Gunakan TIK TOK Promosi Kedai Shopee anda

Gunakan TIK TOK Promosi Kedai Shopee anda

 

Gunakan TIK TOK Promosi Kedai Shopee anda

Gunakan TikTok jika ingin mendapatkan promo dan trafik ke Kedai Shopee anda.  Ini kerana Tik Tok merupakan platform yang amat popular ketika ini dan tidak wajar jika anda tidak gunakan untuk kepentingan bisnis on line anda di Shopee.


Sertai Tik Tok Channel kami: https://www.tiktok.com/@shoppermaniac


Anda boleh sahaja menggunakan Tik Tok untuk membuat video mempromosikan Kedai Shopee anda  dan apakah yang anda boleh berikan untuk pelanggan membeli di kedai Shopee anda dengan memberikan baucer atau diskaun.


Malah anda boleh sahaja mempromosikan secara harian produk anda di Tik Tok dan masukkan bio link kedai Shopee anda di Tik Tok anda. Ini supaay algoritma Tik Tok mengenali niche Tik Tok Channel anda dan video anda berpeluang untuk di FYP.


Dan jika anda membuat video melebihi 1 minit kini Tik Tok memberi peluang untuk unjurkan video anda ke akaun Tik Tok lain dengan syarat anda mempunay minimum 100 follower dan telah 3 bulan berada di Tik Tok.


Ini adalah kempen yang dijalankan oleh Tik TOK untuk menggalakkan video panjang di platform mereka dan boleh ambil kesempatan untuk promosikan kedai Shopee anda.


Adakah ia mudah, secara terus terang saya katakan tidak mudah tetapi sebagai peniaga on line anda harus menggunakan segala kesempatan yang ada dan Tik Tok merupakan peluang yang amat cerah berbanding dengan platform yang lain.


Samada pihak yang klik ke kedai Shopee anda membeli atau tidak, itu perkara lain tetap tujuan anda ialah mendapatkan trafik dan semua ketahui iaitu ada trafik maka peluang untuk dapatkan jualan di kedai Shopee anda memang terbuka luas.




Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama