Minat Belajar Blogging Tapi Tiada Pengetahuan.
Jika anda berminat untuk mempelajari blogging tetapi tidak mempunyai pengetahuan asas, berikut adalah langkah-langkah yang boleh anda ikuti:
1. Pilih Platform Blogging:
- Platform popular termasuk WordPress, Blogger, Wix, dan Medium.
- WordPress sering disyorkan kerana fleksibiliti dan pelbagai plugin yang tersedia.
Sememangnya wordpress amat digalakkan tetapi sebagai pemula blogging saya menggalakkan anda mengguna platform Blogspot adalah kerana ia percuma dan mudah. Wordpress ada memberi akaun percuam tetapi fungsinya amat terhad dan lama kelamaan anda terpaksa melanggan dengan bayaran USD 4 sebulan dan pada masa yang sama anda terpaksa mengguna plugin yang harus dibayar secara bulanan juga.
Buat kesilapan semasa belajar dengan blogspot, maksudnya disini ialah belajar bagaimana membuat konten dan SEO dengan cara yang betul serta pada masa yang sama menguji diri anda.
Adakah anda mampu untuk disiplinkan diri dengan membuat konten di blog yang memakan masa anda. Jika anda sudah mahir dan mula memahami tekni asas blogging., sudah tentu anda boleh berpindah sahaja ke wordpress, cara penggunaan dashboard wordpress mudah dipelajari jika anda sudah punyai asas dalam mengguna blogspot .
Namun jika anda lihat hingga hari ini semua blog saya masih mengguna blogspot dengan hanya membuat domain sahaja. Tiada apa-apa yang memberi masalah kepada saya dan saya tidak perlu pening kepala sentiasa nak upgrade plugin saya di wordpress.
2. Belajar Asas Blogging:
- Cari kursus asas tentang blogging di platform seperti Udemy, Coursera, atau YouTube.
- Baca artikel dan buku tentang blogging untuk memahami konsep asas.
- Dapatkan guru atau kursus yang memberi tunjuk ajar
Jika anda mahu belajar tentang blogging, sudah tentu anda harus mencari kelas untuk pelajari ilmu blogging dengan betul. Ini adalah kos yang harus anda keluarkan. Tiada apa yang percuma di dunia ini , Dan pastikan memilih guru blogging yang sesuai.
Diluar sana terdapat pelbagai guru blogging yang mempunyai priroiti serta konsep pengajaran mereka. Pilih yang benar-benar secocok dengan anda,
3. Mulakan Blog Anda:
- Pilih niche atau topik yang anda minat.
- Buat akaun di platform pilihan anda dan mulakan blog pertama anda.
Dalam blogging yang penting adalah niche. Pastikan anda memilih niche yang mampu anda kembangkan. Sebagai contih jika anda membuat niche tentang burger.
Dan untuk saya ia satu niche yang baik tetapi terlalu spesifik. Dan apabila ia terlalu spesifik, dikhuatiri anda tidak boleh membuat konten dalam blog anda disebabkan niche anda terlalu spesifik. Apa kata kalau anda memilih niche tentang makanan dimana anda mempunyai pilihan yang luas.
Setelah ketahui nicje yang sesuai maka anda akan daftar dengan blogspot. Dalam Masterclass kami, kami memberikan tunjuk ajar bagaimana mengguna kesemua tools yang terdapat di Blogspot. Anda tidak perlu bimbang keranakami telah menyediakan material bagaimana mengguna blogspot.
4. Pelajari SEO (Search Engine Optimization):
- SEO membantu blog anda mendapatkan lebih banyak trafik dari enjin carian seperti Google.
- Baca panduan asas SEO dari sumber seperti Moz atau Neil Patel.
SEO adalah sesuatu yang amat penting di dalam blogging tetapi ia tidak sepenting membuat konten yang berkualiti. Pada saya jika anda pemula blogging, cara terbaik untuk mempelajari SEO ialah menumpukan pada On Page SEO iaitu mengukuhkan website anda dengan teknik SEO. Manakala untuk Off Page SEO kebanyakan dari unsur luar dan ambil masa hendak belajar.
Nasihat saya Jangan terburu-buru mengejar SEO hingga lupa asas blogging iaitu menulis.
5. Ketahui Teknik Blogging:
- Belajar cara menulis tajuk yang menarik, menggunakan gambar, dan menyusun kandungan dengan baik.
- Amalkan konsistensi dalam menulis dan menerbitkan artikel.
“Content Is King” atau Konten Adalah Raja , oleh perkara asas ialah anda harus belajar menulis mengikut kehendak Google Algoritma. Dalam MasterClass kami, penulisan merupakan tunpuan kami dan kami pecahkan kepada Pillar Konten dan Sub Pillar ( Topical Autoriti) .
Anda akan diajar menulis serta syarat-syarat yang harus anda masukkan dalam penuliasan anda serta ilmu SEO. Dimana seperti saya katakan dalam penulisan terdapat teknik SEO yang harus anda lakukan seperti pelajari Alt Tag, Heading dan sebagainya. Ini semua dalam
6. Analisis dan Tingkatkan Blog Anda:
- Gunakan alat analitik seperti Google Analytics untuk memantau trafik dan memahami audiens anda.
- Sentiasa mencari cara untuk meningkatkan kandungan dan strategi pemasaran anda.
Data analisa amat penting untuk mengetahui progress blog anda . Paling poular ialah anda mengguna Google Search Console dimana anda boleh tahu mana keyword yang baik dan ketahui kelemahan blog anda.
Kesimpulan
Diantara semua teknik diatas yang paling penting untuk saya ialah membut konten. Pada dasarnya ramai yang mengatakan konten adalah mudah tetapi dalam blogging, konten yang dijustifikasi terbaik ialah apabila sesebuah konten tersebut di indeks oleh Google dan paling best ia berada di halaman carian pertama. Dari kontenlah anda akan pelajari bagaimana membuat SEO dan sebagainya.
Jika anda ingin lebih bimbingan yang terperinci atau kelas khusus, saya juga menawarkan Masterclasses dalam blogging dan pembuatan laman web. Anda boleh mempertimbangkan untuk menyertai salah satu kelas saya untuk mendapatkan bimbingan yang lebih mendalam dan terstruktur.


.jpg)