DATA DI SHOPEE YANG WAJIB ANDA SIMPAN SEBAGAI SELLER SHOPEE

DATA DI SHOPEE YANG WAJIB ANDA SIMPAN SEBAGAI SELLER SHOPEE

DATA DI SHOPEE YANG WAJIB ANDA SIMPAN SEBAGAI SELLER SHOPEE

Jika anda berniaga di Shopee dan anda tidak melakukan ini maka anda mensia-siakan peluang untuk maju ke hadapan dalam bisnis online. Mungkin anda berpendapat bahawa ianya perkara kecil namun ianya amat besar dan merupakan salah satu teknik marketing yang paling power. Iaitu menyimpan data no telepon semua pelanggan anda di Shopee.

Dalam bahasa bisnis online ianya dipanggil databased. Dan data based pelanggan ini yang paling popular ialah email dan no telepon.

Dalam kes Shopee, dengan mempunyai data no telepon setiap buyer anda maka mempunyai peluang untuk follow up buyer anda melalui SMS atau melalui what apps serta menawarkan voucher istimewa untuk produk pilihan kepada buyer anda.

Shopee telah menyedari kepentingan ini, jika tidak mengawal no telepon setiap buyer. Dimana pada tahun lepas  September 2021 Shopee telah mengemas kini keselamatan privasi buyer dimana no telepon buyer di Seller Center yang telah selesai penghantaran akan dipadamkan dalam masa 60 hari.

Dan jika terdapat buyer yang beli produk tetapi belum dibayar (unpaid). No telefon buyer tersebut tidak akan terpapar di Seller Centre Shopee.

Oleh itu pastikan sebaik sahaja penjualan lengkap, ambil no telefon buyer anda dan kemudian simpan di fail komputer anda. Guna excel atau word pun boleh.

Apakah kelebihan menyimpan no telefon buyer dan pelanggan anda.

DATA DI SHOPEE YANG WAJIB ANDA SIMPAN SEBAGAI SELLER SHOPEE
No Telepon telah dikaburkan oleh Shopee selepas 60 harii untuk produk selesai penghantaran



PROMOSI E-COMMERCE WEBSITE PADA MASA AKAN DATANG

Anda sedia maklum semua no telepon buyer anda adalah super hot audien dimana mereka yang pernah membeli produk anda di Shopee dan bermakna mereka mengenali anda dan produk anda. Dan kepercayaan mereka pada produk anda amat kuat. 

Katakan pada satu hari anda mengambil keputusan untuk membuat website ECommerce dan salah satu mengiklankan website anda ialah menghantar maklumat website anda kepada semua buyer terdahulu melalui what apps atau sms.

Anda secara langsung telah berjaya membuat iklan super hot audience tanpa perlu membuat bayaran. 

Bayangkan anda mempunyai 500 no telepon buyer Shopee anda dan potensi mendapat jualan melalui teknik ini.


MEMBUAT FACEBOOKS ADS MENGGUNA NO TELEPON

Adakah anda tahu bahawa anda boleh membuat targeting di Facbooks Ads mengguna no telepon.

Anda boleh membuat custom audien atau lookalike dengan menggunakan data no telefon yang anda perolehi dengan memasukkan data ini ke Facebook .

Ini adalah salah satu teknik FB Ads yang kuat selain mengguna Facebooks Pixel.


KELEBIHAN LAIN MENYIMPAN NO TELEFON PELANGGAN ANDA

Menyimpan dan memiliki database pelanggan sangat penting untuk bisnes Kita. Ada banyak kelebihannya jika kita memiliki database sendiri. Dalam post ini saya akan berkongsi beberapa kelebihan jika kita menyimpan database pelanggan kita sendiri.

  1. Database pelanggan itu hak mutlak milik kita 100%. Jika Like dan Follower di facebook tu tidak dianggap milik kita kerana ia dikawal oleh pihak facebook. Jika kita post status kat facebook page hanya beberapa orang saja yang dapat lihat status kita. Jika kita ada database sendiri, kita boleh menghubungi mereka secara terus tanpa dikawal oleh pihak lain.
  2. Boleh berhubung secara personal. Ia penting supaya mereka yang berada dalam database kita kenal dulu siapa kita. Jika mereka dah kenal kita, mereka akan lebih percaya dan membaca segala info yang kita kongsikan kepada mereka secara personal melalui email, mesej atau whatsapp yang kita hantar.
  3. Boleh kurangkan kos pemasaran yang mahal. Jika gunakan fb ads untuk cari prospek baru setiap hari memang mahal. Jika kita dah mempunyai database sendiri, kita boleh promosikan saja produk kepada database kita. Kita tidak perlu keluarkan bajet yang mahal untuk cari pelanggan baru.
  4. Kuasa membeli lebih tinggi jika mereka kenal kita. Kita perlu bina hubungan baik dengan database kita supaya mereka kenal kita. Bila mereka dah kenal kita, mereka akan lebih yakin dan percaya untuk membeli dari kita. Memang realiti macam tu orang akan lebih suka beli produk dari orang yang mereka kenal berbanding beli dari orang tidak kenal.
  5. Backup plan jika berlaku sebarang masalah. Katakan akaun facebook anda kena banned atau ditutup secara tiba-tiba. Sudah tentu bisnes anda akan merudum. Tapi tidak perlu risau jika kita mempunyai database pelanggan yang kita simpan. Bisnes kita masih lagi bernyawa walaupun berlaku masalah untuk buat fb ads.
  6. Boleh jimatkan masa dan cepat. Jika kita gunakan autoresponder untuk simpan database email, kita boleh jimatkan masa untuk blast email sekaligus kepada database email kita. Tidak perlu bazirkan nak email satu-satu. Jika SMS pun ada sistem sms blasting. Jika guna whatsapp kita boleh hantar mesej secara broadcast kepada semua database kita dalam satu masa.
  7. Boleh bina hubungan jangka masa panjang. Sangat rugi sebenarnya jika kita hanya jual sekali kepada seorang pelanggan. Kita perlu bina hubungan jangka masa panjang dengan database kita supaya mereka akan jadi pelanggan setia anda untuk jangka masa panjang.

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama