COD MENYUSAHKAN KURIER - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

COD MENYUSAHKAN KURIER

Mereka pun tak suka dengan COD
COD MENYUSAHKAN KURIER


Tempoh hari saya ada membuat video tentang Shopee telah mewajibkan COD dalam payment setting mereka, Dan sebagai Shopee Seller kami sememangnya langsing tidak setuju dengan pekara ini tapi ianya diluar kawalan Shopee Seller dan kami harus patuh dengan keputusan Shopee.

Dalam kami mengeluh tentang COD ini, kami juga terlepas pandang masalah yang dihadapi oleh kurier yang menghantar produk COD ini. Mereka pun tak suka dengan COD ini dan komen yang baca ada ujud tekanan dari pihak mereka. Saya membuat beberapa kajian dan mendapati COD ini sememangnya memberi masalah kepada kurier iaitu:

COD MENYUSAHKAN KURIER


COD memberi masalah kepada kurier iaitu:


SUKAR MENGUTIP PEMBAYARAN

Ini salah satu masalah yang dihadapioleh kurier dimana sukar mengutip pembayaran dengan alas an berada diluar lokasi dan sebagainya. Adakala perlu follow up beberapa kali dengan buyer COD ini. Dan peristiwa lain ialah buyer membuat bayaran tetapi pada masa itu mereka tiada dirumah. So mereke berikan arahan letakkan wang di selipar dan sebagainya. Kurier seolah-olah main teka-teki.


RISIKO KESELAMATAN

Apabila sistem COD ini diperkenalkan maka kurier beratnggung jawab membawa wang tunai yang tinggi. Kurier akan menjadi target perompak-perompak jika COD diamalkan secara berleluasa.


KESUKARAN PENGURUSAN KEWANGAN

Mengendalikan wang tunai memerlukan pengurusan kewangan yang cermat untuk mengelakkan kehilangan atau kekeliruan dalam pencatatan transaksi. Terlalu banyak transaksi secara tunai boleh menyebabkan kesilapan berlaku.


KETIDAKSELESAAAN DAN KETIDAKEFISIEN

Proses pembayaran tunai mungkin memerlukan lebih banyak masa dan usaha, menyebabkan ketidakselesaan dan kurang efisiensi. Dan saya pun pelik, apabila berbicara tentang online maka semua pembayaran adalah online. Ini ada pula COD yang menguruskan pembayaran secara tunai.


PEMBAYARAN YANG TIDAK DIPERSETUJUI

Terdapat risiko pembayaran tidak dipersetujui atau penolakan pembayaran, yang menyebabkan masa terbuang begitu Sahaja pada kurier.


Namun terdapat kebaikan COD kepada Kurier iaitu:


KEPERCAYAAN DAN KEKALKAN KLIEN

Pembayaran tunai membolehkan pembeli untuk memeriksa barangan sebelum membayar, meningkatkan kepercayaan dalam transaksi. Dan apabila keyakinan transaksi oelh sesebuah syarkat kurier tersebut maka pembeli akan memberikan review yang baik dan penjual pun akan puas hati . Dan potensi Syarikat kurier tersebut diguna semula amat tinggi.


HUBUNGAN RAPAT DENGAN PEMBELI

Adakala pembeli yang baik hati akan berikan minuman kepada kuroer malah berikan makana sebagai tanda terima kasih,Walau pun kecil tetapi untuk penghantar barangan ianay sesuatu yang istimewa dan mereka dihargai.


Kesimpulan.

Pada dasarnya untuk Seller dan Kurier, sistem COD ini bukanlah kegemaran mereka. Pada dasarnya sistem ini bukanlah sesuatu yang sukar tetapi apabila melibatkan pembeli atau manusia yang mempunyai pelbagai karenah. Inilah masalahnya.

Catat Ulasan