Seller Shopee di galakkan membuat website untuk produk mereka yang terdpat di Shopee. Ini supaya anda berpeluang mendapat trafik dari Google. Ini tujuan utama anda membuat website dari kedai Shopee anda.
![]() |
| CONTOH ARTIKEL PRODUK DARI SHOPEE DI BLOG |
Tujuan Membuat Website Shopee:
Trafik dari Google
Salah satu sebab adalah untuk mendapatkan tambahan trafik dari Google ke Kedai Shopee anda. Walau pun Shopee memberi 5 juta hingga 7 juta trafik sehari ke platform Shopee namun dengan penambahan luaran trafik ke kedai Shopee anda, bermakna sales anda akan lebih tinggi.
Selain itu ia juga sebagai backup plan jika satu hari nanti trafik dari platform Shopee jatuh mendadak dan anda boleh gunakan trafik dari Google sebagai alternatif untuk membuat jualan di Shopee.
Trafik Google Percuma
Kelebihan membuat Shopee Website ialah trafik yang anda perolehi dari Google ini adalah organik. Ini bermakna anda tidak perlu mengeluarkan wang untuk membuat iklan berbayar menarik trafik ke blog anda.
Cuma masa yang diambil untuk sesebuah blog itu meningkatkan pageview serta diyakini oleh Google memakan masa melebihi 6 bulan tetapi hasilnya berbaloi dengan usaha anda.
Ebook SEO Percuma - KLIK SINI
Permulaan ke arah ECommerce
Dengan pembinaan sebuah blog atau Website Shopee anda mahu tak mahu kena pelajari ilmu blogging yang terdiri dari 2 bahagian penting iaitu On Page SEO dan Off Page SEO.
SEO atau dipanggil Search Engine Optimatization adalah satu kaedah anda mempergunakan algoritma Google untuk indeks artikel anda dan lonjakkan ke Enjin Carian Pertama.
Pada masa kini anda sedang mempelajari ilmu Shopee dimana teknik Shopee adalah ala-ala E-Commerce. Maka anda telah pun fahami ilmu ECommerce ini.
Dan melalui Website Shopee ini anda akan pelajari SEO Google.
Melalui kedua-dua pengalaman ini, pada suatu hari nanti apabila anda membuka ECommerce anda sendiri maka tidak menjadi masalah lagi untuk anda.
Inilah yang kami berikan dalam MasterClass Shoppermaniac,
Pendapatan Pasif
Anda boleh mendapat pendapatan pasif dimana anda boleh masukkan iklan ke blog anda dan jika salah seorang klik iklan tersebut maka anda akan perolehi wang dari Google.
Inilah maksud pendapatan pasif, anda hanya memasukkan iklan dari Google Adsense dan iklan tersebut akan muncul di blog anda dan jika ada pembaca klik iklan tersebut maka anda akan memperolehi wang percuma.
PERSIAPAN AWAL SEBELUM MEMBUAT SHOPEE WEBSITE
Nama Blog
Nama blog pastikan sama atau hampir sama dengan nama kedai anda. Ini untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembaca anda apabila mereka klik ke kedai Shopee anda.
Persiapan Material
Sebelum anda membina website Shope anda kena menyediakan semua material yang berkaitan untuk dimasukkan ke blog anda.
Pastikan gambar produk semua telah di download. Video juga telah disediakan untuk dimasukkan ke dalam blog anda. Deskripsi produk telah tersedia untuk ditampal ke blog anda.
Penyediaan Mental
Adakah anda benar-benar telah bersedia untuk mengemudi sebuah lagi tambahan kerja. Dimana proses permulaan sebagai blogger dalam anggaran 3 bulan amat-amat memerlukan perhatian yang tinggi.
Jika anda sudah bersedia dan mahu mempelajari ilmu baru Blogging maka anda boleh teruskan membina Shopee Website ini.
Mendapatkan ilmu
Sebelum anda memulakan Shopee Website, perkara pertama ialah anda harus mempelajari :
2. Jenis Blog yang hendka digunakan
3. Nak domain atau free
4. Templates blog harus mobile responsive
5. Fahami On Page SEO
6. Fahami Of Page SEO
7. Teknik blogging yang betul
8. Dan lain
Kesemua ini anda akan perolehi melalui Masterclass Shoppermaniac kami.
KESIMPULAN
Tahun demi tahun Shopee semakin sengit dan untuk memastikan anda masih lagi relevan dalam dunia bisnis on line ini maka ada harus mencari kaedah yag terbaru untuk memastikan Shopee tetap hidup.
