKNIK MENJUAL DI SHOPEE MENGGUNA SHOPEE FUNNEL SALES MELETUP

Jualan di Shopee tidak berhenti di sini sahaja sebaik sahaja anda mendaftar dengan Shopee. Anda memerlukan tenaga yang banyak untuk memastikan kedai Shopee anda berjaya serta melawan beratus ribu seller Shopee yang berada diluar sana.

Anda memerlukan strategi yang unik dan berlainan untuk melawan mereka.Metod yang sama tidak boleh digunapakai lagi jika anda mahu berjaya di Shopee.

Anda memerlukan Sales Funnel Shopee yang efektif serta sistematik membawa perjalanan kedai Shopee anda ke arah yang betul. Iaitu menjana sales semaksimum yang mungkin.

BAGAIMANA MENDAFTAR SEBAGAI SELLER  SHOPEE 2022

BAGAIMANA MENDAFTAR SEBAGAI SELLER  SHOPEE 2022


Dapatkan maklumat yang lebih lanjut tentang Shopee Funnel Sales Meletup kami


Catat Ulasan