PERBEZAAN MASTERCLASS BLOGGING SHOPPERMANIAC - BLOG SHOPPERMANIAC

PERBEZAAN MASTERCLASS BLOGGING SHOPPERMANIAC

anda boleh membina website blog landing pages /dinamik yang kami berikan sepanjang anda berbisnis online dan pada masa yang sama dengan konten.
APAKAH PERBEZAAN MASTERCLASS BLOGGING SHOPPERMANIAC

Pada tahun 2024 ini Shoppermaniac telah melancarkan MasterClass Blogging Shoppermaniac khusus untuk mereka yang inginkan website dalam bisnis online mereka. Masterclass Blogging kami adakah berkisar membuat konten untuk mendapatkan trafik dari Google Agoritma berdasarkan kehendak Google Helpful Content dan EEAT.

Kami masih lagi percaya “Content Is King” dalam dunia website ini, cuma bagaimana mengendalikan teknik membuat konten mungkin agak berbeza dengan cara sebelumnya. Teknik kami ialah teknik Content Pillar dengan sub pillar atau Topikal Autoriti. Ini yag kami berikan pada semua pelajar Masterclass Blogging kami sebagai asas mendapatkan trafik organik melalui niche yang mereka pilih.

Sudah tentu kami juga memberi tunjuk ajar  bagaimana menggunakan semua fungsi BLOGSPOT dimana kami menggunakan blogspot sebagai platform utama. Kami juga memebri tunjuk ajar bagaimana menggunakan On Page SEO dan Off Page SEO agar labah-labah SEO boleh “crawl” cepat ke laman web anda. Selain itu tip blogging kami berikan dalam MasterClass kami seeprti membuat robot.txt, custom redirect dan sebagainya. 

Pendek kata kami memberikan segala ilmu yang patut anda fahami untuk memastikan blog anda di indeks oleh Google Algoritma.

Namun kami juga percaya anda sebagai bisnis online bukan sahaja patut menarik trafik ke blog anda tetapi memastikan anda mempunyai landing pages atau Sales Pages di dalam blog anda. Kami berkan templates yang mempunyai gabungan landing pages dan blog. Ini adalah satu bonus besar anda boleh sahaja membuat iklan terus ke laman utama blog anda yang berbentuk landing pages serta pada masa yang sama membuat artikel mendapatkan trafik organik. 

Kami akan memberikan tutorial penuh bagaimana menggunakan templates percuma ini dan pada masa akan datang jika anda merasakan templates ini tidak sesuai anda boleh sahaja menukar ke templates baru dengan mudah keraa sistem penukaran templates di blosgpot hampir sama dan lebih mudah .

Inilah kelebihan kami dimana anda boleh membina website blog landing pages /dinamik yang kami berikan sepanjang anda berbisnis online dan pada masa yang sama dengan konten yang mencukupi serta ranking anda naik dari masa ke semasa, secara tak langsung anda akan membina branding anda sendiri.  Dan paling penting melalui konten yang anda buat, menunjukkan anda pakar dalam bidang tersebut dan memberi nilai tambahan pada kepakaran anda dan produk yang anda  jual.

Jika anda melihat pihak lain akan memberikan anda website landing pages sahaja siap tetapi anda tidak akan mendapat apa-apa trafik organik. Maka anda peru membuat iklan berbayar untuk memperkenalkan produk anda jika mengguna landing pages. ( Baca sini BUKAN SEMUA WEBSITE AKAN PEROLEHI TRAFIK ORGANIK). 

Jika anda membuat iklan berbayar bukan sahaja anda perlukan modal tetapi anda perlu memahami menggunkan platform iklan berbayar. Sebagai contih jika anda menggunakan Facebook Ads, anda harus tahu bagaimana :
  • 1.ADS Manager serta objektif
  • 2. Membuat Facebook Pixel website anda mengguna Business Manager
  • 3. Faham membaca data iklan anda
  • 4. Kemahiran membuat video atau gambar untuk iklan anda.
  • 5. dll

Terlalu banyak dan anda nanti tidak akan lagi menumpukan kualiti pada landing pages anda tetapi anda telah beralih arah bagaimana mempelajari FB ADS. Padahal website struktur anda langsung tidak pelajari. Bagaimana nak belajar kerana landing pages jika  tiada ruang membuat artikel.

Kesimpulan
Jika anda nak belajar website bermakna anda harus belajar membuat artikel. Ini sama sahaja jika anda mempunyai E-Commerce dimana anda mempunyai  store menjual produk dan pada masa yang sama anda mempunyai blog. Sama sahaja yang kami berikan iaitu kami memberi anda landing pages dan blog. 

APAKAH PERBEZAAN MASTERCLASS BLOGGING SHOPPERMANIAC

Soalan;
Anda berikan kami laman hadapan landing pages, bolehkah kami membuat iklan berbayar.
Sudah tentu, seperti yang saya katakan anda kena pelajari ilmu Facebook Ads jika anda hendak belajar iklan berbayar.
Tetapi anda mendapatkan Masterclass Blogging untuk belajar tentang ilmu blogging dan bagaimana memperolehi trafik organik.

Betul tak? 
Nasihat saya step by step, pelajari ilmu blogging ini dan kemudian perlahan-lahan belajar ilmu Facebook Ads. Dimana kami akan melancarkan Masterclass Facebook Ads tidak lama lagi.

Kenapa konten atau artikel penting dapatkan trafik organik?
Bagaimana Google hendak ketahui anda ini pakar dalam sesuatu niche.  Katakan anda menjual produk makanan kucing dan anda hanya mempunyai sebuah laman web iaitu landing pages yang menerangkan tentang produk anda. Adakah Google akan kata, landing pages anda ini layak mendapat trafik organik. Sudah tentu tidak!!!

Anda juga perlu ingat bahawa bukan anda seorang sahaja yang menjual produk makanan kucing tetapi beribu-ribu lagi. Bagaimana anda hendak mengatasi kesemua pesaing anda ini untuk mendapatkan trafik organik . 

Hanya satu cara iaitu membuat konten yangbeterusan tentang kucing dan pemakanannya. Oleh itu apabila Google melihat blog anda mempunyai konten yang pelbagai tentang pemakanan kucing maka mereka akan menganggap anda sebagai pakar dalam pemakanan kucing dan melonjakkan salah satu artikel aatau konten anda sebagai carian utama. 

Dan melalui artikel tersebut anda telah meletakkan link laman utama (landing pages) samada dalam artikel atau side bar kolum dan  anda jika mereka berminat mendapatkan produk anda atau mahu mengetahui lebih mendalam produk anda.



Catat Ulasan