Bolehkah blog membuat iklan berbayar. Saya maksudkan blog bukannya Sales Pages atau ECommerce Website.
Blog bermaksud anda membuat artikel atau konten pelbagai isu atau niche tertentu. Sebagai contoh, di dalam shopeefunnel.online kami membuat konten tentang Facebook Ads, Shopee dan Blogging. Dan wajarkah kami membuat iklan berbayar untuk blog ini?
Ya, itu pendapat saya tetapi anda harus penuhi 2 syarat utama ini iaitu:
- Adakah blog anda mempunyai iklan seprti Google Adsense
- Adakah blog anda membuat jualan tak langsung seperti Ebook atau Affiliate atau produk link atau sendiri.
Kenapa anda harus patuhi kedua -dua syarat ini adalah kerana anda mahukan kos untuk anda membuat iklan dapat ditampung oleh blog ini melalui Google Adsense dan Affialate.
Di atas ini adalah saya membuat iklan berbayar menggunakan Facebook Ads untuk menambahkan pengguna blog saya ini. Dimana kos iklan saya ialah RM10 sehari.
BAGAIMANA MENAMPUNG PERBELANJAAN IKLAN
GOOGLE ADSENSE
Bagaimana untuk saya menampung perbelanjaan Facebook Ads ini ialah saya harus memastikan pendapatan Google Adsense saya adalah sama atau lebih dari nilai iklan ini.
Pada akaun Google Adsense saya hanya memperolehi USD0.13 sahaja sehari. Ini adalah satu pendapatan yang kurang menarik dan ini yang saya jangkakan dari blog baru ini.
Kelemahan utama jika anda hanya bergantung hanya pada Google Adsense ialah anda harus mempunyai pageview yang tinggi dan pada saya pageview yang baik ialah 700 orang sehari.
Dari jumlah pageview yang tinggi ini maka potensi Google Adsense anda untuk memperolehi USD3 agak mudah tercapai.
Tetapi buat permulaan anda tidak boleh mengharapkan hasil pendapatan yang tinggi. Ia mengambil masa dan lama kelamaan anda akan memperolehi pembaca dan mula menjana pendapatan tetapi anda kena keluar modal dahulu.
AFFILIATE
Dengan cara ini saya masih lagi membuat artikel berdasarkan niche saya iaitu digital marketing atau bisnes on line tetapi saya masukkan link affliate ke dalam setiap satu artikel saya ini.
Kemungkinan besar saya akan membuat iklan berdasarkan salah satu topik utama affiliate dan saya memberi tunjuk ajar dan sekaligus menjual produk affiliate saya.
Ini adalah salah satu sumber yang boleh menampung kos iklan berbayar saya nanti.
PRODUK LINK
Teknik yang saya gunakan dalam membuat artikel samada affiliate atau produk sendiri dipanggil sebagai Topikal Autoriti untuk membantu meningkatkan keandalan dan kepercayaan pembaca terhadap tulisan yang Anda bagikan.
KESIMPULANNYA
Anda harus membezakan antara blog, ECommerce dan Landing Page dalam membuat iklan.
Dapatkan bacaan lanjut : Perbezaan Blogging, ECommerce dan Landing Page

.jpeg)