Kenapa Pembayaran Shopee Gagal

Kenapa Pembayaran Shopee Gagal

Kenapa Pembayaran Shopee Gagal


Kenapa Pembayaran Shopee Gagal terutama menggunakan Shopee Pay

Duit ada, tambah nilai dah buat di ShopeePay tapi tak boleh buat pembayaran. Masalah ini memang biasa bagi mereka yang banyak lakukan transaksi ataupun buat transaksi yang besar.


Jika banyak buat transaksi dengan nilai yang kecil di ShopeePay dalam sehari, akaun anda dibekukan sementara. Biasanya dalam masa 24 jam.


Ada juga kes dimana dibekukan sehingga 2 3 hari. Dalam masa seminggu pun ada akaun dibekukan. Masalah dibekukan disini hanyalah ShopeePay sahaja.

Jika transaksi besar dilakukan dengan kerap pembayaran guna ShopeePay ada juga kes dimana akaun dibekukan selama sebulan.


Macam mana nak selesaikan masalah ShopeePay ni?

Walaupun pembayaran Shopeepay tidak boleh dilakukan, pembayaran melalui kaedah lain masih boleh dilakukan. Masalah ShopeePay ini boleh diatasi dengan pembayaran melalui kad, akaun bank dan juga 7-eleven.


Naik taraf akaun ShopeePay

Akan dapat lebih had untuk lakukan transaksi melalui ShopeePay. Walaupun sudah naik taraf ianya tertakluk kepada RM4999 sahaja sebulan.


Mungkin pada masa sekarang had tidak besar. Kemungkinan jika ewallet ini sudah diterima dan digunakan meluas, had akan bertambah.

Cara naikkan had ShopeePay

Shopee juga ingin sahkan kad pengenalan anda. Muat naik ke aplikasi Shopee seperti diatas.

Sebab utama nak selesaikan masalah ShopeePay ini adalah untuk dapatkan penghantaran percuma.


Sumber: rentas sempadan

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama