CARA PEMBAYARAN UNTUNG SAVE VALUE KEPADA SELLER SHOPEE

CARA PEMBAYARAN UNTUNG SAVE VALUE KEPADA SELLER SHOPEE

CARA PEMBAYARAN UNTUNG SAVE VALUE KEPADA SELLER SHOPEE



Saya pernah menulis bahawa saya suka menggunakan Save Value dropship shopee atas beberapa sebab dan anda boleh membaca artikel terdahulu kenapa saya  Save Value di sini


KENAPA SAYA SUKA SAVE VALUE


Namun SAVE VALUE mempunyai kelemahan atau paling tepat kekeliruan kepada Seller Shopee yang lain mengenai cara pembayaran untung kepada Seller Shopee. 


Ramai yang keliru apabila mereka melihat SAVEVALUE menolak kredit mereka sama dengan harga jualan mereka di kedai Shopee mereka.


Apabila melihat perkara tersebut maka ramai seller akan melenting dan mengganggap save value shopee menipu atau mencuri untung melalui penat lelah mereka.


Kekeliruan ini sering berlaku pada beginner baru sebab kadar jualan mereka tak banyak dan tak dapat melihat transaksi keuntungan mereka serta mereka tak tahu nak periksa keuntungan mereka di dashboard SAVE VALUE.


Sebenarnya agak mudah cuma SAVE VALUE memang suka kelirukan Seller ler. Jom saya tunjukkan.


SAVE VALUE MENIPU SELLER SHOPEE


CARA PEMBAYARAN UNTUNG SAVE VALUE KEPADA SELLER SHOPEE

CARA PEMBAYARAN UNTUNG SAVE VALUE KEPADA SELLER SHOPEE


CARA PEMBAYARAN UNTUNG SAVE VALUE KEPADA SELLER SHOPEE


Pada gambar diatas saya mendapat pembelian dari buyer bernama Norina ini iaitu salah satu produk winning saya iaitu Pembunuh Nyamuk Elektrik. Dimana harga jualan saya ialah RM8.50 dan jika dicampurkan dengan shipping ( ditanggung oleh buyer) maka total pembayaran ialah RM13.00.


Lupakan tentang shipping sebab SAVE VALUE menggunakan Air Will Bill dari Shopee Standard Delivery maka ia tak kena mengena dengan anda dan ianya ditanggung oleh Buyer.


Fokus sahaja pada harga produk tersebut iaitu RM8.50 dan nama buyer tersebut iaitu Norina.. Ingat yang ni yek..


CARA PEMBAYARAN UNTUNG SAVE VALUE KEPADA SELLER SHOPEE

Gambar atas ini adalah dashboard dropship SAVE VALUE.

Sebaik sahaja berlaku pembelian di Shopee maka secara automatik maklumat pembeli akan tertera di bahagian "Order History" SAVE VALUE dengan harga jualan anda di Shopee iaitu RM8.50.


Nampak tak anak panah yang saya tunjukkan itu iaitu no ID pembelian produk tadi.


Anda tak perlu tekan apa-apa, semua berlaku secara automatis. Jangan fikirkan macam mana ia sync auto dengan Shopee. Itu bukan kerja anda dan paling penting jangan pening kepala.


Di bahagian kanan sekali anda boleh "view" maklumat lengkap harga yang ditolak dari top up anda oleh SAVE VALUE untuk menguruskan penghantaran pesanan tersebut .Anda klik.


CARA PEMBAYARAN UNTUNG SAVE VALUE KEPADA SELLER SHOPEE

Diatas adalah maklumat SAVE VALUE harga dan nama buyer tersebut adalah sama dengan data dari dashboard Seller Shopee. Anda tolong ingat Order ID SAVE VALUE :2202238JPDD4Y


INILAH KEPELIKAN YANG BERLAKU.

CAR APEMBAYARAN SAVE VALUE KEPADA SHOPEE SELLER

Dimana SAVE VALUE menolak RM8.50 dari top up anda mengikut harga jualan anda di Shopee. Padahal mereka harus menolak pada harga dropshipping. Anda telah kena tipu.

Harga dropship di Save Value ialah RM6.80 kenapa mereka ambil RM8.50.


SAVE VALUE MENIPU SELLER SHOPEE. Anda akan marah pada SAVE VALUE jika anda melihat pada data ini sahaja.

Mereka tak menipu tapi sistem mereka ini yang membuat anda keliru. Jom baca cara sebenar hendak lihat keuntungan anda.



PERKARA SEBENAR CARA PEMBAYARAN UNTUNG SAVE VALUE KEPADA SELLER SHOPEE.

CARA PEMBAYARAN UNTUNG SAVE VALUE KEPADA SELLER SHOPEE

Untuk melihat pembayaran sebenar oleh SAVE VALUE, anda harus pergi ke "CREDIT HISTORY" di dashboard SAVE VALUE. Anda akan melihat 2 ID yang sama iaitu Order ID SAVE VALUE 2202238JPDD4Y.


Di mana bahagian bawah berjumlah RM8.50 iaitu jumlah wang yang ditolak oleh SAVE VALUE untuk menguruskan penghantaran produk anda tadi.

 

TETAPI anda lihat bahagian atas dengan ID yang sama, ada kemasukan RM1.70 dimana SAVE VALUE memulangkan semula wang ke top up kredit anda yang pada mulanya berjumlah RM104.30 dan kemudian bertambah kepada RM106.


Beginilah caranya pembayaran untung SAVE VALUE kepada seller shopee. Ini bermaksud anda membeli produk tersebut dari SAVE VALUE dengan harga RM6.80 sahaja.


Apabila buyer anda memperolehi produk tersebut maka Shopee akan lepaskan pembayaran kepada anda RM8.50 ( saya tak tolak kos transaksi Shopee untuk memudahkan tutorial ini) dan itulah keuntungan anda.



INFOGRAFIK PENGIRAAN UNTUNG DI SAVE VALUE

CAR APEMBAYARAN SAVE VALUE KEPADA SHOPEE SELLER

CAR APEMBAYARAN SAVE VALUE KEPADA SHOPEE SELLER


CAR APEMBAYARAN SAVE VALUE KEPADA SHOPEE SELLER

DI KREDIT HISTROY, DUIT ANDA AKAN DIKEMBALIKAN SEMULA IAITU RM1.70 SETELAH SAVE VALUE MEMBUAT PENGHANTARAN

KESIMPULAN CARA PEMBAYARAN UNTUNG SAVE VALUE KEPADA SELLER SHOPEE

Saya harap anda telah jelas CARA PEMBAYARAN UNTUNG SAVE VALUE KEPADA SELLER SHOPEE. Diharap kekeliruan ini telah selesai dan SAVE VALUE harus bayar royalti kat saya sebab buat tutorial ini..hahahaha.


cara jual top up di shopee, auto shopee tipu, cara jadi dropship di shopee


REVISION:

KINI SAVE VALUE TELAH MEMBOLEHKAN ANDA UNTUK SYNC PRODUK SAVE VALUE KE TIK TOK-  KLIK UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama