SOALAN: PENGALAMAN DENGAN SAVE VALUE - BLOG SHOPPERMANIAC

SOALAN: PENGALAMAN DENGAN SAVE VALUE

PENGALAMAN DENGAN SAVE VALUE

SOALAN: PENGALAMAN DENGAN SAVE VALUE


 
Saya mendapat soalan yang baik dari pengomen di You Tube Channel kami bertanya pengalaman dan minta syorkan mana yang terbaik.

Saya mengesyorkan dua dropship auto sync iaitu SV dan Kumoten.

Melalui pengalaman saya, persaingan cukup tinggi kedua-keduanya di Shopee atau Lazada kerana ramai dropshipper menjual produk yang sama dan ditambah melalui persaingan harga yang melampau.


Namun saya masih tetap dapat membuat jualan dengan syarat anda mencari produk winning dan perbaiki produk listing. Ia akan memakan masa tapi berbaloi.


Dan tidak sukar kerana terdapat beratus produk untuk anda jual terutama Kumoten hampir 1K produk. Manakala SV dalam 400 produk.


Saya memilih SV dan Kumoten kerana ianya dropship auto sync dimana anda tidak perlu lakukan apa2 semasa jualan berlaku. Maka saya telah menjawab soalan penghantaran dan kos penghantaran ditanggung oleh pembeli. Kecuali anda mengambil program Free Shipping yang diberikan oleh Shopee.


Selain itu melalui sistem auto sync maka anda mempunyai masa untuk  mempelajari ilmu marketing di Shopee. Tujuan dropship pilihan saya ini adalah untuk Shopee beginner. 


Jika anda sudah cukup pengalaman, buat apa ambil dropship ni dengan kadar margin untung 20% sahaja dan lepas ditolak semua kos, hanya tinggal 10% keuntungan. Tapi untuk ilmu pemula, saya galakkan dan pada masa yang sama cari sedikit keuntungan walaupun tidak besar. 


Manakala sistem pembayaran membership pada tahun 2023 merupakan trend oleh semua dropship disebabkan mereka memberi tambahan tools.


Walau bagaimanapun kini SV dan Kumoten menyediakan sebuah lagi platform untuk anda auto sync iaitu di TIK TOK .

Saya ada menyediakan EBook Percuma bagaimana mendaftar di Tik Tok menggunakan Kumoten - KLIK SINI

Catat Ulasan