TEKNIK DARI BLOGGING MENJADI YOU TUBER DENGAN MUDAH

TEKNIK DARI BLOGGING MENJADI YOU TUBER DENGAN MUDAH

TEKNIK DARI BLOGGING MENJADI YOU TUBER DENGAN MUDAH

Adakah anda tahu sebagai blogger anda dengan mudah mengubah menjadi menjadi You Tuber? Jika anda tdak tahu maka telah kehilangan peluang yang amat besar dalam menjana trafik serta menjana pendapatan pasif untuk diri anda.


Tidak kira anda berada di niche mana pun anda layak menjadi You Tuber dengan syarat artikel anda melebihi 1 minit pembacaan sebab syarat konten You Tube melebihi 1 minit dan jika kurang pun tiada masalah ia akan ditukar menjadi Shorts You Tube.


Tetapi adalah lebih baik membuat konten yang melebihi dari 1 minit jika anda pemula dalam bidang You Tube ini.



BAGAIMANA YOU TUBER MEMBUAT KONTEN 


Saya terangkan dahulu bagaimana You Tuber membuat konten mereka. Sebelum mereka membuat konten di video, mereka akan membuat skrip dahulu iaitu apa yang mereka hendak lakukan dengan masukkan hook serta isi penting dalam konten mereka.

Skrip ialah penulisan yang mudah sahaja dengan memasukkan isi penting dan anda akan olah isi penting tersebut semasa membuat konten nanti.


Selepas membuat skrip, You Tuber akan memulakan proses membuat video. Skrip amat penting kerana tanpa skrip dikhuatiri anda akan terlepas maklumat penting dan sequen video anda akan menjadi kucar kacir nanti.



APA KENA MENGENA SKRIP DAN BLOGGING


Sebenarnya skrip dengan blogging sama sahaja dimana keduanya sebelum dimulakan ia akan dengan kajian isi penting yang hendak dimasukkan.


Perbezaan skrip setelah mencari isi penting maka You Tuber sudah boleh membuat konten. Tetapi untuk blogger pula, setelah selesai mendapatkan isi penting tersebut maka ia akan olahkan dalam bentuk penulisan yang akan memakan masa 1 -2 jam minimum.


Itu sahaja perbezaan antara skrip You Tube dan artikel blogging.


Maka persoalannya bolehkan artikel blogging ini ditukar kepada You Tube. Jawapannya sudah tentu dan ianya lagi baik!!!!


Bayangkan anda membaca artikel anda sepenuhnya dengan video di hadapan anda . Sudah tentu pembacaan video ini harus mempunyai teknik tona suara yang pelbagai bukannya mendatar.  Nanti bosan pula yang mendengarnya nanti.


Maka dari artikel anda dengan mudahnya menjadi konten video .... Atas sebab ini lah saya kata sebagai blogger adalah amat mudah untuk anda menjadi You Tuber.


Dan konten anda melalui pembacaan artikel adalah lebih padat berbanding menggunakan skrip yang memerlukan sedikit imaginasi anda,



Kisah shopeefunnel.online dan You Tube Shoppermaniac


JIka anda sering ikuti konten You Tube Shoppermaniac anda akan melihat saya sering meletakkan link blog saya di setiap video konten saya di you Tube Shoppermaniac.


Link blog tersebut adalah ke blog tips Shopee, Blogging Dan Facebook Ads dimana isi penting di dalam You Tube Channel saya adalah sama dengan artikel tersebut.


Beginilah caranya saya membuat konten di You Tube saya dengan menggunakankan artikel di blog ini. Jika anda lihat ada artikel saya telah diterbitkan dahulu sebelum saya membuat video di You Tube channel saya ini.


Saya mendapat 2 jus iaitu dari teknik blogging dan juga dari You Tube. Maka potensi untuk kembangkan blog dan You Tube saya ini adalah lebih luas berbanding jika saya tumpukan hanya pada satu platform sahaja.


Dalam Masterclass Shoppermaniac saya kerap kali katakan selain dari Shopee anda harus membuat blog dan dari blog anda sudah boleh membuat You Tube.



ADAKAH SEMUA NICHE BOLEH  UNTUK YOU TUBE?




Contoh yang saya berikan ialah blog jenis edukasi tetapi bagaimana pula blog yang menjual produk.


Sudah tentu boleh, dan jika anda ketahui salah satu teknik blogging dalam menjual sesuatu produk tersebut anda harus membuat beberapa artikel yang berkait tentang produk tersebut.


Teknik ini saya telah berikan secara percuma di dalam blog dan You Tube Channel ini.  Sebagai contoh anda menjual produk ubat semut dan untuk menyokong autoriti artikel ubat semut ini anda akan membuat artikel tentang pembiakan ubat semut, jenis-jenis semut dan sebagainya.


Melalui artikel ini anda boleh membuat video edukasi tetapi di akhir video ini anda akan menjual produk anda dengan memasukkan link produk di deskripsi atau end card YouTube anda.



KESIMPULAN


Pada tahun 2023 ini Masterclass Shoppermaniac akan memberi fokus pada  You Tube dan bagaimana anda boleh promosikan kedai Shopee anda melalui You Tube.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama