APA NAK BUAT JIKA YOU TUBE CHANNEL KENA BANNED - MASTER CLASS SHOPPERMANIAC

APA NAK BUAT JIKA YOU TUBE CHANNEL KENA BANNED

PA NAK BUAT JIKA YOU TUBE CHANNEL KENA BANNED

 



Salah satu yang kita benci dalam dunia on line ini ialah akaun anda kena banned. Tak kira mana-mana sosial media yang ada dan anda tengah meroket nak naikkan follower tiba-tiba kena banned. 
Memang frust giler

Inilah yang berlaku pada You Tube Channel Kedua saya iaitu Shoppermaniac Short yang khusus membuat video pendek sshaja atau SHORTdalam anggaran 15 saat ke 50 saat dimana saya memberi isi penting tips Bisnis On Line seperti Shopee, FB ADS dan Blogging.

Tujuan saya membuat You Tube Channel Shoppermaniac Short adalah untuk menganalisa vidoe durasi pendek dengan video durasi panjang serta memberi alternatif lain untuk penonton video yang suka mendapatkan maklumat video pendek.

Untuk pengetahuan saya mempunyai You Tube Channel iaitu Shoppermaniac yang fokus membuat video durasi panjang dan syukur alhamdulilah, You Tube Channel ini berkembang.

Jangan keliru dengan Shoppermaniac Short dan Shoppermaniac kerana saya tengah membuat branding ini.

Tetapi bila saya selitkan You Tube Short dalam Channel utama ini, view memang akan meningkat tetapi view untuk konten durasi panjang menjadi rendah dan memberi  impak keseluruhan You Tube Channel ini.

Atas sebab itu saya membuat You Tube Channel Shoppermaniac Short ini dimana hendak membuatnya tidak sukar, konten semua dah ada. Saya cuma perlu ambil sahaja dari video durasi panjang isi penting dan membuat konten Short.

Kalau nasib baik video durasi  saya boleh pecahkan kepada 3 short video 

APA YANG BERLAKU HINGGA YOU TUBE CHANNEL KENA BANNED


Disebabkan membuat konten short agak mudah dan apatah lagi isi konten semua dah tersedia. Saya mampu membuat 100 konten dalam masa 4 hari sahaja. 

Apa yang saya buat ialah saya upload semua video ini dan membuat schedule hingga 3 bulan dimana setiap hari saya akan post 1 konten. Saya berpendapat You Tube Channel Shoppermaniac Short ini akan menjadi sebuah Channel auto sebab telah tersedia 100 konten dan saya hanya perlu top up video dari video terbaru saja dari konten You Tube Channel pertama saya. 

Hebatkan!!! Itu lah pemikiran saya pada masa tu dan tiba-tiba You Tube telah banned Channel ini kerana di syaki spam. Pehhhh!!! rugi 100 konten yang telah saya buat serta thumbnail yang telah disiap sediakan .

MEMBUAT RAYUAN 

Jika akaun anda kena banned, You Tube akan email pada anda seperti gambar diatas dan mereka akan berikan link untuk anda membuat rayuan.

Saya pun mula membuat rayuan dengan memaksimumkan 1000 patah perkataan yang disediakan. Saya tahu saya tidak bersalah kerana saya bukan spam pun cuma cara saya memberi keraguan pada pihak You Tube. 

PA NAK BUAT JIKA YOU TUBE CHANNEL KENA BANNED

Setelah membuat rayuan dan akhirnya saya terima semula akauan You Tube Channel ini. Lega rasanya kerana akaun ini merupakan eksperimen saya utuk membuat perbandingan Short dan Long Content .

Lain kali hati-hati dan ikuti semua polisi You Tube atau mana-mana akaun sosial media yang lain. Bayangkan jika anda sudah mempunyai beratus ribu follower dan tiba-tiba akaun anda kena banned... 


Catat Ulasan