Perkembangan Shoppermaniac Tahun 2023 dan 2024 - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

Perkembangan Shoppermaniac Tahun 2023 dan 2024

Tahun 2024 ini Shoppermaniac ingin mengembangkan lagi beberapa eksperimen yang tertunda dan berjalan separuh jalan pada tahun 2023 ini.

Perkembangan Shoppermaniac Tahun 2023 dan 2024

Tahun 2024 ini Shoppermaniac ingin mengembangkan lagi  beberapa eksperimen yang tertunda dan berjalan separuh jalan pada tahun 2023 ini.

Dan pada tahun 2023 kami memperolehi beberapa kejayaan dan kegagalan sebagai ilmu dalam bidang bisnis online


SHOPEE TIPS AND TRICK 

Sudah tentu Shoppermaniac akan mengekalkan momentum untuk semua Shopee Seller Tip terbaru Shopee.


Saya akui sejak kebelakangan ini Sales Shoppermaniac di Shopee agak merundum disebabkan kekurangan produk Winning semenjak penutupan CICO Dropship. 


Dan pada masa yang sama terlibat dalam beberapa aktiviti terbaru Shoppermaniac yang semakin berkembang dan ini adalah perkara biasa untuk sesebuah bisnis online yang semakin berkembang dalam menumpukan aktiviti yang terbaru.


Namun Shopee kami tetap berjalan dengan jualan yang konsisten tetapi bukan RM6000 sebulan tetapi dalam anggaran RM2K-3K sebulan kerana menggunakan satu dropship sahaja iaitu SV serta tiada produk tambahan lain.


Pada tahun 2024 adalah t ahun yang baik untuk memulakan momentum dan eksperimen terbaru meningkat jualan Shoppermaniac dengan menggunakan satu dropship sahaja Save Value.


FACEBOOK ADS

Facebook Ads pada tahun 2023 mengalami perubahan yang amat pantas dari segi  dahboard mereka serta beberapa perubahan lain.


Untuk menggunakan FB Ads yang mengalami perubahan pesat ini anda harus berhati-hati  kerana banyak item-item yang tersembunyi namun FB Ads kerap mengatakan pada tahun 2024 ini, algoritma Facebook mereka adalah yang terbaik dan anda tidak perlu lagi membuat targeting dan fokus pada broad audience sahaja.


Saya akui perubahan oleh Meta pada tahun 2023 akan membantu ramai pengiklan untuk lebih berjaya. Saya tidak kesempatan untuk berkongsi dengan anda perubahan oleh FB Ads ini disebabkan terlalu laju penambaikan mereka.


ECOMMERCE

ECommerce Shoppermaniacstore.com merupakan satu pelaburan yang gagal disebabkan masa serta pembelian tersembunyi oleh Easy Store. Jika nak ugrade ada sahaja plan yang anda kena beli dan melalui pengalaman saya, jika saya teruskan. Lebih banyak modal harus saya keluarkan. 


Jika ada modal pun, saya masih tidak mampu meneruskannya kerana Shoppermaniac tidak mempunyai tenaga kerja tambahan untuk menguruskan ECommerce ini.


ECommerce adalah satu pelaburan yang besar dan memerlukan perhatian tinggi terutama dari segi kos marketing yang mencakupi 80% kos anda.


Founder Minyak Wangi 

Pada tahun 2023 ini kami join venture dengan rakan membina branding kami iaitu Haliziq Perfume dan target kami akan menjual menggunakan ECommerce kami.


Namun masa dan kos menyebabkan ianya terbengkalai serta  stok yang minyak wangi kami masih lagi tidak terusik. Mungkin kami akan berikan sebagai offer dalam pada tahun 2024 ini. 


Mungkin jika beli MasterClass Shoppermaniac kami, anda akan menerima minyak wangi spesial edisi kami ini..hehehehehe


YOU TUBE CHANNEL 

You Tube Channel Shoppermanic kami terus berkembang dan ia merupakan cabang utama branding kami. Perkongsian teknik Shopee, Blogging dan Facebook Ads dengan You Tube Channel ini memberi justifikasi kami adalah branding yang boleh dipercayai. 


Dan pada tahun 2024 kami sedang membuat projek baru You Tube Channel yang baru dan cuba melihat dan ekseprimen melalui 2 tahun pengalaman mempercepatkan YouTube ini dari segi subcriber.  Jika berjaya kami akan membuat sebuah lagi MasterClass You Tube untuk anda.


Portal MasterClass Shoppermaniac 

Merupkaan sumber pendapatan Shoppermaniac yang utama dalam "Maintenance" branding kami ini.


Pada tahun 2023, MasterClass kami mual diterima oleh ramai pihak dan perkara seterusnya ialah memperbaiki lagi ilmu yang boleh kami kongsikan dengan ahli Shoppermaniac kami.


Blogging 

Satu lagi kejayaan yang kami perolehi dengan mengekalkan pageview dalam 15 ribu pageview sebulan di blog kami shopeefunnel.online dan tahun 2024 ini akan fokus pada shoppermaniac.com yang merupakan blog ke kedai Shopee kami.


Mempunyai 2 blog juga merupakan tekanan pada saya yang cuba mengekalkan momentum pageview dan pada yang sama kekerapan kemaskini Google Algoritma sering menganggu usaha saya mengekalkan pageview setiap blog.


Tahun 2023 adalah tahun paling mencabar dalam mengekalkan pageview serta kehilangan indeks oleh Google.


AI 

AI atau kepintaran buatan merupakan lonjakan hebat pada tahun 2023 dan ia dijangka semakin berkembang pada tahun 2024 ini. Google, Bing dan semua branding besar berlumba-lumba menguasai teknologi AI ini dan jika kita abaikan maka kita akan ketingggalan jauh ke belakang.


Tumpuan saya pada tahun ini untuk menjana pendapatan melalui AI dan saya telah bersiap sedia dengan aplikasi Ai yang telah saya beli sekitar RM4000.


Ianya dalam "beta" lagi dan pada pertengahan bulan Januari akan siap untuk kami gunakan.


Kesimpulan 

Pada tahun 2023 ini saya membuat banyak kesilapan untuk mengejar KPI Kami untuk menjana pendapatan 4- 5 angka pada penghujung 2024 dan sudah tentu 2023 adalah aras pengukur kami untuk ke tahun 2024.


Malangnya kos serta tenaga yang kami gunakan terlalu pantas sehingga kos-kos yang tidak penting hangus sebegitu sahaja seperti kos membuat ECommerce serta kos produk sendiri iaitu minyak wangi kami.


Sumber pendapatan Shoppermaniac dari Google Adsense, Jualan EBook, Shopee tidak diuruskan dengan bijak adalah satu pengajaran yang baik untuk kami.


Semoga pada tahun 2024 ini branding Shoppermaniac terus berkembang




Catat Ulasan