Pada 3/2/2025 kami telah mula membuat iklan produk baru iaitu 1000 Bundle Buku Kanak-Kanak Digital sebagai Re-Seller dan di bawah ini adalah keputusan jualan produk ini.
Adakah produk ini sesuai dijual atau tidak. Anda boleh menilai sendiri melalui data dan artikel saya ini.Jom...
Data jualan produk kami sehingga 7.02.2025 ialah RM252.20 dengan kos iklan RM240.57 maka margin untung kami ialah RM11.63. Kos ini setelah ditolak secara auto di Toyyibpay 30% pembayaran kepada syarikat yang membuat produk ini.
Sebagai contoh produk yang dijual pagi tadi berharga RM99 dan saya mendapat RM68.30 setelah di tolak 30% jualan. Ini perkara biasa jika anda menjadi Re-Seller sesebuah produk.
Saya mengambil pakej ini kerana saya malas nak buat website baru dan saya lebih suka menjual sahaja. Kalau saya ambil 100% keuntungan maka kadar keuntungan saya berdasarkan pakej yang dijual iaitu 1 pakej RM39 dan 1 pakej berharga RM69 dan 2 pakej RM99 maka total saya RM306 atau 1 kali ROAS
Berbalik semula pada iklan yang dilakukan pada 03/2/2025 saya mendapat 4 jualan adalah perkara normal buat sebuah ADS Manager yang baru dan belum mempunyai data yang banyak.
Dan sejujurnya saya agak terperanjat kerana dalam masa 4 hari (7.02.2025 pukul 02.34pm) saya mendapat 4 jualan. Ini kerana dalam FB Ads untuk memastikan iklan anda ini konsenten ia harus dijalankan 3 - 7 hari dan kemudian kita akan menganalisa data keseluruhan.
Ini menandakan produk ini adalah produk HOT DEMAND dan fokus iklan pada produk pakej paling mahal membantu menghasilkan jualan yang baik.
Namun ini bukan data yang terbaik, paling best jika ROAS anda 3- 4 kali agak selesa. Namun iklan ini adalah iklan yang baru dan tiada data yang banyak maka kadar jualan ini adalah munasabah untuk saya berdasarkan pengalaman saya.
Saya menjangkakan kadar jualan ini akan meningkat kerana FB Algoritma telah mula mengutip data Purchase ini dan dari semasa ia akan meningkat.
Dan jika konsisten saya akan scale up iklan ini atau duplicate iklan ini untuk melihat prestasi selanjutnya. Malah saya juga menjangkakan dalam masa 2 minggu data saya akan meningkat untuk membuat Custom Audience dan merancang untuk membuat lookalike audience pula. Tengoklah mana yang terbaik.
Walau bagaimana pun Facebook Algoritma sekarang ini dah cukup power, dengan hanya membuat broad audience dan pilih Objective Sales ( Purchase) pun dah mencukupi. Sebab data Purchase saya pasti akan matang tak lama lagi dalam 2 minggu jika jualan konsisten.
Artikel saya disini bertujuan membuktikan produk 1000 Bundle Buku Digital Kanak-Kanak ini adalah produk Hot Demand dan jika anda menjadi Re-seller pun masih mampu menjana keuntungan yang baik.
Cuma kena sabar kerana inilah permainan Facebook Ads Algoritma. Pendapatan pasif melalui produk ini saya akui boleh dilakukan.
Lihat video 10 minit kami ini jika anda benar-benar mahukan pendapatan pasif dan kami telah tunjukkan melalui testimoni di website kami dan juga yang terkini di artikel ini. 4 hari buat iklan dah ada sales dan sekali dah konsisten, konpem akan meningkat.
Nak belajar teknik menjual guna FB Ads, kami berikan dalam pakej kami ini.
KEMAS KINI PADA 14/2/2025


