Cara Dapatkan Free Shipping Shopee Untuk Pembeli 2022

Cara Dapatkan Free Shipping Shopee Untuk Pembeli 2022

Cara Dapatkan Free Shipping Shopee Untuk Pembeli 2022

Sumber: Azlan Yusuf

Ada 3 syarat sebelum anda boleh guna kupon free shipping tersebut , iaitu :

  1. Anda mesti membuat pembayaran melalui Shopee Pay ( e-Wallet under Shopee ). Anda perlu aktifkan akaun Shopee Pay anda dahulu, kemudian top up duit ke dalam Shopeepay tu, dan boleh terus membeli. 


  2. Anda hanya boleh gunakan kupon free shipping tersebut pada seller yang mempunyai “tag Free Shipping” pada item produk mereka. Jika tiada tag tersebut, bermakna seller tersebut tidak join program Free Shipping Shopee. Jadi, anda perlu bayar full kos shipping yer. 


  3. Kupon free shipping ini tidak automatik apply semasa pembelian, anda perlu select kupon free shipping anda semasa proses checkout yer (saya tunjukkan step di bawah) 

Untuk 2021, Shopee sudah had kan serta letak pelbagai syarat untuk anda dapatkan Free Shipping dari mereka. Apa nak buat..hehe.. Layan je lah.

 

Cara Dapatkan Kupon Free Shipping Shopee Malaysia – Update 2022

 

Langkah-langkah claim kupon free shipping Shopee Malaysia.


Langkah #1 – Masuk ke dalam aplikasi Shopee di smatphone anda dan cari butang ” Free Shipping ” – pada Butang ikon lori warna hijau. Depends pada promosi Shopee, ada yang Rm15 Free Shipping, ada yang RM10 Free Shipping ..Bergantung pada waktu promosi. Yang penting, ada ikon lori tu . Kemudian, klik pada butang tersebut.


Cara Dapatkan Free Shipping Shopee Untuk Pembeli 2022

 

Langkah #2 – Tekan pada butang ” Claim ” dan anda akan terima kupon anda terus ke akaun Shopee anda nanti. Macam gambar di bawah, ini saya sudah tekan claim kupon saya, jadi, ia akan di paparkan seperti ini. Selalu nya, Shopee akan beri dalam 5-6 kupon, bergantung kepada promosi mereka. Jika ada promosi besar seperti sales 11.11, mereka akan bagi voucher / kupon free shipping terhad yang hanya boleh di gunakan pada harga sales sahaja. Jadi,kena rajin buka apps shopee semasa ada promosi ya.

Cara Dapatkan Free Shipping Shopee Untuk Pembeli 2022

 

Untuk tahun 2021, Shopee nampak nya dah kurang bagi Free Shipping kupon buat kita pembeli nya. Apa boleh buat ðŸ™‚ . Layan kan sahaja. Mungkin mereka ada sebab tersendiri.  Dalam tahun ini juga, Shopee ada memberikan Free Shipping Coupun untuk di gunakan dalam masa-masa tertentu sahaja . Contoh seperti di bawah ; 

Cara Dapatkan Free Shipping Shopee Untuk Pembeli 2022

 

Jadi, bila anda claim kupon di atas, anda perlu gunakan kupon tersebut dalam masa 12-2PM sahaja pada tarikh-tarikh tertentu sahaja.  Kupon ini juga berkonsep siapa cepat, dia dapat guna kan. Untuk details lebih lanjut, anda perlu click pada butang “T&C” di penjuru kanan bawah untuk ketahui apa syarat-syarat yang perlu di ketahui. 

Cara Dapatkan Free Shipping Shopee Untuk Pembeli 2022

 

Di mana nak check kupon yang anda pernah claim sebelum ni ? 


Tekan butang “Me” > Tekan “My Voucher”  di halaman apps anda. 


Anda boleh check semula apa kupon yang anda sudah claim sama ada kupon free shipping atau kupon diskaun dari kedai-seller yang anda berminat nak beli. Ini adalah antara kupon-kupon dalam akaun saya yang sudah di claim & boleh di gunakan selagi belum expired.. Jadi, saya boleh gunakan kod kupon free shipping semasa proses checkout. Dalam bahagian ini juga akan di nyatakan jika ada kupon-kupon dari kedai / individu lain.

Cara Dapatkan Free Shipping Shopee Untuk Pembeli 2022

 

 

Seperti yang saya nyata kan di atas ( 3 syarat guna kupon free shipping ) , walaupun anda dapat kupon free shipping ini,bukan lah bermakna semua item dalam Shopee anda boleh dapat free shipping kerana anda perlu kan pembelian minimum (seperti jadual di bawah) untuk menikmati diskaun penuh kos penghantaran melalui Shopee.

Cara Dapatkan Free Shipping Shopee Untuk Pembeli 2022

Cara Dapatkan Free Shipping Shopee Untuk Pembeli 2022

Contoh nya anda membuat pembelian dari satu seller sebanyak RM9.50 , bermakna anda perlu membuat pembayaran penuh kos penghantaran sebanyak RM5.04 . Jika anda nak subsidi penuh kos penghantaran, anda perlu buat pembelian sebanyak RM15.00 minimum untuk satu transaksi anda + perlu guna kupon free shipping. Di sini yang ramai silap, ingat hanya order item RM15, terus dapat free shipping, sebalik nya, anda perlu apply kupon dahulu sebelum buat pembayaran.

 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama