TONTON 900 YOU TUBE VIDEO UNTUK MASTER BISNIS ON LINE - BLOG SHOPPERMANIAC

TONTON 900 YOU TUBE VIDEO UNTUK MASTER BISNIS ON LINE

Adakah sumber untuk pelajari atau kuasai Facebook Ads boleh diperolehi dengan menonton 900 video You Tube?

 

TONTON 900  YOU TUBE VIDEO UNTUK MASTER BISNIS ON LINE

Saya ada join group Facebook Ads yang diberikan akses setelah saya sertai Seminar Facebook Ads. Dalam FB Ads  Group semua agensi atau individu yang membuat Facebook Ads memang selalu berkongsi idea.


Dan saya akui, banyak ilmu yang saua perolehi melalui group Facebook ini. Dan saya tertarik dengan soalan newbie ini yang bertanya :

 Adakah sumber untuk pelajari atau kuasai Facebook Ads boleh diperolehi dengan menonton 900 video You Tube?



MAKLUM BALAS NETIZEN

Saya tertarik membaca pertanyaan ini dan ramai yang komen :

TONTON 900  YOU TUBE VIDEO UNTUK MASTER BISNIS ON LINE

Saya secara peribadi saya akan mengatakan kalau anda mahu berjaya dalam apa jua perkara ialah beli buku dan dapatkan cikgu yang baik.


Manakala ada yang berikan komen ialah :

1. Jangan bertangguh dan lakukan sekarang baru anda akan belajar

2. Harus melalui pengalaman dengan membuat pelbagai kesalahan atau dalam bahasa lembut ialah BELAJAR DARI KESILAPAN

Ada banyak komen yang diberikan namun saya memilih beberapa komen yang terawal ler.



KESIMPULAN 

Tiada apa yang yang percuma di dunia ini jika anda mahukan ilmu atau kuasai sesuatu kemahiran. Dalam dunia yang moden ini amat mudah anda hendak perolehi ilmu dimana terdapat banyak kursus atau guru-guru yang mampu memberi tunjuk ajar pada anda.


Bila berbicara tentang ini, sudah tentu anda memerlukan modal untuk sertai kursus-kursus ilmu ini . Dan apabila saya melihat statement sebegini dan saya sebenarnya telah melihat terlalu banyak penyataan sebegini membuat saya kecewa.


Katakan anda tak mahu guru atau kursus, maka anda belajar sendiri melalui "trial and error". Pada pendapat saya ianya lebih merugikan kerana anda akan mengambil masa yang amat panjang untuk belajar dan kalau nasib tak baik, anda akan kehilangan wang yang lebih tinggi.


Berdasarkan pengalaman saya, jika anda mahu ceburi sesuatu bidang yang baru. Buat kajian, pergi seminar, pergi kursus dan sebagainya untuk memahami selok belok ilmu baru ini.


Dan baru-baru ini saya tengah mempelajari ilmu AI  atau ilmu kecerdasan buatan dimana pelaburan pertama saya ialah RM4000 untuk dapatkan aplikasi dan ilmu mingguan melalui komuniti mereka agar saya boleh mempertajamkan ilmu saya.


Dan adakah ia mencukupi. Sudah tentu tidak dimana saya menjangkakan ada lagi pembayaran tambahan untuk ilmu Ai ini. 


Sama juga saya dahulu pelajari ilmu Shopee, walaupun saya telah mempunyai pengalaman berbisnis dan berblogging berbelas tahun tetapi Shopee adalah satu mekanisma platform yang berbeza. Mahu tak mahu, saya kena belajar dari bawah dan dari ilmu terdahulu dan ilmu Shopee saya berjaya membina 5 Funnel Sales Shopee.


Saya pun tak terkira berapa kursus online atay bersemuka saya pergi dan berapa banyak buku yang sudah saya beli untuk ilmu Shopee ini sahaja.  


Akhir kata, kalau awak nak jadi MASTER atau SIFU ialah kena keluar duit dan belajar dari mereka yang pandai dan kemudian harus mempunyai disiplin dan komitmen yang tinggi. 



Dibawah ini adalah bukti pembayaran sebanyak 4 kali iaitu USD250 untuk pembelian aplikasi dan kursus AI oleh groove.ai.

Total USD1000 atau saya ambil mudah kiraan ialah RM4000 Malaysia.

TONTON 900  YOU TUBE VIDEO UNTUK MASTER BISNIS ON LINE

TONTON 900  YOU TUBE VIDEO UNTUK MASTER BISNIS ON LINE

TONTON 900  YOU TUBE VIDEO UNTUK MASTER BISNIS ON LINE

TONTON 900  YOU TUBE VIDEO UNTUK MASTER BISNIS ON LINE


Catat Ulasan