Dalam dunia maya dan secara spesifik dalam dunia sosial media terdapat banyak trending atau viral yang mudah anda lihat.
Dan sebagai pencipta konten, salah satu tindakan anda ialah menggunakan trending viral ini untuk menaikkan trafik blog atau sosial media anda mengikut niche anda.
Dan baru-baru ini saya telah membuat eksperimen dengan manipulasikan trending terkini untuk semua sosial media saya.
Saya membuat artikel di blog , video pendek ke Tik Tok, Short, FB dan Instagram dan video panjang di You Tube Channel untuk memaksimumkan semua konten ini dihantar ke semua sosial media kami.
KEPUTUSANNYA MANIPULASI VIRAL KONTEN
Anda dapat melihat dengan teknik viral ini, anda dapat meningkatkan trafik pada Omni Channel anda dan sekaligus meningkatkan revenue atau anda menjual produk maka potensi untuk mendapat jualan adalah tinggi.
Namun tidak semua akan memberikan trafik yang baik seperti Linkedin, Instagram atau Pinterest saya mempunyai view yang rendah. Sebab itu kerap saya katakan, gunakan semua sosial media yang ada untuk tingkatkan bisnis anda kerana anda tidak tahu yang mana akan meletup.
Pastikan video yang anda buat berkaitan dengan niche anda. Niche saya adalah edukasi bisnis online dan saya setiap konten ini saya masukkan produk saya iaitu MasterClass Shoppermaniac.
Oleh itu tajuk SANUSI ADALAH CONTOH BRANDING TERBAIK UNTUK BISNIS ONLINE memang sesuai dengan niche saya.