CARA MENDAFTAR DENGAN TOYYIBPAY GATEAWAY PAYMENT - BLOG SHOPPERMANIAC

CARA MENDAFTAR DENGAN TOYYIBPAY GATEAWAY PAYMENT

Dalam artikel TOYYIBPAY ini saya akan berkongsi maklumat: MENDAFTAR DENGAN TOYYIBPAY GATEAWAY PAYMENT CARA MEMBUAT BILL ATAU OPEN LINK PAYMENT TOYYI

CARA MENDAFTAR DENGAN TOYYIBPAY GATEAWAY PAYMENT

Cara mendaftar dengan Toyyibpay amat mudah dan cepat sekali. Saya akan jelaskan dengan lengkap bagaimana anda mendaftar dengan Toyyibpay Sdn Bhd.


Dalam artikel TOYYIBPAY ini saya akan berkongsi maklumat:

  • MENDAFTAR DENGAN TOYYIBPAY GATEAWAY PAYMENT 
  • CARA MEMBUAT BILL ATAU OPEN LINK PAYMENT TOYYIBPAY
  • 6 SEBAB ANDA HARUS MEMILIH TOYYIBPAY
  • KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT
  • PLAN PEMBAYARAN


APA ITU TOYYIBPAY 

Toyyibpay satu contoh pentingnya online payment gateway dalam industri e-commerce. Tanpa adanya sistem ini, transaksi pembayaran online akan menjadi lebih rumit dan tidak efisien.

Online payment gateway memainkan peranan penting dalam menjaga kepuasan pelanggan. Dengan adanya sistem ini, pelanggan dapat melakukan pembayaran dengan mudah dan cepat tanpa perlu menghadapi masalah teknis yang rumit. Mereka hanya perlu memasukkan butiran kad kredit atau menggunakan perkhidmatan online banking untuk menyelesaikan pembayaran mereka.

Selain itu, Toyyibpay online payment gateway juga membantu meningkatkan keamanan transaksi pembayaran. Sistem ini menggunakan enkripsi untuk melindungi maklumat peribadi dan kewangan pelanggan. Ini memberi jaminan kepada pelanggan bahawa maklumat mereka akan disimpan dengan selamat dan tidak disalahgunakan.

Dalam industri e-commerce yang sangat pesat, persaingan antara platform perdagangan elektronik semakin sengit. Oleh itu, menyediakan kaedah pembayaran yang mudah dan cepat adalah salah satu cara bagi platform untuk menarik dan mengekalkan pelanggan mereka.

Sebagai pengguna e-commerce, kita semua ingin pengalaman berbelanja yang lancar dan tanpa kesulitan. Dengan adanya online payment gateway yang berfungsi dengan baik, kita dapat melakukan pembelian dengan percaya diri dan yakin bahawa transaksi kita akan diproses dengan sempurna.

Jadi, jangan anggap remeh pentingnya online payment gateway dalam industri e-commerce. Ia bukan sahaja memudahkan proses pembayaran bagi pelanggan, tetapi juga membantu platform perdagangan elektronik mengekalkan pelanggan dan memperoleh keuntungan. Dengan adanya sistem ini, e-commerce semakin mudah diakses dan digunakan oleh semua orang dan ToyyibPay adalah Online Payment Gateway Termurah Di Malaysia!


Cara Daftar Akaun ToyyibPay Login

Langkah 1: Lawati URL ToyyibPay melalui pautan berikut: https://toyyibpay.com/

Langkah 2: Klik Daftar Sekarang dan anda akan dibawa ke bahagian pendaftaran akaun. Masukkan maklumat anda di dalam borang yang disediakan dan klik daftar

online payment gateway malaysia termurah
Nota: Untuk pendaftaran anda perlu mempunyai syarikat atau SSM

Langkah 3: Selepas pendaftaran anda akan menerima mesej bahawa pendaftaran telah berjaya.

 

online payment gateway malaysia termurah

Langkah 4: Semak email anda untuk pengesahan pendaftaran dan klik pada link pengesahan

online payment gateway malaysia termurah

 

Langkah 5: Selepas pengesahan anda boleh login menggunakan username & password yang telah anda tetapkan tadi. Maka selesailah proses pendaftaran ToyyibPay. Senang sahaja!

 

online payment gateway malaysia termurah
Paparan muka toyyibPay

 

InshaAllah pada post seterusnya saya akan berkongsi lagi bagaimana untuk menguruskan akaun ToyyibPay ini. Untuk post kali ini  sampai di sini sahaja.

Semoga anda mendapat manfaat dari perkongsian yang ringkas ini untuk daftar dan toyyibpay login



CARA MEMBUAT BILL ATAU OPEN LINK PAYMENT TOYYIBPAY


CARA MEMBUAT BILL ATAU OPEN LINK PAYMENT TOYYIBPAY



Dibawah ini adalah penerangan dengan video dan bahagian atas adalah penjelasan silde

  



Istilah payment gateway (gerbang pembayaran) lebih popular di kalangan peniaga online yang memiliki website ecommerce.

Payment gateway adalah orang tengah yang menyediakan servis memproses & menerima pelbagai jenis bayaran. Mereka menjadi penghubung antara pihak peniaga, pembeli & pihak bank.

Kebanyakan payment gateway datang dengan pakej yang lengkap, menerima pelbagai jenis kad kredit, menerima pelbagai jenis online banking & boleh diintegrasi dengan pelbagai jenis website.

Untuk transaksi menggunakan payment gateway di website, bayaran boleh diterima secara automatik pada bila-bila masa. Proses pengesahan bayaran & penukaran status order juga berlaku secara automatik. Memang memudahkan.

Website yang tidak dilengkapi dengan payment gateway adalah website yang kurang sempurna.

Menggunakan payment gateway, kita juga boleh menerima bayaran daripada luar negara dalam apa jua jenis matawang.

BONUS: Peniaga online yang tiada website pun boleh gunakan payment gateway. Ada fungsi payment form & button yang hanya perlu kongsikan link sahaja untuk terima bayaran.

Kelebihan Bill atau Open LInk Payment Toyyibpay ini ia bukan sahaja boleh dimasukkan ke website tetapi link ini boleh dikongsikan ke what apps dan mana-mana platform yang ada. 

Malah Bill TOYYIBPAY  juga ada memberi scan OR dimana anda tak perlu klik untuk membuat pembayaran dimana pembeli boleh scan QR code yang diberikan.

TOYYIBPAY memudahkan pembelian kepada pelanggan anda dan ia juga memudahkan anda membuat Bill atau Open Link Payment.




KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT

KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT


ToyyibPay ialah online payment gateway yang boleh memudahkan proses penerimaan bayaran daripada pelanggan. Sistem SMAP akan mengeluarkan resit secara automatik setelah bayaran online dibuat oleh pelanggan menggunakan toyyibPay. Banyak masa (dan wang) dapat dijimatkan dengan menggunakan payment gateway.

Walau bagaimanapun, ada beberapa perkara penting yang perlu difahami sebelum setuju untuk menggunakan toyyibPay. Supaya tidak terdapat pertikaian pada masa akan datang.



DAPATKAN TOYYIBPAY SEKARANG 



1. Caj per transaksi

Pendaftaran toyyibPay adalah percuma. Namun, setiap transaksi yang berjaya akan dikenakan caj sebanyak RM1 sahaja.

Caj ini akan ditolak daripada bayaran pelanggan. Contohnya, jika pelanggan membayar RM300, organisasi akan mendapat RM299 ke dalam bank akaun.


Terdapat juga pilihan untuk cajkan RM1 tersebut kepada pelanggan. Jika pelanggan perlu bayar RM300, beliau akan dicaj RM301 dan organisasi akan mendapat RM300 dalam bank akaun.




2. Settlement (duit masuk ke akaun organisasi)

Proses settlement akan mengambil masa 1 hari bekerja. Anda akan menerima amaun bayaran daripada pelanggan pada hari bekerja berikutnya.


Contoh: Jika bayaran diterima pada hari Isnin, duit akan dimasukkan ke akaun anda pada hari Selasa.  Jika bayaran pada hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, duit akan masuk pada hari Isnin.


Keesokan hari boleh jadi pada bila-bila masa sama ada pagi, tengah hari, petang atau malam. Kebiasaannya waktu petang.


Settlement mungkin akan mengalami 24 jam kelewatan jika sistem bank sedang dalam penyelenggaraan. Tetapi ia sangat jarang berlaku.




SEBAB ANDA HARUS MEMILIH TOYYIBPAY


mengapa toyyibpay



PLAN TOYYIBPAY / Pilihan cara bayaran ToyyibPay


Plan Standard / Santai 

KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT


Ini adalah plan percuma untuk semua pengguna TOYYIBPAY dimana anda diberikan pembayaran secara FPX sahaja.

Dimana setiap transaksi anda akan dikenakan bayaran RM1 seperi penerangan di atas tadi.

Untuk saya standard sudah cukup jika anda menjual produk anda di pasaran Malaysia kerana rata-rata rakyat Malaysia selesa mengguna FPX.


Manakala plan Santai anda tidak dikenakan pembayaran transaksi jika anda adalah syarikat NGO. Kita bukan sayarikat NGO maka ambil sahaja plan Standard.


Anda secara automatik terpilih ke plan Standard sebaik sahaja anda daftar dengan Toyyibpay. 




Plan Senang Pay dan i- Serve

KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT



Ini adalah plan pembayaran tahunan yang terbahagi kepada 2 bahagian.



KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT



PLAN PEMBAYARAN PERTAMA iaitu Plan Senang Pay adalah integrasi TOYYIBPAY dan Senang Pay dimana anda akan diberikan tambahan jenis pembayaran iaitu Credit Kad.


Opsyen pembayaran melalui kad Kredit merupakan salah satu metod yang digunakan oleh rakyat Malaysia tetapi untuk saya ianya jarang sangat diminati oleh rakyat Malaysia kerana rakyat Malaysia masih lagi belum percaya sekuriti Kad Kredit walau pun ianya terbukti boleh dipercayai.


Jika diberi pilihan mereka akan membayar dengan FPX. Tapi dengan plan ini pembayar diberikan 2 pilihan iaitu FPX dan Kad Kredit. Mereka boleh memilih apa yang mereka mahukan.


Plan Senang Pay anda akan dikenakan pembayaran tahunan sebanyak RM500 setahun.


KELEBIHAN TOYYIBPAY ONLINE GATE AWAY PAYMENT


PLAN PEMBAYARAN KEDUA iaitu Plan I-Serve dan TOYYIBPAY untuk saya amat menarik sekali. Dimana plan ini melibatkan tambahan pembayaran Kad Kredit dan juga E-Wallet.


Untuk saya perkembangan teknologi E-Wallet di Malaysia sudah cukup kuat apatah lagi selepas COVID-19, semua rakyat Malaysia digalakkan menggunakan E-Wallet.

Saya berani jamin setiap rakyat Malaysia dewasa mempunyai satu atau 2 aplikasi pembayaran melalui E-Wallet .


Dan melalui pengalaman peribadi saya, pembayaran menggunakan E-Wallet lebih mudah dan cepat kerana anda hanya perlu memasukkan no telepon dan kemudian pin no dan lepas tu dapat OTP dan pembayaran cepat diselesaikan.


Plan I-Serve anda akan dikenakan registeration fee sekali iaitu RM800 dan pembayaran tahunan RM360.




KESIMPULAN TOYYIBPAY

Jika anda mencari sistem pembayaran gate away payment yang baik saya cadangkan TOYYIBPAY kerana ia mempunyai beberapa plan yang baik dan melalui plan percuma atau Standard sudah cukup untuk anda menjalankan perniagaan bisnis on line anda.


Saya telah menggunakan TOYYIBPAY semenjak saya menjinakkan diri dalam bidang online dan setakat ini tiada masalah pembayaran kepada saya.

Pembayaran yang cepat memudahkan saya rolling duit modal saya dengan pantas dan cekap.


Jika anda serius mahu mengembangkan perniagaan anda maka anda boleh sahaja mengambil plan pembayaran yang ditawarkan oleh mereka. Jika anda sesiapa mengatakan toyyibpay scammer maka saya akan menyangkalnya kerana saya telah menggunakannya bertahun-tahun hingga kini.


Catat Ulasan