Kenapa Anda Harus Mempunyai Blog
Dalam Master Class Shoppermanic kami bukan Sahaja memberi tunjuk ajar bagaimana mendapatkan jualan di Shopee secara konsisten menggunakan 5 funnel kami malah kami memberikan tunjuk ajar bagaimana membuat Facebook Ads dan juga Blogging. Ketiga-tiga ini adalah tutorial lengkap yang kami berikan pada anda.
Namun kami sering kali kecewa kerana ramai yang mengendahkan Facebook Ads dan juga Blog atau kamu katakan website yang kami masukkan sekali dalam MasterClass kami ini. Ini adalah satu kerugian bisnis anda dalam jangka waktu panjang.
Terdapat beberapa sebab seringkali saya katakan kenapa anda harus memulakan blog:
- 1. Mencari prospek pelanggan melalui SEO di Google
- 2. Blog mengambil masa 1 – 2 tahun untuk peningkatan
- 3. Blog makin sukar dengan perubahan Algoritma Google setiap tahun
- 4. Konten untuk blog makin mudah dengan ujudnya AI
- 5. Perancangan masa hadapan jika anda memerlukan blog anda unuk bisnis baru.
Mencari prospek pelanggan melalui SEO di Google
Dalam perniagaan Shopee yang semakin mencabar, mencari trafik dengan hanya bergantung ada trafik di platform Shopee semata-mata tidak akan berkesan. Anda memerlukan platform lain dan paling penting memberi trafik organic kepada anda..
Dan blogging adalah platform yang amat berguna untuk anda mencari trafik ke blog anda. Saya akui anda harus pintar menggunakan On Page SEO dan Off Page SEO untuk memastikan blog anda dalam enjin carian pertama. Namun jika anda membuat konten yang berkualiti serta beberapa konten topical autoriti dan mengamalkan EEAT maka potensi blog anda akan lebih ceoat dii indeks.
Atas sebab lecehnya mempelajari teknik SEO ini maka anda digalakkan membina blog anda dahulu dan dalam masa pembelajaran tersebut, anda kan fahami pentingny ablog dalam dunia bisnis on line anda.
Blog mengambil masa 1 – 2 tahun untuk peningkatan
Blog mengambil masa yang agak lama untuk diindeks oleh Google Di dunia internet ini setiap hari 1 billion artikel di pos dan dengan kemaskini oleh Google setipa tahun ia akan menambahkan lagi persaingan dalam dunia blogging ini. Dahulu berblogging mengambil masa 3 bulan Sahaja anda sudah boleh berada di ranking yang pertama dan kemudian 6 bulan dan kini untuk sebuah blog itu benar-benar kuat ia akan mengambil masa 1 hingga 2 tahun.
Disebabkan blog memerlukan masa yang agak lama untuk meningkat maka anda harus memulakan dahulu blog. Target anda bukanlah untuk mendapatkan pageview tetapi untuk membuat konten yang baik dan dalam jangka masa ia pasti akan berkembang.
Dan dalam masa 1 – 2 tahun anda mempunyai target untuk bisnis anda dan bisnis anda akan berkembang seiring dengan usia perniagaan anda dan sudah pasti anda akan memerlukan blog atau i website sebagai pemangkin bisnis anda.
Blog makin sukar dengan perubahan Algoritma Google setiap tahun
Blog semakin lama semakin sukar dengan perubahan Algoritma Google seperti Spam Updated, Helpful Content, Core Vital Updated dan pelbagai lagi. Dan setiap kali perubahan dalam algoritma Google sudah pasti akan berlaku perubahan dalam pageview atau ranking blog anda. Dan apabila ia jatuh mendadak untuk memulihkannya amatlah sukar sekali.
Atas sebab itu anda harus mempunyai blog lebih awal untuk memahami setiap perubahan yang dilakukan oleh Google Algoritma ini. Jika anda bermula lambat, maka untuk bersang di dunia Google ini amatlah sukar tanapa ada apa-apa konten yang tekah diindeks, tanpa backlink serta jumlah konten.
Konten blog makin mudah dengan ujudnya AI
Pada masa kini untuk membuat sebuah konten amatlah mudah. Pada penghujung tahun 2022 dunia dikejutkan adengan kehadiran Chat GPT iiatu kecerdikan artifisal yang boleh membuat carian dengan menggunakan prompt Sahaja. Malah dalam kontek artikel ini, untuk membuat sebuag artikel dengan 2000 patah perkataan amatlah mudah. Itulah kehebatana AI.
Untuk blogger, AI amat membantu mereka dimana anda bolh emembuat ratusan artikel dan setiap artikel anda hanya perlu luangkan masa kemaskini dengan waktu yang singkat. Masalah untuk membuat konten bukanlah lagi isu untuk blogger.
Perancangan masa hadapan jika anda memerlukan blog anda untuk bisnis baru.
Sebenarnya inilah sebab utama kenapa anda memerlukan blog. Saya kerap kali katakan apabila anda membuat sebuah kedai Shopee dan ambil kesempatan menjual produk Shopee anda di Blog walaupun anda seorang dropship. Pastikan domain blog anda berkait rapat dengan nama branding anda.
Katakan setelah setahun anda berniaga di Shopee dan anda mempunyai keyakinan untuk memperluaskan bisnis anda dengan menjual produk sendiri. Nah!!!!! Semuanya sudah siap dimana, anda sudah mempunyai kedai Shopee sendiri dan hanya masukkan produk anda sendiri di kedai Shopee dropship anda ini. Dan anda setelah setahun mempunyai blog dan sudah tentu anda sudah mempelajari tekni SEO serta beberapa tekni blogging tang lain.
Apa yang perlu anda buati alah memasukkan produk anda ke dalam blog yang teah tersedia ada dan pastikan membuat tropical autoriti bagi mendapatkan trafik organic. Jika anda mahu membuat iklan. Boleh Sahaja membuat Facebook Ads yang kami berikan percuma dalam MasterClass Shopee kami.
Kesimpulan Kenapa Anda Harus Mempunyai Blog
Kenapa anda Harus mempunyai blog lebih awal adalah untuk memendekkan perjalanan kejayaan bisnis online anda terutama apabila anda lancarkan produk baru. Dengan material marketing yang telah tersedia ada, anda hanya perlu memikirkan jenis marketing yang sesuai.
Sebagai contohnya dimana saya mempunyai sebuah blog yang dinamakan blog Travel disebabkan saya suka melancong dan pada ketika ini says sedang membuat bisnis homestay dan saya hanya perlu gunakan blog yang saya ada sekarang ini ungtuk membuat marketing!!