Shoppermaniac kini melangkah setapak lagi iaitu ingin mempelajari TIK TOK ADS dalam mempromosikan produk dan untuk master class ini saya akan membuat iklan untuk mendapatkan subcriber You Tube Channel Shoppermaniac.
Buang duit membuat Tik Tok Ads untuk You Tube Channel. Tidak, sebab saya nak konpemkan niche yang saya buat di Tik Tok tentang bisnis online adakah releven.
Untuk pengetahuan Shoppermaniac juga mempunyai Tik Tok Akaun yang fokus membuat promosi serta tips Shopee, facebook Ads dan Blogging. Sama seperti di You Tube Channel ini.
Adakah ia releven di Tik Tok. Cara untuk mengetahui ialah membuat Tik Toks Ads promosi You Tube Channel kami.
Kadangkala kita aken bakar duit dulu kalau nak buat kajian dan saya yakin Tik Tok Ads tidak lama lagi akan menjadi sebuah platform yang penting dan mahu tak mahu kita kena belajarnya.
Pertama sebelum anda membuat Tik Toks Ads anda kena daftar dengan Tik Tok Ads Manager atau daftar dengan Tik Tok Business Center.
Sebaik sahaja anda hendak membuat Tik Tok Ads manager anda akan ditunjukkan dashboard ini dahulu.
Ada 2 cara membuat iklan Tik Toks Ads iaitu simplified dan custom. Dan untuk tutorial ini saya akan tunjukkan cara menggunakan Simplified mode. Ia macam boost mode di Facebook Ads.
Adakah ia bagus!!! Sudah tentu tidak berbanding dengan Custom Mode. Tapi anda kena mencuba keduanya sekali kalau nak tahu kesannya kan.
Saya pilih Simplified Mode dan klik Get Website visit iaitu ke URL You Tube Channel saya.
Setelah selesai memilih Goal anda iaitu Get Website Visit maka anda akan dibawa ke Select audience dan ianya sama seperti Facebook Ads dan pilihlah mana yang sesuai.
Diatas adalah dashboard untuk "Select audience" dan saya telah memilih Custom audience bukanny aautomatik untuk dapatkan target yang spesifik saya telah memilih E_commerce dengan anggaran umur 25- 44 tahun yang mengguna bahasa Melayu.
Kolum ketiga ialah "Set Budget" dimana saya meletakkan minimum budget RM5 untuk 10 hari sahaja. Budget saya ialah RM100 untuk eksperimen ni tetapi saya akan gunakan balance tu untuk membuat Custom Mode nanti
Kolum terakhir ialah "Create Ads" dimana saya memilih Quick Optimization dimana Tik Tok akan memilih dan membuat video untuk saya. Malas nak fikir dan saya nak lihat fungsi Quick Optimization ini.
Dan setelah saya memilih salah satu daripada beberapa versi pilihan yang diberikan oleh Tik Tok maka saya pun publish.
KESIMPULAN
Note;
Di atas ini ialah "Custome Mode" sebijik macam Facebook ads. Saya akan membuat tutorial bagaimana membuat Tik Tok Ads manager Custom Mode.
Hendak berniaga di Tik Tok dan mahukan Panduan penuh berniaga di Tik Tok.
KLIK SINI
