JANGAN BERGANTUNG PADA SATU PLATFORM UNTUK BERNIAGA - BLOG SHOPPERMANIAC

JANGAN BERGANTUNG PADA SATU PLATFORM UNTUK BERNIAGA

JANGAN BERGANTUNG PADA SATU PLATFORM UNTUK BERNIAGA
JANGAN BERGANTUNG PADA SATU PLATFORM UNTUK BERNIAGA

Pada tahun 2022, kita dapat melihat perkembangan Shopee mengubah pelbagai polisi dan penambaikan sistem mereka.

Namun ada perubahan yang menimbulkan viral di dunia bisnes on line sehingga memberi impak pada seller shopee.

Perubahan besar yang dapat saya senaraikan ialah :
1. Perubahan Standard Shipping
2. Non SSL

Untuk saya inilah perubahan terbesar dan menyakitkan hati kepada Shopee Seller.

Pada perubahan pertama, ramai seller merungut pemilihan kurier yang ditentukan oleh Shopee jauh dari rumah mereka dan sebagainya.

Ramai Seller pening kepala dan salah satu opsyen ialah memohon Non SSL sebagai jalan mudah daripada terpaksa menghantar produk jauh dari rumah.

Pada perubahan kedua pula pula adalah benar-benar membunuh ramai Seller Shopee terutama untuk dropship kategori pertama.

Shopee mengetatkan permohonan untuk Non SSL produk hingga mereka tak boleh berniaga lagi di Shopee. 

Kasihan saya melihat nasib mereka..Tapi apakan daya, anda hanya meminjam platform mereka dan sebagai peminjam platform anda harus ikuti segala perubahan yang dilakukan oleh pihak Shopee.

TINDAKAN ANDA SEBAGAI SELLER SHOPEE

Pada mereka yang tidak terkena tempias perubahan ini jangan anda terlalu gembira. 

Pada tahun 2023, entah apa lagi perubahan yang akan dilakukan oleh Shopee dan mungkin giliran anda akan menyusul nanti.

Dalam MasterClass Shoppermaniac memang kami menggalakkan anda sertai Shopee tetapi sebagai permulaan mempelajari ilmu bisnes online dan selepas anda memahami jelas maka tibalah masa anda perkembangkan bisnes online anda melalui struktur sistem bisnes online kami.

TINDAKAN anda dan nasihat saya pada anda ialah jangan bergantung pada satu platform.

Dalam MasterClass Shoppermaniac kami memberi tunjuk ajar bagaimana membina bisnes online anda dari Shopee ke Blog dan bagaimana membuat iklan berbayar menggunakan Facebook Ads.

Anda harus mempunyai visi untuk memastikan bisnes online anda bebas dari kawalan luar. Buat permulaan adalah logik jika anda memulakan perniagaan menggunakan Shopee tetapi jika anda mahu kembangkan diri anda dan bisnes anda.

Shopee bukanlah platform utama tetapi hanya sebagai platform sokongan pada masa akan datang. 



Catat Ulasan