APAKAH MASALAH UTAMA DROPSHIP SAVE VALUE DAN KUMOTEN - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

APAKAH MASALAH UTAMA DROPSHIP SAVE VALUE DAN KUMOTEN

TETAPI ada satu masalah yang anda tidak boleh lakukan dan ia memberi impak yang cukup besar kepada anda sebagai Shopee Seller iaitu

APAKAH MASALAH UTAMA DROPSHIP SAVE VALUE DAN KUMOTEN. Bukannya Harga Tetapi?

Jika anda berniaga secara on line  di Save Value dan Kumoten, ramai akan mengatakan salah satu masalah utama di Save Value dan Kumoten ialah persaingan harga.


Pada pendapat saya mana-mana dropship atau produk yang anda jual di Shopee semuanya menghadapi masalah persaingan harga, Oleh yang demikian salah satu tindakan yang harus kita lakukan ialah memastikan harga jualan adalah kompetatif dengan memaksimum strategi marketing.


Sebelum anda membuat strategi marketing pada semua produk dropship Save Value atau Kumoten anda harus memastikan produk listing berada dalam optimum serta mengikuti kehendak Algoritma Shopee.


Dan kemudian mencari produk winning atau produk yang boleh dijual melalui beribu produk yang anda masukkan di kedai Shopee anda. Itulah cara mengatasi masalah harga di Shopee jika anda menggunakan Save Value atau Kumoten.


Untuk atasi masalah harga di Save Value dan Kumoten anda sudah mempunyai strategi dan salah satu cara ialah menggunakan proven funnel Shopee kami yang berjaya mengekalkan sales yang konsisten.


TETAPI ada satu masalah yang anda tidak boleh lakukan dan ia memberi impak yang cukup besar kepada anda sebagai Shopee Seller iaitu inventori atau stok dropship anda.


Masalah ini sering menghantui Shopee Seller sejak dahulu lagi dimana anda mempunyai produk winning yang telah di optimumkan marketing dan produk listing. Dan anda berjaya membuat jualan harian dengan produk ini dan tiba-tiba anda tidak mampu untuk menjualnya disebabkan stok habis.


Dan apabila Save Value atau Kumoten top up semula, produk ini tidak menjadi produk winning lagi dan kadang kala memakan masa berbulan-bulan untuk di top up.


DAFTAR KUMOTEN SEKARANG - KLIK

DAFTAR SAVE VALUE SEKARANG - KLIK


CONTOH TEBARU PRODUK WINNING STOK KURANG.

APAKAH MASALAH UTAMA DROPSHIP SAVE VALUE DAN KUMOTEN


APAKAH MASALAH UTAMA DROPSHIP SAVE VALUE DAN KUMOTEN

APAKAH MASALAH UTAMA DROPSHIP SAVE VALUE DAN KUMOTEN


Pada bulan September 2023, produk di atas ini merupakan produk winning kami dimana kami mendapat jualan yang tertinggi. Kedai saya secara peribadi telah menjual 10 keping produk ini dan ada 2 lagi telah di order tapi belum di shipment.


Saya tahu produk ini mampu di  jual dan ditambah ulasan yang baik tetapi stok yang terkini kami hanya 8 keping sahaja dan saya jangkakan esok atau lusa produk ini akan habis. 


Inilah masalah yang anda akan hadapi jika menjual produk dropship. Save Value atau Kumoten biasanya paling maximum mereka akan top up produk mereka ialah 40 keping dan kadang-kadang 200 keping.

Bayangkan tengah sedap-sedap ambil  untung dari produk ini tiba-tiba stok ZERO.


IMPAK DARI PERKARA INI ialah anda pasti akan kehilangan produk winning yang sukar anda buat analisa dan kedua sudah tentu anda akan kehilangan keuntungan.


CARA ATASI 

Pastikan stok 100 keatas 

Saya sebelum membuat produk winning saya akan pastikan stok minimum ialah 100 keping ke atas. Dengan ini saya mempunyai peluang yang lebih besar mengaut keuntungan produk ini dalam jangka masa panjang.


Sentiasa Mencari Produk Winning

Sentiasa aktif mencari produk winning dan kemas kini semua produk listing dengan baik dan mesra Algoritma Shopee.

Kegagalan anda menambah produk Winning akan menyebabkan produk mampu jual anda menjadi kurang dan sudah tentu jualan keseluruhan akan terjejas.


Mencari Produk luar dari dropship

Jika anda bejaya mencari produk luar dari dropship dan mempunyai stok yang konsisten maka anda boleh menjualnya sebagai back up plan anda. 

Anda boleh sahaja menjadi agen atau stokis produk-produk yang mampu beri bekalan stok dan jangan lupa alang-alang cari sekali memberi margin untung yang besar.


KESIMPULAN

Sebagai Shopee Seller berasaskan dropship mempunyai pro dan kontra yang harus anda lalui. Dan sejak dari dahulu lagi saya katakan, dropship adalah guru terbaik untuk anda belajar dunia bisnis online




Catat Ulasan