BLOGGING MATI DENGAN GOOGLE SGE ATAU Search Generative Experience

BLOGGING MATI DENGAN GOOGLE SGE ATAU Search Generative Experience

 

Saya ada menulis artikel bahawa Google akan menukar cara carian dalam enjin carian mereka dengan memberikan snapshot carian yang anda cari dengan lebih tepat. Ianya di panggil SGE atau Search Generative Experience dalam Projek Magi mereka.


Dan untuk Malaysia ia belum lagi dilancarkan dan ia kini dilancarkan kepada beberapa pihak terutama di USA untuk mendapatkan maklumbalas daripada perubahan besar mereka ini. Dan pastinya ia akan dilancarkan ke seluruh dunia apabila beta eksperimen mereka ini telah lengkap. 


Kekuatan AI Google ini amat hebat sebenarnya dimana ia dapat membuat satu susunan ayat yang lengkap melalui carian anda dan kemudian di tunjukan terus di laman Google tanpa perlu anda klik ke website yang lain. Anda mendapat maklumat secara terus melalui carian ini.


BLOGGING MATI DENGAN GOOGLE SGE ATAU Search Generative Experience
Pada contoh yang diberikan oleh Google semasa pelancaran SGE ni ialah carian yang bertajuk “what's better for a family with kids under 3 and a dog, bryce canyon or arches.”


Soalan yang lebih panjang dan bersifat manusia kini dapat dibaca oleh Google. Dimana soalan ini mempunyai 3 spesifikasi khusus iaitu pergi ke bercuti bersama keluarga, dengan anak dan mana yang sesuai samada ngarai atau gerbang.


Dan AI Google menjawab kesemua soalan ini dengan mengambil data dari semua artikel yang berkaitan. Hebatkan AI Google.


Ia juga akan sertakan beberapa laman website yang berkaitan dengan soalan tadi cuma ianya tidak banyak iaitu disebelah kanan snap shot tadi.


Kehebatan AI Google atau SGE ATAU Search Generative Experience ini adalah bonus membantu pengguna tetapi ianya satu masalah besar kepada blogger dimana melalui maklumat sanpshot yang diberikan oleh Google ini mereka tidak perlu klik ke website secara khususnya. 


Adakah blogger akan mati melalui penambahan baikan enjin carian oleh Google ini. Ramai yang mengatakan blogging tidak akan mati tetapi ianya menjadi semakin sukar. 


Dan saya kena akui, blogger akan menjadi semakin sukar dan kita tak boleh marahkan Google kerana Google harus berkembang. Dengan keujudan Chat GPT pada tahun ini semua syarikat berlumba-lumba membina AI mereka dan Google sebagai sebuah sumber maklumat carian terbesar di dunia jika tidak memaksimakan data yang mereka ada untuk memajukan AI maka mereka akan ketinggalan dan ujudlah Projek Magi dan SGE ATAU Search Generative Experience.


APA  AKAN JADI PADA BLOGGING 


Google memerlukan input untuk AI mereka.

Untuk AI Google berkembang mereka memerlukan maklumat terbaru dari masa ke semasa dan maklumat terbaru ini hanya boleh diperolehi melalui konten yang dibuat oleh manusia.


Jika Google beria-ria membunuh konten kreator atau blogger maka maklumat terkini atau perubahan terkini tidak aka diperolehi oleh Google. Mereka mesti dan terpaksa bergantung pada blogger untuk suapkan AI mereka dengan maklumat terkini.


Pendapatan Google bergantung pada iklan 


BLOGGING MATI DENGAN GOOGLE SGE ATAU Search Generative Experience

Pendapatan Google pada tahun 2022 ialah :


Google’s top revenue source in 2022 was search ads. Of the $279.81 billion in revenue the company brought in, a whopping $162.45 billion came from search ads. 


Google menjana keuntungan melalui iklan dan iklan bermakna dari ECommeece atau Affiliate serta blogger yang membuat iklan. Bayangkan jika AI mereka terlalu bijak dan berjaya mencari produk atau maklumat hanya melalui Ai, adakah Google akan menjana pendapatan.


Adalah Google akan paparkan snapshot pada pengguna khusus mereka yang membayar iklan kepada Google, Lalu apakah kepentingan EEAT ( experience, expertise, authoritativeness and trustworthiness) jika Google mementingkan syarikat yang membuat iklan sahaja. 


Mungkin maklumat yang akan diterima oleh pengguna adalah tidak benar jika Google abaikan EEAT ini. Dan suka tak suka Google akan paparkan maklumat yang membantu pengguna ( helpful Content) 


Google suka tak suka kena pastikan semua website yang dipaparkan adalah EEAT dan Helpful Content.



KESIMPULAN 

Blogging akan terus hidup dan dengan perubahan cara enjin carian ini, anda masih lagi mempunyai masa untuk mempelajarinya kerana ia masih lagi tempoh beta.


Buat masa sekarang, semua pihak belum lagi fahami impak besar melalui sistem enjin carian SGE ini tetapi secara rambang semua blogger fahami , kehidupan sebagai blogger bukan mudah sejak tahun 2022 ini dan dengan cabaran AI ia menambahkan perit pada kreator.


Dan secara peribadi apa yang boleh saya katakan ialah bidang penulisan blogging semakin terhakis dan untuk anda maju kehadapan sebagai blogger anda harus juga mempunyai video channel anda sendiri sebagai backup plan .


Apa yang saya lihat video akan lebih mudah berbanding penulisan sebaik sahaja AI Google ini dilancarkan tetapi ianya akan lebih baik jika penulisan dan video di satukan dalam blog anda.





Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama