Saya mendapat satu soalan daripada pengomen saya iaitu beliau bertanya masih relevenkah dengan upload beribu produk dan membuat iklan sehingga membakar duit di Shopee tetapi masih tiada jualan.
Persoalan ini banyak kali saya telah perolehi dan setiap kali saya akan menjawabnya dengan perkara yang sama. Cuma kali ini saya akan menjawab secara detail agar anda fahami kenapa anda tidak mempunyai jualan di Shopee terutama jika anda sebagai dropship. Saya andaikan anda dropship kerana anda mempunyai beribu produk di Shopee.
Terdapat dua faktor utama yang boleh saya pecahkan iaitu Faktor Dalaman dan Faktor Luaran.
FAKTOR DALAMAN ANDA TIADA JUALAN DI SHOPEE
KEDAI SHOPEE BARU
Pertama perkara yang asas ialah kedai Shopee anda masih baru lagi. Sebagai Shopee Seller yang baru, anda tidak akan memperolehi kesemua faedah yang akan diberikan oleh Shopee. Ada beberapa faedah yang anda tidak akan dapat seperti Business Insight yang menunjukkan produk trending terkini atau Selling Coach, selain itu seperti Chat Broadcast untuk anda hantar informasi terbaru kepada buyer anda.
Selain itu anda akan memohon Facebook CPAS, Shopee International Platform dan pelbagai lagi dalam proses memantapkan kedai Shopee anda atau jika pada yang sama mungkin anda menghadapi masalah Shipping Setting yang tidak sesuai dengan dropship anda dan kena minta Shopee ubah kurier anda mengikut dropship anda.
BELUM MEMAHAMI SISTEM SHOPEE
Anda baru berkecimpung dalam dunia Shopee dan anda masih belum memahami sistem Shopee yang sebenarnya samada dari segi produk listing serta marketing mereka.
Untuk memahami sistem Shopee secara sendirian ianya akan mengambil masa anda yang lama dan mungkin anda akan kerugian dalam proses pembelajaran ini.
Pada dasarnya anda melihat sistem Shopee ini mudah tetapi ia mempunyai trik-trik yang harus anda fahami.
Sebagai contoh anda kata membuat Shopee Ads merugikan anda. Ya , sebagai dropship yang mempunyai margin untung yang kecil anda tidak mampu membuat semua produk mengguna Search Ads. Dan dalam Search Ads pula terbahagi dua iaitu Board dab Exact serta keyword yang murah atau mahal. Ini semua harus anda analisa sebelum membuat iklan di Shopee.
Sebab itu saya tidak galakkan anda membuat iklan di Search Ads jika anda dropship dan sebaliknya tumpu pada Facebook CPAS yang mengenakan bayaran melalui 1000 impression ( CPM) bukannnya perklik seperti Search Ads.
Dan anda juga mempunyai pilihan selain Search Ads di Shopee dengan menggunakan Discovery Ads yang mengenakan kos yang murah dengan syarat jangan enable "Auto Optimization".
Banyak lagi faktor-faktor lain yang patut anda analisa dan jika anda mahu memahami secara jelas anda boleh dapatkan MasterClass Shoppermaniac kami ini,
ANDA MEMPUNYAI PENALTI DARI SHOPEE
Saya andaikan anda memperolehi penalti dari Shopee dengan nilai 1 atau 2 point kerana aktiviti memasukkan beribu produk ke kedai Shopee. Itu pendapat saya kerana sejak kebelakangan Shopee memang suka kasi penalti kepada Seller Shopee.
Dan sebagai Seller Shopee yang baru anda akan melakukkan kesilapan terutama dari segi produk violation yang memang kerap terjadi pada dropship.
Dan impak melalui penalti ni anda akan kehilangan jus tarfik organik dari Shopee. Sebagai contoh saya memperolehi 4 point penalti dan pada bulan Februaru sales saya jatuh menjunam teruk. Lagi tinggi penalti lagi teruk prestasi kedai Shopee anda.
Walau bagaimana pun anggap ianya sebagai proses pembelajaran untuk anda lebih was-was pada masa akan datang.
SHOPEE MAKIN LAMA MAKIN SUSAH
Sekarang bukan mudah untuk anda menjual di Shopee terutama jika anda sebagai Seller Baru. Pelbagai teknik terbaru yang harus anda gunakan untuk mendapatkan keyakinan buyer seperti memasukkan video.
Selain itu Shopee setiap tahun perbaiki polisi mereka dan kebanyakkan bukannya berita baik untuk Seller Shopee.
Anda harus sentiasa mengubah strategi anda dari masa ke semasa mengikut kehendak Shopee jika mahu terus kekal bersaing.
KESIMPULANNYA ialah dari keempat-empat perkara ini, untuk anda mendapat jualan di Shopee secara konsisten mengambil masa 4- 6 bulan. Dimana You Tube Channel kami telah membuktikan itulah masa yang diperlukan jika anda dropship.
Ini kerana anda harus mengira masa yang anda ambil untuk masukkan produk ke kedai Shopee, memahami sistem algoritma Shopee serta mematangkan kedai Shopee anda dan kesemuanya mengambil masa 4- 6 bulan.
SELAiN ITU terdapat sebab-sebab lain yang menyebabkan anda gagal mendapat jualan di Shopee: