SYARAT FACEBOOK ADS GUNA BOOST

SYARAT FACEBOOK ADS GUNA BOOST

 

Tempoh hari saya ada membuat FB Ads untuk EBook Shopee Funnel Sales Meletup dengan boost.

Saya hendak membuat eksperimen dan juga malas nak pakai Ads Manager sebab kalau boost, masa yang diperlukan hanya 5 min sahaja dah siap.

Ramai yang mengatakan boost ini tidak sesuai tetapi kenapa Facebook Ads masih mengekalkan butang Boost di setiap post membawa maksud ianya masih releven.

Boost bermaksud post yang anda hantar di pages anda diiklankan tanpa menggunakan Ads Manager Facebook Ads.

Boost anda tidak mempunyai pilihan memilih objektif anda dan semuanya dipilih dengan mudah. Apatah lagi Ads anda memang telah tersedia dipost anda.

Biasanya boost ads ini bukannya lifetime Ads tetapi iklan yang pendek dan biasanya 7 hari sahaja.
Oleh itu saya mencuba boost Facebook Ads dengan kos RM70 selama 7 hari sahaja. Dan melalui boost ads ini saya mendapat jualan 1 Ebook sahaja yang bernilai RM99.

Bestnya menjual EBook ini ialah ia keuntungan 100% dimana anda tidak perlu menolak harga bahan lain. Denagan kos RM63.74 untuk iklan saya mendapat satu jualan dengan harga RM100 maka saya masih lagi untung RM36.26.

Ini bermakna boost masih lagi relevan tetapi kadar ROI masih rendah tapi yang penting ia tidak rugi.

Ini post yang saya gunakan untuk membuat Boost Facebook Ads.
Sebuah video yang panjang dengan durasi 13 minit. Ini pun eksperimen yang saya gunakan dengan melampirkan video panjang.

SYARAT FACEBOOK ADS GUNA BOOST

Di atas sini adalah pecahan detail iklan saya ini dan jika anda lihat apakah kelainan yang saya gunakan.

Saya menggunakan audience Look Alike dari website Shopee funnel (https://shopeefunnel.online) 


SYARAT FACEBOOK ADS GUNA BOOST

Jika anda lihat data 7 hari ini. Secara amnya keseluruhan adalah baik malah video yang dimainkan selama 50% adalah 6 orang menontonnya. Perlu dingat tpanjang video saya ini ialah 13 minit.

Tiada masalah dari segi data dan iklan ini boleh diteruskan jika saya mahu. Tapi demi untuk eksperimen ini saya hanya jalankan 7 hari sahaja.

Kesimpulannya ialah Boost Facebook Ads ini masih belum ampuh kerana 7 hari saya hanya mendapat satu jualan sahaja. Dan piihan video yang memakan masa yang panjang tidak sesuai jika mahu membuat iklan.

Apa yang saya fahami ialah jika custom audience anda kuat dan saya menggunakan Lookalike dari website saya potensi untuk membuat jualan adalah tinggi.

Pendek kata eksperimen saya yang seterusnya ialah saya  masih mengekalkan video tetapi durasi dipendekkan kepada bawah 1minit dan audience harus pilih yang spesifik dan tidak boleh broad kerana jangka masa iklan amat pendek.

Oleh kerana janga masa iklan pendek sangat iaitu 7 hari, anda harus mencari spesifik audience yang mantap dan saya memlih lookalike,



Video  yang saya gunakan untuk iklan Boost ads ini. Tetapi saya tidak membuat link dari You Tube. Saya upload terus ke Facebook 


Related konten:
ads manager
ads
facebook ads
ad fb
ads setting
advertisement on facebook
what is ad
facebook ad manager log in
advertising campaigns
link ads facebook
create a business manager
paid a visit
what is facebook ad account
business manager facebook login
business ads
job at facebook
create business facebook account
ads manager facebook login
how to create fb page


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama